Khamis, 3 Disember 2009

Jangan Rampas Seat Aku!

Seminggu selepas balik dari Bandung, aku perlu gantikan “abang” Jo ke Alor Setar. Jumaatnya jam 10 pagi aku dah keluar dari rumah ke KLIA. Sekarang ni MAS gunakan sistem check in sendiri pakai mesin. Dah biasa buat, kira tak kekok lagi termasuk pilih tempat duduk. Aku tak tahan kena "goyang" kalau kat belakang terutama kalau perjalanan yang ambil masa 2-3 jam. Sekarang ni musim hujan, risiko untuk "bergoyang" memang tinggi. Asalnya dapat seat belakang, tapi aku ubah ke hadapan. Dapat tepi tingkap pula. 16A. Seronoknya! Sempatlah baca buku yang aku bawa sementara menunggu kapal terbang landing. Walaupun hanya 55 minit sahaja, namun dalam jangka masa tersebut, lebih dari 20 halaman boleh aku baca.

Sebab tak sempat sarapan, aku terus ke KFC dan dapatkan 2 ketul ayam. Makan dengan selesa dan selamba sebelum masuk ke terminal. Tak perlu tergesa-gesa, masih punya waktu. Sempat online lagi. Sekarang ni KLIA hanya benarkan penggunaan internet di terminal selama dua jam sahaja secara percuma. Selepas tempoh dua jam tersebut, aku tak pasti pula perlu dibayar ataupun diputuskan talian sahaja. Jadinya, tempoh tersebut aku gunakan untuk baca emel dan online YM. Namun Cik Bintang tengah meting, tak ada siapa yang online. Setelah baca blog rakan-rakan seketika, aku putuskan untuk buat kerja sahaja. Janjiku untuk siapkan kerja dalam tempoh tertentu dengan Pak Cik Singapura perlu aku tepati sebaiknya. Penting tu. Sangat penting dan sangat-sangat perlu aku siapkan juga tak kira apapun berlaku.

Dek kerana cuti sekolah sudah bermula (aku ingatkan belum cuti lagi! Masa peristiwa ini berlaku, seminggu sebelum Aidiladha), maka ramai penumpang. Penuh. Terutama ibu bapa dengan anak-anak. Jadinya mereka dibenarkan masuk dahulu. Bila aku sampai kat seat 16 tu, seat A telah diduduki seorang budak umur dalam 2-3 tahun bersama ibunya di seat tengah. Ustazah (berdasarkan pakaiannya). Bila nampak aku letak barang kat tempat simpanan barang di atas, dia terus pandang tempat lain tanpa rasa bersalahpun. Tak ada segarit senyum buat aku.

Tak kesahlah kalau nak seat A itu, akupun boleh tolak ansur kalau betul caranya. Dah lah rampas seat tu tanpa beritahu apa-apa, nampak saja muka aku yang chomelnya boleh tahan ini, pura-pura tak nampak dan berpaling tengok tempat lain. Muka macam ni punya lawapun tak mahu tengok ke, mak cik ustazah? (kan dah tetiba je kena gelar mak cik!)

Hati aku dah bengkak. Awak tu ustazah. Tak boleh ke bagi tau nak tukar tempat ke, apa-apa sajalah. Asal bagi tahu. Sebab dia memang tak mahu pandang muka aku, jadi terpaksalah aku duduk di seat C. Itupun sebab mulut aku malas nak bebel mintak balik seat A tu. Kalau mood aku nak berkira masa tu, memanglah aku akan tepuk bahu dia. Tak kesahlah dia nak pandang ke tidak muka aku ni. Kalau dia tak nak pandang, boleh aje aku wat-wat tanya adik pramugara yang ensem tu, tapi rasa malas pulak nak berkira walaupun hati BENGKEK je. Masa tu setan kecik saja menyelinap kat sebalik hati aku ni (setan besar tengah melekat hat hati mak cik ustazah la la la), so...tak buatlah benda-benda begitu.

Rupa-rupanya laki dan anak-anaknya ada di seat D, E dan F. Jadinya anaknya itu akan tanya itu ini dan jerit macam-macam kat dia. Nak tak nak dia terpaksalah juga berpaling tengok muka aku yang dah start buat muka toya. Bila dia jerit itu ini kat anaknya di seat D, sengaja aku tinggikan lagi Utusan Malaysia. Tak baca apapun, tengok tajuk utama sahaja, tetapi selak sebesar-besar halaman, angkat setinggi-tinggi yang dapat. Tak kesahlah kau laung apapun mak cik ustazah, dah kau buat aku macam tu, elok sikitlah aku buat begini kan? Mmmm sarjan setan dah mula cucuk tu!

