Isnin, 11 Jun 2012
Gempar Cubaan Bunuh Diri Ayah Chong Wei
Semalam pergi Tesco sekejab dengan Cik Bintang
cari keperluan rumah sikit, dah lama tak sempat melilau jamu mata
semalam pun tak adalah jamu mata mana, cukup takat
rembat 2 kotak aiskrim potong kacang merah, bliss dan
sedikit keperluan lain termasuk sayur kemudian terkejar balik
nak lepak depan TV lepas makan malam
Sambil-sambil buat apa yang patut, campak udang 2-3 ekor dalam mi
sambil dengar berita TV…tertanya-tanya juga siapakah ahli sukan
berasal dari Penang itu…mana nak sangka kisah bapa ahli sukan dalam berita TV
ada kaitannya dengan Datuk Lee Chong Wei
semalam, Buletin Utama hanya menyebut “bapa ahli sukan Negara”
berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dengan terjun
dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala Tanah Besar
kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, mulanya dilihat menangis di tepi laut
berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis
sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan
untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah
dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ni berharap Chong Wei
dapat tangani masalah peribadinya sebelum ke Olimpik
walaupun dia dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan
ini penting bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan
menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.
Aku juga ada baca beberapa blog tulis pasal benda ni
Macam-macam pendapat dan pandangan mereka,
terpulang kepada masing-masing nak buat andaian ke apa
namun bagi aku…selagi hal sebegitu tak kena batang hidung sendiri
kita tak mampu nak salami apa yang berlaku sebalik semua tu
kita juga tak tahu apa sebenarnya terjadi
jadi tak payahlah jadi hakim yang menetapkan hukuman
tuding jari hokum siapa salah siapa betul…
dah tentu kita selalu anggap diri kita je yang betul
Tak mustahil semua ni bakal mengganggu prestasi Chong Wei nanti
bila MSN tidak beri tekanan kepadanya
moga-moga Chong Wei tetap jadi pemain nombor satu dunia
Orang besar sukan di Buletin Utama malam tadi kata
"Chong Wei ada banyak duit, boleh selesaikan semua ni"
kalian rasa duit boleh selesaikan segala-galanya ke?
Adussssssss! macam pelik je keluarkan kata-kata tu
aku yang tak berapa nak banyak duit ni pun tahu duit tak mampu bayar segala benda
tak tahulah orang lain...tapi yang sangat aku pasti
kalau bagi aku takat 4-5 juta tu, dalam masa seharipun aku boleh habiskannya
percaya tak? kalau tak percaya, silalah bagi...barulah tau la la la
mmmmm tengah berangan pergi mencadat sotong atas bot harga RM1 juta hu hu hu
KEMASKINI:
Menurut Sinar Harian, Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59,
menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri
di atas Jambatan Pulau Pinang tetapi mengakui ada memberhentikan kenderaan,
namun bukan berniat untuk membunuh diri.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah.
ketika melalui jambatan pulau pinang saya berasa tidak selesa lalu
menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
namun orang salah sangka dan anggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.
Kita patut terima penjelasan ni dan beri peluang kepada mereka
untuk atasi semua masalah yang ada
mereka juga macam kita, manusia biasa
bezanya, mereka terkenal. salah faham sikitpun heboh satu negara
boleh tak kita jangan tambah lagi kekalutan yang ada?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
kak baca metro, memang tkejut.. dan chong wei tidak mahu diganggu, skrang dia bsama ayahnya..
ada masalah peribadi y dia hadapi..
moga semuanya seperti sediakala
Ayu: Itulah, patutnya kita doakan semoga semuanya akan ok nanti. Chong Wei banyak kat luar negara n buat latihan, orang tua biasanya nak perhatian je
Kita doakan semoga Datuk Lee sembuh sepenuhnya dan masalah selesai dgn tenang.. Kadang2 stress ini berlaku berpunca dari tekanan diri... Kena kuat
Nur Misnan: Selamat datang...rajin2lah datang ya.
sama2 kita doa ya...kalau stress, susah nak beri tumpuan
perasan tak si ah chai tu pakai jamtangan emas kat tangan dia? berkilau2 tuuu.. uhhhuuu
hajimete: Dia mampu, bolehlah pakai. saya tak mampu, pakai je jam pasar malam ;)
Catat Ulasan