Selasa, 3 April 2012

Gaji Baru SSM Dibayar Hujung April




dua tiga hari lepas dah keluar pekeliling tentang kenaikan gaji SSM
dah boleh semak pun secara online
sebahagian daripada isi pekeliling itupun aku dah tulis di entri lepas
di UKM pun dah keluar makluman tentang ni:

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPgSM), Jabatan Pendaftar sedang melaksanakan tindakan berikut bagi tujuan pelaksanaan penggajian gaji baru :

(a) mendapatkan kelulusan LPU bagi mengguna pakai dan melaksanakan PP Bil. 1/2012.
(b) membuat penyelarasan dan tunggakan gaji berdasarkan PP Bil. 1/2012. Gaji baru akan dibayar pada 25 April 2012.

Ya…gaji bulan April akan bayar ikut kenaikan gaji yang telah dicanangkan serata pelusok Negara tu. Termasuk tunggakan?

Harapnya.

Bagus jugak bila ada tunggakan, bolehlah simpan sikit
Ganti semula duit yang guna untuk bayar yuran ari tu
Kalau ada apa-apa, tak lah terduduk tak tahu buat apa
Mmmmm tetiba rasa macam nak bawa dirilah
Nak pergi mana ek?
Ada tak tempat bajet rendah? Yang murah-murah gitu

Jommmmmmmmmm!!





2 ulasan:

mama maman aka yana berkata...

tumpang seronok..:)

anyss berkata...

mama yana: sila tumpang! sila tumpang! :D