Ahad, 11 Julai 2010

Maafkan Daku dari Tulus Hatimu Paling Dalam, Teman

Aku suka jalan, suka nikmati keindahan ciptaan Allah. Suka mencari ketenangan dan hayati panorama yang menyegarkan. Seringkali teruja dengan tempat-tempat indah walaupun hanya belakang rumah sahaja.

Kerana terlalu teruja, terlalu ingin tahu...terlalu nak jejaki satu tempat di Janda Baik, aku telah minta (cadang) seorang teman untuk letakkan maklumat berkaitan tempat itu di blognya. Aku teruja nak pergi, sangat-sangat perlukan info tentang tempat itu. Dan rasa teruja itu buatkan aku terlebih meminta. Tanpa niat, tanpa sedar...permintaan itu telah mengguris hatinya. Mohon maaf, teman. Aku memohon kemaafannya saat itu setelah sedari khilaf diri.

Ingatkan, semuanya berakhir di situ. Namun, bila kutemu ulangan ayat ini, “jadi sesiapa yang rasa sia2 masuk blog saya..jgn masuk ok..takde paksaan pun..sbb klu nak info apapun memang takde dlm blog ni”, aku sedar, lukanya masih berbekas.

Mohon maaf teman, kerana terlalu teruja dengan apa yang aku suka, aku telah mengguris hatinya. Niat memang tak pernah ada, namun andai kerana itu begitu melukakan, dalam entri yang serba sederhana ini, aku layangkan permohonan maaf ini sekali lagi. Secara rasmi. Aku bukanlah sesiapa untuk buat sidang akhbar dan papar di muka depan mana-mana akhbar atau menjadi isu utama dalam berita arus perdana di TV. Maafkan aku kerana terlalu teruja itu.


Entri ini tak punya puisi, tak punya ideapun nak tulis puisi terjun terutama tengah kejar “tarikh mati”. Aku hanya harapkan lagu di bawah dapat mengubati hatinya.



Aku hanya memohon untuk info itu, namun andai tak dapat, sangat tidak mengapa. Janda baik bukannya jauh sangatpun untuk pergi.

Pertama kali aku menulis entri tanpa rasa selesa. Dan entah kenapa, sukar benar tiap patah kata untuk mengalir di hujung jari. Barangkali masanya sudah tiba untuk aku menyepi seketika dari tempat lepak kegemaranku itu (Aku tahu Cik Bintang akan sangat teruja dengan statement ni). Andai hati tidak mampu untuk ditahan, mungkin aku masih boleh ziarahnya seminit dua. Usah risau, aku akan duduk diam-diam. Hanya ingin melepas rindu sahaja. Aku janji!

Tiada ulasan: