Dunia hari ini memang aneh.
Bila kita berkongsi kegembiraan dengan seseorang, perkongsian itu akan merebak merata tempat walaupun seseorang itu memang tahu pun kita hanya kongsi dengan dia. Tidak semena-mena perkongsian kita dengan dia itu dikongsikannya juga dengan orang lain padahal momen itu kita hanya nak kongsi dengan dia sahaja.
Bila kita tidak lagi kongsikan apa-apapun dengan dia kerana beringat tentang kejadian sebelumnya, mulalah dia sentap mengesyaki kita telah berubah tidak selayaknya dahulu. Makanya, mahu seperti dahulu yang bagaimanakah andai kepercayaan yang diikat kemas itu telah terburai di tengah jalan, tertusuk duri jualah hati kita. Nak menyentap pun dah tiada daya dan upaya kerana semuanya salah sendiri juga. Yang kita dok gatai kongsi dengan dia tu buat apa?
Salah kita sendiri juga. Bukan kita, tapi aku! Ya…salah aku!
Makanya, andai tiada lagi perkongsian apa-apa dari aku selepas ini, kira redha ajelah. Aku pun bukannya retis yang sentiasa ingin diburu paparazzi untuk dijual beritanya. Aku bukanlah sesiapa pun.
12 ulasan:
wasap ko ambo jer lah....ambo tok gegam kor oram lain
pernah mengalaminya...dan kini serik...hehe...biar lah dikata sombong tak tentu hala..hanya kita dan Dia yang tau...
Pernah jua punya rakan seperti itu. Berpatah arang. Sorry. No more sharing. hehehe
betul tu...akak ambil keputusan diam diri dari dia jaja cerita kita..kawan sebegitu ada potensi tikam kita dari belakang
Ambo baik, insyallah ;)
kalu yg di tulis kt blog mmg perkongsian ngn kwn2... kalu yg bisik2 tuh mmg takmo kongsi2 heheheh
Eelobor: huhuhuhu wokehhh
Murni: tengah belajar nak serik
Mamawana: adusssssss
Iryanty: dah diam Dari awal tetiba TERbocor lak. Pelik!!
Makcikkantin: alhamdulillah
Norhidana: faham gitu tak APA. Ambo bisik2 hinggakan did fb pun tak ada status huhuhuhu sentappppp ambo
Catat Ulasan