Separuh minggu ni aku habiskan masa menadah angin laut di Pulau Mutiara. Tak sah ke Pulau Pinang kalau tak beli jeruk ni kan? Line Clear punya...yummy!
Terima kasih Aop, bawa jejalan ke Rumah P.Ramlee dan Padang Kota.
Pekena pasembor. Licin!
Terima Abby, dengan novel comel ni; Dah habis baca masa tunggu belon. Ulasan? Kiranya ada kesempatan, insyaAllah. Namun tak mampu nak janji sangat, hidup ni tengah nazak mengejar masa.
Sempat ke Kulim berkejaran bersama mereka di Taman Burung, Seberang Jaya;
Naik feri ke pulau...
Sangat letih. Tenaga dah habis. Lain kali sahaja sambung tulis ya ;)
Suatu ketika dulu, Penang menjadi suatu lokasi yang meninggalkan kenangan tersendiri buat eelobor. Perancangan untuk ke Penang bersama isteri di hujung tahun nie, Insya Allah.
Eelobor: Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat makan pasemboQ, lebih kurang begitulah perumpamaan dan bidalan kan...kita akan sering terkenangkan tempat yang banyak tinggalkan kesan dalam diri.
2 ulasan:

Catat Ulasan