Ini yang paling payah, bila melibatkan hati. Apalagi kalau terjebak
dengan penyakit hati.
Orang kata, bila kena penyakit hati, simptomnya dapat
dilihat secara luaran. Barangkali hanya tabib penyakit hati sahaja yang tahu
caranya. Kita orang biasa yang waraknya ke laut ini, kerap kali terpedaya
dengan pelbagai simptom palsu.
Bila terasa dah ada ciri-ciri penyakit hati nak melanda tu,
bawak-bawaklah jumpa nujum. Cari-carilah dukun untuk mendapat rawatan kalaupun
tak percaya sangat doktor di pusat perubatan swasta, boleh jumpa bomoh hujung kampong
nun. Mana tahu hembus sembur air sirihnya boleh jadi penawar mujarab. Asalkan tidak
tergolong syirik dan penyakit hati itu berjaya diubati, cubalah sedaya upaya. Kalau
tak diubati, dibimbangi mendatangkan wabak yang lebih serius.
Faham taka pa yang aku tulis ni? Tak faham?
Tak apa, ni laras Bahasa falsampah. Jangan terus bakul
sampahkan dulu!
4 ulasan:
hehehe sesekali berpalsapah kan...
tp kadang org yg kene penyakit hati nih dia tak sedar diri sndiri telah kene penyakit ati tuh... huhuhu
saya cuba baca banyak kali sampai hadam yer....
i faham bahasa direct. heeee..
Tengah cuba "absorb" kesinisan itu
Catat Ulasan