Selasa, 5 April 2011

Memberi dan minta maaf semudah lafaz kata?


Susah sangat ke nak minta maaf? Sebenarnya: ya...sangat susah.

Maaf yang senang dituturkan hanyalah permohonan maaf yang libatkan hal-hal kecil. Hal-hal terlanggar di jalanan dengan orang yang tidak kenal. Hal-hal yang libatkan makan megi tom yam masa terdesak yang kemudiannya akan diganti balik. Hal-hal yang sebenarnya terlalu kecil untuk di simpan dalam hati, apalagi dipegang kukuh yang akhirnya menjadi calar di hati.

Sama seperti ´”maaf, salah lupus!” Dalam entri lepas, perkara-perkara yang melibatkan emosi sangat sukar dilupuskan dalam hati dengan mudah. Tergamakkah kita tuturkan “maaf, aku dah ada orang lain yang lagi seksi dan kaya dari kau...kau cari je orang lain,” setelah dia tidak lagi mampu sponser hidup kita. Tak malukah muka kita dengan bangsatnya menjawab “duit yang kau bagi tu tak cukup, aku nak hidup senang!”

Lalunya, nilai maaf itu letaknya di mana? Maaf itu sebenarnya pengakuan bersalah ataupun sekadar memberitahu bahawa kita dah jumpa orang yang lagi kaya dari dia untuk menanggung biawak hidup seperti kita ini? Mudah tak memaafkan kes begini?

Bagaimana pula nak meminta maaf kepada orang yang telah kita aniayai hingga hidupnya lingkup? Hingga dia hidup tidak seperti dia lagi? Orang-orang yang kita musnahkan hidupnya dengan tangan kita sendiri? Orang yang kita bunuh dengan lidah kita? Dan dia, perlu tanggung seluruh susah dan sukar itu sepanjang hidup. Cukupkah sekadar kata maaf sahaja?

“maaf, aku bagi kau E masa upsr dulu sebab tak tahan dengan feel perasan mak kau tu...baru padan muka dia!” Kalau marahkan maknya, kenapa anak yang kita mangsakan? Apa salah anak itu dengan kita?

“maaf, kau tak dapat cemerlang lagi tahun ni...kuarta tak cukup. Aku kena bagi mak cik sihir tu cemerlang, kalau tak kena libas dengan penyapu!”
Errr boleh terima tak kata maaf macam tu?

Psssst: semua contoh di atas sengaja tidak dilogikkan. Fikir-fikirkanlah!

6 ulasan:

chenta berkata...

pernah buat entry ni dulu...

maaf yg ikhlas, mmg sukar dicari..tapi maafkanla org seikhlas hati kita..insya allah kita akn beroleh perkara yg sama...

eelobor berkata...

maaf sebab nak tinggal jejak komen kat sini. huhuhuhu

gadisBunga™ berkata...

kalau sampai efek hidup orang...'maaf' je tak cukuppp......

anyss berkata...

Chenta: itu sebaiknya

Eelobor: hu hu hu la la la

GB: Yupppp! ada masa maaf itu sangat tinggi nilainya

aizamia3 berkata...

walaupun kita benci sakit hati sangat2 tapi bila kemaafan dah diluahkan rasa lega teramat.. terpulang pada indivudu nak terima atau tidak, yang penting kita yang mulakan dulu walau hakikat bukan kita yang mulakan kesilapan tersebut..

IbnMustakim berkata...

Assalamualaikum

mungkin entry terkini saya berkaitan

http://ibnmustakim.blogspot.com/2011/04/indahnya-hidup-bertuhan-kuasa-maaf.html

pemberi nilai itu ALLAH... dan kita serah pada ALLAH