Huh! tajuk memang tak boleh blah
anggap sahaja entri mamai
tuan tanah kedaung pening-pening
lalat tak cukup tidur
malam ni kena berjaga lagi
Kisah 1: KARISMA peruntukkan 1.4
bilion
bantu golongan tidak bernasib baik,
OKU,
warga emas, ibu tunggal dan program
kemasyarakatan lain
dengan bantuan antara RM100 – RM450
seorang setiap bulan
hanya penjenamaan semula sahaja pun
tak apalah, indah didengar, harapnya
diterima orang yang patut
kalau beri pada orang tak patut
baik bagi kat aku je,
boleh juga bayar yuran yang masih
tertunggak
Kisah 2: Yuran pelajar ditolak dari
pinjaman nanti
ini berita baik kepada lebih 41 ribu
pelajar
yang diterima masuk ke IPT, bakal
daftar diri selepas raya nanti
hasratnya memang baik: kurangkan
beban pelajar
janganlah pula nanti joli katak pulak
maklumlah, tak pernah pegang banyak
duit
sila berjimat...kalian banyak tuahnya
berbanding kami zaman tok kadok
dahulu
yang perlu puasa walaupun bukan pada
Ramadhan
Kisah 3: PTPTN keluarkan saman kepada
93 ribu peminjam
bermula 31 Julai lepas PTPTN telah
keluarkan saman
kepada peminjam yang belum bayar
pinjaman
hanya
9 ribu sahaja berjanji akan bayar
132 ribu peminjam juga telah
disenarai hitamkan Imigresen
Opssssss! tak boleh pergi melancong
Bandunglah nampak gayanya!
Malam ni aku kena berjuang
jadi burung hantu berjaga sepanjang
malam
semalampun tak tidur, hanya qada
sejam di pejabat siang tadi
harapnya mampu bertahan hingga kerja
aku siap
esok nak kena hantar
OOOhhhhhh rindunyaaaaaaaa BANTAL!
5 ulasan:
semoga semuanya dapat diuruskan dengan baik ya dik........
Kak Ayu: insyaAllah...harapnya esok masih jejak ke bumi (kalau berjaya tak tidur lagi malam ni maknanya pecah rekod 2 hari tak tidur hu hu hu siang tadi lelap 30 minit je kat opis...)
Tak tidor 2 hari 2 malam? Kalu buat kuih raya tu mau dapat berbalang-balang... hehehehe
Azieazah: Rabu tidur 1 jam siangnya sahaja kat bawah meja di opis, semalam terkantoi juga 2 jam hingga terbabas sahur...tersedar tepat 5.40 am.
Kalaulah buat kuih raya ka, meruku raya ka...tapi yang ni dok perah otak sampai menitik minyaknya...kepala dah berasap hu hu hu
kisah 1 tuh dah lama pun ada, cuma di tukar nama jer. kira macam penjelmaan semula la. padahal dah lama pun
Catat Ulasan