Sempena Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia yang aku anjurkan dalam blog ni, aku nak kongsi satu cerita lawak yang pernah berlaku. Untuk menyertai kontes ini, cerita lawak berkenaan tidak semestinya anda alami sendiri, asal lawak dan boleh buat orang tersenyum, kira okey aje. Tak kesahlah kisah yang pernah anda baca atau dengar, atau alaminya sendiri…asalkan anda gunakan ayat sendiri untuk cerita, masih boleh diterima untuk peraduan ini.
Kisah ini berlaku sekitar tahun 1996, 1997 atau 1998 yang lalu. Dah lama tu, tapi tetap aku ingat sampai hari ni. Masa tu aku masih lagi student. Pada satu hari minggu, aku telah ke KL, lebih tepat lagi Sentral Market untuk jumpa seorang kawan. Jumpa tau, bukan pergi dating. Pada masa tersebut, manalah ada lagi KLCC ke, Midvaley ke, Time Squere ke…kira macam Central Marketlah tempat yang popular untuk bertemu sesiapa selain Lot 10.
Masa itu juga baru sahaja diperkenalkan komuter. Jadi, dari Bangi aku ke sana naik komuter dan turun di stesen Kuala Lumpur. Masa tu manalah ada lagi stesen Midvaley atau KL Sentral. Tak wujud lagi (Apa nak wujudanya stesen tu kalau Midvaley sendiri pun belum wujud). Jadinya, dari stesen keretapi KL tu, aku berjalan ikut Daya Bumi, Pejabat Pos Besar dan seberang sungai melalui jambatan ke CM. Masa tu juga, rail LRT sebelah CM tu baru je siap separuh, belum sepenuhnya lagi.
Selepas jumpa kawan yang akan ke Sabah itu, aku menapak semula ke stesen KL melalui bawah terowong rel LRT untuk menyeberang sungai. Di bawah terowong itu, ada seorang tukang kasut (warga Indonesia) sedang menyiapkan kasut-kasut pelanggan. Masa tu tak ada orang. Jadi, aku pun singgahlah sekejab. Maklumlah, student memang kayap untuk beli kasut baru. Kenalah tampal tapak kasut selalu.
Abang itu berikan aku selipar Jepun kaler biru (kalerpun aku masih ingat lagi tau) untuk aku pakai sementara dia siapkan tapak kasut aku. Aku duduk kat kerusi kecil yang dia sediakan sambil perhatikan dia buat kerja.
Tiba-tiba, abang tu kemas semua barang-barang dia. Masukkan semua kasut-kasut yang perlu dia betulkan ke dalam kotak kayu (termasuk kasut aku), kemudian selamba badak je pergi dari situ. Alamak! Apa dah jadi ni?
Alamak! mana boleh jadi ni. macam mana aku nak balik Bangi nanti? tak kan nak pakai selipar Jepun kaler biru tu kot? Kasut aku macam mana? Esok nak masuk kelas pakai apa? [hanya satu itu ajelah kasut yang aku ada. Mahal pulak tu kasut tu (aku beli di Petaling Street dengan harga RM6.90 tu tau…mahal!]
Menceceh je dia hilangkan diri dari situ. Sekelip mata lesap. Nak je aku jerit “Wehhhhh! Kasut buruk aku!!!!”
Malangnya aku hanya terpinga-pinga sahaja. Lidah kelu untuk menjerit. Kepala blur sekejab.
Aku dah putus asa. Nak tak nak kenalah balik bangi dengan pakai selipar Jepun warna biru tu juga. Baik sikit dari jalan kaki ayam kan? Penganiayaan mental betul!
Bila aku bangun, keluar dari terowong tu…aku nampak pihak berkuasa DBKL berlambak kat kawasan tu. Patut pun Abang si tukang kasut tu lari…rupa-rupanya ada penguatkuasa. Penguatkuasa tu pula semuanya muda belia lagi. Mereka jerit sekali je, terus abang tukang kasut tu menapak datang semula. Tertunduk-tunduka dia buka semula kotak harta karun yang dilarikannya tadi. Terpaksalah dia tampal kasut aku sampai siap kat situ.
Apa jadi pulak dengan aku?
Huh! Teruk kena urat dengan abang-abang penguatkuasa. Macam-macam tanya. Akhirnya tanya nombor telefon. Masa tu henset belum masuk Malaysia lagi kot. Kalau ada pun mahal tahap dewa. Jadi, bagi ajelah nombor telefon apa-apapun, bukannya dia boleh check masa tu juga kan? Hu hu hu jahat!
Abang tukang kasut tu pula sambung melarikan dirinya selepas siap tampal tapak kasut aku hu hu hu …sangat tak kelakar kan?
Apa-apa je lah labu, asalkan ada yang boleh senyum sikit-sikit tu pun kira okeylah ya…
Hah, apalagi? Dah boleh mula tulis cerita lawak yang kelakar gila untuk Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia dah ni…Selamat melawak ;)
9 ulasan:
best gak ni. nanti nak pk ada tak cerita lawak..hehe
ehehheheheh sabor jerlahhh :))
As'salam..
alahai sianya kalau amy confirm amy hambat tukang kasut tue.. tapi kan kasut biru tue pun comel apa he3...
As'salam..
amy datang melawat tuan rumah , senyap je busy ke..
sib baik kasut, kalau seluar kih2
As'salam..
amy siggah sini di petang khamis..senyap sunyi je rumah nie..
inchik Moza: ada masa kita tak sedarpun ada kisah lucu pernah jadi ;)
Ieda: Hu hu hu dah lama baru boleh gelak...masa tu gerammmm je
Amy: Wsalam. Hu hu hu kang jadi drama lagi sadis kalau hambat macam tu ;)
Comel ek? he he he sanggup ke pakai?
Amy: terima kasih selalu datang melawat walaupun tuan rumah tak de kat rumah hu hu hu tuan rumah baru balik dr Melaka ;)
Caluk: Hah? ko memang! Imaginasi lebih tinggi dari KLCC hu hu hu masa tu aku manalah pakai seluar, aku kan budak skima yang sentiasa pakai baju kurung. Aku pakai seluar selepas kena rempit hu hu hu
Amy: wsalam. Hu hu hu baru balik kerja luar...baru ari ni sempat kemas rumah ;)
Catat Ulasan