Alamak! Tajuknya macam merayu ke macam cover line nak maki?
Mengapa kita mudah sangat nak emosi tak tentu hala tentang sesuatu perkara, padahal katanya, kita bukan sebegitu.
Bila orang komen “perempuan sekarang materialistik”, maka melentinglah kita selangit tinggi. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?
Bila orang kata “lelaki memang buaya”, maka mengamuklah kita buat entri berjela panjang terpenuh maki dan keji tentang orang yang tuturkan ayat itu. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?
Kalau itu bukan kita, bukan kamu...bukanlah diri, mengapa perlu melatah? Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?
Pssst: Mmmmm aku dah berjaya lahirkan entri yang pendek dan kontot, tahniah diri!
15 ulasan:
tul la... banyak ngat makan cili tu yang terasa-rasa pedas tu
betul betul betul.
bak kata pepatah, siap yg mkn makan cili dia la yg rasa pedas.
tapi bila pompuan mengamuk pasal lelaki buaya, mungkin kite kene double check kat situ. :D - gadisBunga
saya suka entri yang ringkas.... huhuhu, i like
Cemomoi: Cili api tu hu hu hu keluar asap dari telinga ;)
Aspirasi: Selamat datang. Sejak bila Gadia Bunga dah BERTUKAR ni? hu hu hu ...macam power ranger plak...dah tau buaya, tinggai je lah. Buaya kan makan bangkai hu hu hu
Eelobor: InsyaAllah selepas ni akan jumpa banyak entri yang pendek-pendek...tak dan nak taip panjang-panjang la la la
Tahniah! entri ringkas, padat dan bercili... Huhuhu... Keep it up!
RM132.22 : Earning Dari Ipanelonline
Yang pasti, jgn cepat melatah...
Latah fitrah kan?
itu maknanya...si penulis tu terasa lah...
mulut jer kata tidak...tp hati kata yer...hehe.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOGGING..SAMPAI BILA ??
Entry yang pendek je, ringkas dan padat serta pedas tak hingat. Aku suka entry kamu. Nice!
Aku juga selalu terasa walaupun itu bukan aku. Hihihi
Saya nak hiburan: Selamat datang. Terima kasih. Bukan mudah nak tulis pendek2...bebel pjg2 mudah je hu huhu
Zyah: Selamat datang...memunculkan diri jua akhirnya ya ;) Apocot! kalau memang dah latah...payah gak nak buang
ZZ: Ek? tak tau la...sekali sekala tu latah gak bila ada orang wat cokek mak bolot
Nabilah: hati berkata-kata dalam diam ya...
Faizol: Selamat datang. Terima kasih...sedang berlatih tulis pendek2...
Rasa manis tak apa ;)
yang penting jangan cepat melatah, nanti stress
Catat Ulasan