Selasa, 23 Februari 2010

Berpetualang di Bumi Ulamak

Aku dah berada di Seberang. Di sebuah tempat bergelar Serambi Mekah. Di tanah yang pernah musnah dibadai tsunami ngeri lewat 2004. Dan selepas lima tahun bencana ngeri itu berlaku, banyak yang dapat dilihat. Banyak yang boleh diketengahkan. Banyak juga yang perlu dipelajari.

Terlalu banyak yang ada di sini. Antara ingin membingkiskannya sebagai satu catatang seorang bergelandangan (di hati, di minda) dan petualang (hati, minda, kotak fikir), namun sesaat kemudian, hati jadi berbelah bahagi. Pengalaman ini memang berharga untuk diri. Andai dibingkiskan di ruang yang sering mencatatkan bisikan hati ini, harganya itu ditafsirkan bagaimana? Satu perkongsiankah? Ataukah nanti dikatakan sebagai penyakit hati yang terlalu menuntut rasa riyak dan bangga?

Menantikan Rabu sebagai tarikh keberangkatan kembali ke tanahair, ada pelbagai rasa yang terisi. Antara rindukan sambal belacan, dan mahu menggunakan peluang sebaiknya di sini untuk menimba pengalaman dan ilmu, bauran itu akhirnya bagai tak bersisa saat kepala disadaikan ke bantal empuk.

10 ulasan:

NAZ berkata...

jangan disumpit disana ok

anyss berkata...

Depa hidup lagi mewah dari kita

Cetusan berkata...

kos murah boleh beli mcm2 buku dll,pasentren belajar2

azieazah berkata...

Pengalaman yang sangat mahal ni... menulis berkajang pun belum tentu terluah segala yang dilihat dan dirasa di jiwa..

Unknown berkata...

anyss,

apa kabar org acheh.... pembangunan..

rosnanie berkata...

salam maulidurrasul buat anyss sekeluarga... hati2 di tempat orang ya...

anyss berkata...

ZZ: kos memang murah tapi bila nampak kita, tetiba je harga jadi naik berganda. Air kosong tu pun dah 2000 harganya hu huh u

Tak banyak kedai buku, dan tak banyak buku juga, tak seperti di Jakarta. 4 buku yang saya nak cari tak dapat pun.

Pasentren tu di jawa, kalau di aceh dipanggil Dayah. Tersangat banyaknya. Saya sempat pergi ke salah satu daripadanya. Nanti akan ditulis dlm blog ni kalau rasa macam boleh bagi ilmu kepada orang lain.

anyss berkata...

Azieazah: Sangat mahal. Tak akan dapat dibeli kat mana-mana gedung beli belah. Sangat banyak manfaat dan sangat membuka minda untuk lebih syukuri apa yang ada.

Izan: Alhamdulillah masyarakat aceh sangat membangun berbanding sebelum tsunami, malah...depa lebih banyak membangun berbanding kita di setengah-setengah tempat. Pembangunan fizikal, mental dan ruhani.

anyss berkata...

Rosnanie: Terima kasih. Salam maulidur rasul unttuk sdri juga. Alhamdulillah, sepanjang 5 hari di Aceh, semuanya berlangsung dengan lancar. Masih terlalu banyak yang belum diselongkar di sana. 5 hari terlalu tidak cukup.

caluk@cencaluk berkata...

dah lama aku x dgr ayat petualang tu he he