hari ni ada sedikit masa untuk
baca akhbar online
walaupun jumpa berita tentang kes
cemburu seorang kekasih
menyebabkan 1200 orang penumpang KTMB terkandas di Bidor
Khamis lepas,
ataupun tentang pelajar yang sedang menunggu keputusan PMR
telah melahirkan bayi dan
menyembunyinya di bawah katil,
tetapi aku lebih suka untuk
berkongsi berita baik
kepada 5 ribu pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
dari institut pengajian tinggi
awam (IPTA), mereka akan diambil
mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah menengah
di bawah
Kementerian Pelajaran, mulai Januari tahun depan.
dah pasti
berita ini sangat dinantikan para graduan kita
maklumlah,
bila dah graduasi, mereka tak sabar nak kerja pula
tak ada
kerja, tak adalah gaji
tak ada
gaji, macam mana nak bayar hutang PTPTN
kan?
hutang JPA
juga ya hu hu hu usah kutuk daku duhai cik Bintang
tengah
berduka nestapa dengan JPA saat dan ketika ini
biarpun
mampu senyum sikit hu hu hu
daripada jumlah itu, seramai
3,894 lepasan ISMP ditemuduga
untuk diserap masuk sebagai guru.
berlaku peningkatan pengambilan
guru dalam kalangan ISMP keluaran IPTA
berbanding 4,318 orang yang
dipilih menjadi guru pada tahun 2011
antara kegagalan graduan ISMP
dipilih untuk menjadi guru
kerana mengambil opsyen mata pelajaran yang kurang diperlukan Kementerian
Pelajaran.
ada jawatankuasa bersama antara
Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi
untuk menentukan unjuran
keperluan guru sekolah menengah mengikut opsyen
unjuran ini dibahagikan mengikut
universiti, merujuk
Kes kira-kira 5,000 penuntut Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
meminta Kementerian Pelajaran
tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI)
dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan
ijazah bukan pendidikan.
lepasan IPG hanya akan diserap
sebagai guru di sekolah rendah
sedangkan graduan ISMP keluaran
IPTA dipilih sebagai guru sekolah menengah
begitu juga dengan guru-guru PJJ
yang telah menambahbaik kepakaran mereka
akan kekal mengajar di sekolah rendah
tetapi dinaikkan gaji
peluang kenaikan pangkat juga
bertambah
tak ada persaingan pun
aku bukan nak sokong menteri,
tapi itu faktanya
usahlah risau ya adik-adik yang
sedang belajar di universiti
lagi pula, kalau dah memang
ditentukan rezeki kita
tetap menjadi milik kita jua
sekarang ni, bakal-bakal cikgu ni kena belajar
rajin-rajin
tingkatkan jumlah CGPA yang
mantap
mestilah akan segera dipanggil.
kalau CGPA pun nyawa-nyawa ikan,
lambat sikitlah!
betul tak?...memang betul pun!
tak payah nak nafikan…
kepada bakal-bakal guru ni semua
nanti kerjalah sepenuh hati
bukan mudah nak dapat kerja, bila
dah dapat
jangan pula tak buat kerja hu hu
hu hu
sila ikhlaskan diri berjuang
untuk anak bangsa
paling utama, niatkan kerja itu “kerana
Allah”
bukan semata-mata urusan duniawi
sepanjang usia akan menerima
keberkatan dan pahala
InsyaAllah.
2 ulasan:
huhuhu...yang dah bekerja & ada gaji besar pun ramai yang liat nak membayar PTPTN kan?
Eelobor: Errrr...errr...tunggu siap tesis dulu baru bayaQ leh? [dah keja tapi gaji BELUM besar hu hu hu ]
Catat Ulasan