Ahad, 11 Julai 2010

Kata Cik Bintang, Entri Senafas

Ada beberapa gambar yang menarik untuk aku tampal kat sini. Masih lagi gambar-gambar yang aku ambil masa pergi Semporna hari tu. Gambar yang menarik juga, tapi tak dapat nak letak kat mana-mana entri sebelumnya kerana entri-entri berkenaan ada cerita yang tersendiri, sedangkan gambar-gambar ini pula tersasar sedikit dari temanya.

Peringatan penting dari AirAsia kat depan hidung aku masa duduk dalam pesawat. Chomel je kucing tu kan?


Bukan selalu ada peluang rakamkan momen senja dalam pesawat


ANak-anak berbakat dari SM Datuk Panglima Abdullah, Semporna dalam majlis penilaian tarian di sekolah tersebut. Mereka memang pandai menari.







comel je kan?


Pusat Pelancongan Lautan Semporna. Orang sini panggil ‘floating”. Kat sini terletak beberapa agensi pelancongan yang uruskan pelancongan laut di kawasan Semporna. Tempat penginapan Dragon Inn juga terletak di sini.







Kat sinipun dah rasa macam nak terjun masuk laut, apalagi kalau dah pergi pulau.











Di pasar Semporna; Tengoklah matanya...jernih je. Mesti sangat sedap untuk diratah. Sila bakar untk saya ya....

Pelik tak rupa ikan ni?


Jeti berhampiran pasar, menjadi tempat tumpuan ramai. Sangat sibuk. Apa yang istimewa, pemandangan tetap indah walaupun di tengah kesibukan bot, perahu dan tongkang sekalipun. Bila hijau laut menyatu dengan biru langit nan terhias awan putih...apa lagi nak dilafazkan?











Mereka kendalikan bot macam kita main basikal je...


Perkahwinan masyarakat Bajau, sempat alami kemariahannya dan hayati keunikannya.


Ramai tetamunya.


Buah tangan untuk tetamu.




Kat jeti menikmati senja












Akukah sang perahu yang terdampar sendiri di jeti usang?

8 ulasan:

Maiyah berkata...

best nya.. mula le berangan nak ke semporna hehe

anyss berkata...

Maiyah: Berangan tak payah bayar...berapa banyak pun boleh.

Bermula dengan angan, insyaAllah ada rezeki termakbul impian.

eelobor berkata...

keja ape sbnr yer? selalu jalan2, best nyer

anyss berkata...

eelobor: keja gitu2 je...ada yang best, ada yang tak best. Apa2pun, cuba bestkan semua keadaan dan nikmati hidup seadanya, jadi nampak semuanya best2 belaka ;)
Jalan memang seronok, tapi...bukan semua seronok. Bila setkan dalam kepala semuanya seronok...jadilah seronok ----> apa jawapan punya daaaaaa, ampunkan daku kepala tengah weng ;)

dina berkata...

anyss... sumpah teruja tengok Sampoerna, tempat yg paling aku nak pegi dlm Malaysia...harap2 impian aku tercapai. terpegun sgt tengok gambar2 tu... rasa hati kembang dan rasa nak pegi sgt2... terima kasih atas entri ini

anyss berkata...

Dina: tulis novel banyak-banyak, boleh sampai punya. Bukan mahal sangat kalau dah plan awal-awal. setengah tahun sblm pergi dah boleh ambil tiket. Shah & Ain mesti suka, aku berani jamin...korang x mau naik darat pun dah terjun dalam air nanti hu hu hu

BoLong aNak sempoRna berkata...

salam kak anisss...
saya asal semporna juga...
terharu bila baca post akak ni..
apatah lagi part tarian SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH SEMPORNA tu..
saya senior bekas penari dorang...
bangga2....
harap akak blogwalking kat blog saya k... banyak cerita2 pasal semporna...
salam kenalan

anyss berkata...

Bolong: selamat datang. Akak bukan berasal dari semporna, tapi pergi jenjalan kat semporna tengok2 tempat indah, bah! Sangat suka tengok lautnya dan ikannya yang segarrrrr ----> kalau boleh bakar, fuhhhhhh sedap bah!