Jumaat, 30 April 2010

Menikmati Senja di Bagan Lalang

Seorang teman (lama) selalu mashurkan padaku tentang keenakan sotong goreng di Bagan Lalang. Katanya, tak ada kat tempat lain yang lebih enak selain di situ. Terlalu sering dia memujinya hinggakan aku kepingin untuk rasa sedapnya itu seperti apa.

Sebelum belasah sotong goreng, kami nikmati warna senja nan indah di tepian pantai. Dengan sekadar kamera yang tak lah secanggih mana untuk close up, dapatlah seadanya aku rakamkan suasana senja di sana sebelum kamera kehabisan bateri. Jadinya, nikmati sahajalah apa adanya...

































Selepas matahari terbenam, kami nikmati makan malam yang meriah. Mohon maaf, gambarnya tidak dapat disertakan, aku tengah diet tegar sekarang ni. Kalau letak gambar tu, memang sah dietku akan terburai. Lain kalilah ya letak gambar makanan ;)

Terima kasih Cik Bintang, terima kasih Anis...sudi jadi dayang sang puteri, sama-sama mencemar duli di Bagan Lalang. Dan, sabar dengan gelagat kanak-kanak ribena yang jarang dapat peluang tengok matahari terbenam. Peeerak betul kan!

Malamnya, aku semput kerana perut terlalu penuh. Kufur nikmat!

14 ulasan:

NAZ berkata...

nice placee nice pic

azieazah berkata...

Wow...! perasaan teruja ANYSS terhadap sotong membuatkan MokYang pula teruja nak ke Bagan Lalang kerana begitu indah sekali gambarnya...

Subhanallahhhh.. cantiknyaa...

anyss berkata...

Naz: Kameranya seadanya sahaja berbanding orang lain yg siap usung kakinya sekali. Bahagian bawah adalah gambar-gambar guna Inche Nokia sahaja setelah kamera kehabisan bateri. Tak plan pun nak bersenja kat situ, tak charge bateri malamnya.

Azieazah: Sesekali tunggu matahari jatuh, best jugak...indah!Bila matahari terbenam je, semua orang tinggalkan pantai.
Jom, ajak CC wat gathering kat Bagan lalang ;) boleh berbeku bakar anak jerung...

mohamad kholid berkata...

kalau dulu ada siput pepahat, enak sungguh...

anyss berkata...

Mohamadkholid: pepahat dah mendarat dalam perut kami dengan selamat ;)

Sangat berbesar hati dengan kunjungan penulis besar ke blog saya. Terima kasih.

WanJumaa berkata...

dulu masa studi pernah juga ambik2 angin di situ tapi tak pernah pula try sotong goreng tu.. Kami buat bbq sendiri. tetiba jadi teringin nak cuba! nasib baik takde pic sotong tu. Btw anys, sukala pic2 ni. tenang

eelobor berkata...

nak kena sampai jugak ke bagan lalang ni

anyss berkata...

Juma Karamah: Wow! teringin pula nak BBQ kat situ...di bawah sinar bukan, diiringi deru ombak, dibelai dingin malam nan dingin.
Nikmati sotong goreng tepung dan ikan bakar, campur tomyam....perghhhh! nimkat dunia yang tak mampu untuk ditolak (masa kebuloq).

anyss berkata...

Eelebor: Jom! reramai terjah Bagan Lalang

Cetusan berkata...

hilang sekarung lelah dari kotak pejabat.
terhumbang ke laut senja.

sapa yag buat skrip sepasang sejoli gelas itu?

kenapa strawnya agak jauh,

Cetusan berkata...

ke pantai nak makan...

anyss berkata...

ZZ: dengan gelas sejoli pun nak jeles? Dah habis air kelapa, hargailah dinginnya menyejukkan tekak...

dina berkata...

anyss.... sangat cantik gambar2nya... sangat indah nikmat Tuhan! Aku baru juga ke Bagan lalang, tapi tak sempat menikmati saat mentari pulang... harap2 aku dapat rakamkan gambar secantik ini lainkali!

anyss berkata...

Dina: Tu laaaaa sape suruh tak ajak aku hu hu hu lain kali kita buat BBQ pulak ya ;)