Khamis, 9 Jun 2011

30 Ribu Buat Rayuan Ke Matrikulasi

Fuyooooooo ramai betul adik-adik kita yang bersemangat waja
nak sambung pengajian di matrikulasi
ikutkan berita perdana di tv3
lebih 30 ribu orang juga yang membuat rayuan
sedangkan tempat yang ditawarkan
dah tentu seciput dua je

ramai juga yang dapat keputusan bagus
tidak diterima masuk matrikulasi
syarat utama semua empat matapelajar berikut
perlu dapat A plus
matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia
huh! kalau aku yang jadi calonnya
memang tak lepas punya
matematik cukup makan je
matematik tambahan ke laut
fizik dan kimia juga
harapkan Biologi mata cangkul orang tak hairan mana

kepada adik-adik yang gagal ke matrikulasi
bolehlah mencuba nasib kat tempat lain pula
mana tahu
rezeki kita tak tahu mana tercampak
usah putus asa ya
belajar di tingkatan enampun okey juga sebenarnya
tapi syaratnya hanya satu:
kena rajin membaca dan ikuti perkembangan semasa
kalau malas,
baik ambil kursus kat kedai kek je
sesekali boleh juga buat kek keju kat aku kan ;)



Pssst: Jumaat lepas aku ke Semenyih bertemu kakak. Orang Semenyih (dan Kajang) dok pening kepala dengan teknik rompakan terbaru; rompak dan bakar. Takat ni 4 buah rumah dah jadi mangsa. Kakak jumpa sendiri salah seorang tuan rumah yang kena tu (Taman Tasik Semenyih), rumah salah seorang anak murid dia. Mereka sekeluarga berada dalam rumah pada ketika itu. Kebakaran di tingkat bawah menyebabkan emak pelajarnya itu campak anak ikut tingkap. Nasib baik selamat disambut jiran-jiran.

Subhanallah...apa dah jadi dengan manusia sekarang ni. Dah hilang pertimbangan dan kemanusiaan. Apa gamaknya yang depa ni makan ek?

3 ulasan:

pena rozie berkata...

Dah kalau ambik matematik jer yang 3 lg tu tak ambik can ner???

eelobor berkata...

bukan orang semenyih jer, orang Bangi pun kena hati2 jugak tuh

Unknown berkata...

dik, memang budak2 zaman sekarang nie ramai yang bijak2 kan>??

kak ayu, dulu pun mate dapat B jer.. hahaha..


dan... untuk kes rompak tu.. subhanallah.. teruknya sampai rompak dan bakar......
semoga penduduk taman disana berhati2 ya