Jumaat, 22 Jun 2012

Doakan Kajol Kembali Ke Pangkal Jalan


Aku memang suka lagu-lagu dikir barat
Tak kira yang jenis moden, klasik, dikir patani ataupun irama bollywood
Tak kesah Seman Wau Bulan, Daud Bukit Abal, Cikgu Sulizi, Ropi
Zaidi Buluh Perindu, hinggalah Man Khan dan Halim Yazid...
memang naik angin bila dengar dikir barat ni
tak pun dengan suara merdu Faridah, ROSALINDA, adik wani
hinggalah penyanyi bergetah lain dalam kumpulan Jaguh
Elyana, Ezrin...kalau nak sebut memang tak habis

Masa pergi UM jumpa penyelia pagi tadi
Terpandang akhbar, ada gambar Kajol...
Awalnya ingatkan Kajol heroin Shah Rukh Khan tu
Rupanya Kajol si penyanyi dikir barat moden terkenal tu..

‘Kajol’ atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26 kata
“Saya akan cuba insaf” selepas Mahkamah Tinggi Syariah
menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan
oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu bersabit tuduhan
“berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai”
di tapak ekspo, 15 April tahun lalu.
Tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman
penjara sebulan dan denda RM1,000 atau
lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Dia menjelaskan denda tersebut dan mengemukakan rayuan
supaya hukuman penjara itu diketepikan.

Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya
bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu
selama setahun dengan syarat “Kajol berkelakuan sopan” dalam tempoh itu
iaitu, tidak ada kesalahan sama berbangkit.
Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana.

Mohd Hafiz adalah Orang Asli suku Temiar dari
Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang.
Menurutnya, dia akan cuba berubah dan mengurangkan aktiviti
persembahan dikir barat...
“Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak
saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini memberi pengajaran kepada saya,”

aku setuju sangat keputusan Pak Hakim yang berpandangan jauh ni
beri Mohd Hafiz peluang...beri dia dorongan
bukan semua perkara jadi baik dengan hukuman
sama-samalah kita doakan agar Mohd Hafiz ni diberikan lebih kekuatan
bukan mudah nak jadi baik, nak kembali ke jalan yang benar
pasti akan banyak cobaan, ujian dan setan-setan yang
cuba menariknya kembali ke arah tak betul
Jadi jahat sangat mudah, nak jadi baik tu yang susah
Orang macam Mohd Hafiz ni lah patut kita dorong,
kita dekati dan berkawan moga-moga membantu dia
bukannya kita kutuk, hina, sindir, perli atau sisih
kita bukanlah sesiapa untuk menghukum dia
sebab kita sendiripun belum tahu lagi masa depan akan bagaimana


10 ulasan:

Cetusan berkata...

aaamiiinnnnn boleh jadi ikutan,,

gadisBunga™ berkata...

yang penting macam mana pengakhiran kita..tapi itu bukan tiket utk kita berbuat sewenang-wenangnya juga...

jom sama2 doakan yang baik2 untuk semua..

azieazah berkata...

Tak habis lagi kisah si KAJOL nih? Ritu banyak hari paper tabloid buat kisah dia konon dah bertaubat.

Kak Azie pun dah pernah tengok kumpulan dikir barat ala dangdut si ROSALINDA tuh. Fiewwww! seksi giler!

eelobor berkata...

setuju.... semoga dapat berubah.... Insya Allah

Zulfadly berkata...

kita doakan terbaik buat dia, ada jugak terbaca pasal dia ni,

anyss berkata...

ZZ: kalau baik, ikutlah. Tak baik, buang tepi...kita juga manusia biasa, ada masa perasan baik, ada masa menghukum orang lain tak baik...

anyss berkata...

GB: betul. Kita tak tahu noktah akhir hidup mcm mana. Kalau Allah nak ubah hati, sesaat pun dah berubah...

anyss berkata...

azieazah: Kumpulan jaguh tu dari seberang sana (Thailand), ahlinya termasuk elyana, rosalinda, adik wani, ezrin...ramai orang ingat depa ni orang kelantan.

cuba tengok youtube masa mereka buat persembahan yang ada selingan mereka bercakap. Mereka gunakan dialek melayu Patani, berbeza sedikit dengan dialek kelantan tapi orang ingat sama je ;)

anyss berkata...

Ellebor: sayangi dia, beri peluang...InsyaAllah lambat laun hatinya akan terbuka untuk berubah walaupun awalnya sebab terpaksa

anyss berkata...

Zulfadly: Selamat datang... Aminnnnnn, mudah-mudahan dikuatkan hatinya.