Nak tak nak, dia orang terpaksalah diam. Masing-masing tidur walaupun cik pramugari manis bawakan jus dan kacang goreng. Bila kapal terbang mendarat di Kepala batas, pakcik Ustaznya terpa bangun dan terus ambil barang kat atas. Aku turut bangun dan ambil beg sama. Memandangkan ruang laluan di tengah seat hanya muat untuk seorang, pak cik ustaz yang masih muda itu berada di hadapanku bersama anak lelakinya. Anak perempuannya berada di belakangku bersama mak cik ustazah. Bila semua orang dah berbaris turun, pak cik ustaz terpaksalah berjalan dahulu sebab aku kat belakangnya terus saja jalan buat-buat tak faham pun. Mak cik ustazah tu terkial-kial uruskan anak, ambilkan barang juga sedangkan pakcik ustaz tu pula terpaksa lajukan langkahnya di hadapanku. Aku terus sahaja jalan ke depan dengan langkah yang sengaja dipanjangkan. Sesekali dia berpaling ke belakang. Aku buat-buat tak faham, buat-buat tak tahu sahaja.

Aku jugak manusia biasa. Kalau orang bertindak nice dan bertokmakninah, maka sebegitulah juga aku. Kalau orang dah kurang ajar, tambah lagi untuk orang yang konon-kononnya warak, mintak maaf berlori-lorilah. Aku ni bukannya wali, setan masih banyak bermaharaja lela dalam hati!

Bagi anda yang baca coretan ini dan rasa aku bersikap tak wajar, terpulanglah kepada anda. Memang tak wajarpun, tak patut buat begitu. Namun adakalanya, perlu juga buat begitu. Sepanjang selalu keluar kerja merata tempat, banyak orang pernah aku jumpa. Kalau takat nak tukar seat sebegitu, bukan sekali dua aku dah buat. Namun ini adalah cara paling kurang ajar pernah orang buat, terutama orang yang konon-kononnya warak. Kalau pakaian saja yang tertutup, kepala otak dan perangai macam tu...warak apa benda ntah!

Dua jam setengah ke Kota Kinabalu pun aku pernah tukar tempat duduk kalau kena caranya. Apalah sangat dengan 55 minit dalam pesawat. Sekejab sahaja. Tapi, kalau tak kena cara, macam itulah jadinya. Aku tahu makcik ustazah tu tak baca pun apa yang aku tulis ni, tapi kalau sesiapa yang terbaca dan “terkenal”lah dengan mak cik ustazah tak reti tokmaninah itu, sampaikan pesan padanya. “Pakaian tidak melambangkan apa-apa kalau tidak diiringi dengan cara hidup yang sepatutnya. Depan anak-anak, tak elok buat perangai. Anak-anak ikut habit tu kan dah susah”. Aikk...sekarang ni siapa yang jadi ustazah? Alahai!

Nota terjah untuk si bintang chomel: tahu kan kenapa saya buat khidmat masyarakat semasa balik dari Alor Setar?...nak kalahkan semula setan yang berjaya menyelinap sebalik hati.

12 ulasan:

Cetusan berkata...

lain kali pegang CIUM jer makcik tu..laga PIPI..huhuu geram sangat kan

azieazah berkata...

Ya Allah, ampunkan lah kawan aku yang nama ANYSS ni, andai Kau rasa dia bersalah dan kurang ajar.. Ampunkanlah dia, walaupun aku sokong apa yang dia buat...

NAZ berkata...

siapa cepat dia dapat

anyss berkata...

ZZ: pegang cium mak cik ustazah ke pak cik ustaz?

Azieazah: Aminnnnnnnnnnnnn makbul doa akak kita ni ye hu hu hu hu

Naz: airasia pun dah ada nombor tempat duduk, laling la la la

rosnanie berkata...

salam annieys, sabar...sabar... jgn hot sgt, nanti cepat tue, hehehe...

kdg2 kena bagi pengajaran juge, kalau tak semua orang yang berperangai macam tu akan sentiasa perasan bagus,

but annieys, sikit2 dah ler... hehehe...

Unknown berkata...

anyss,

yang sudah tu sudahlar.... len kali jangan buat lagi ye... lapang2kan dada ok, supaya kita dapat ketenangan di lain hari.

anyss berkata...

Rosnanie: Wsalam. Belum hot lagi tu...baru BENGKAKK je. Kalau hot dah tentu Menara Alor Star tu dah kena benam kat Tasik Putrajaya (boleh gitu eh?)...

Opssss! tu bukan sikit ke?

Izan: Sarjan Setan dah hasut masa tu ish! ish! Ish!

anyss berkata...

Rosnanie: Wsalam. Belum hot lagi tu...baru BENGKAKK je. Kalau hot dah tentu Menara Alor Star tu dah kena benam kat Tasik Putrajaya (boleh gitu eh?)...

Opssss! tu bukan sikit ke?

Izan: Sarjan Setan dah hasut masa tu ish! ish! Ish!

rosnanie berkata...

anniys, nasib baik sarjan setan , kalu leftenan ker, kolonel ker, mesti Menara Alor Star dah kena benam ye, hehehe...

anyss berkata...

Rosnanie: Tu la pasal...tengok ler besau mana kakek setan tu berpengaruh. Kalau kita sedar tang2 tu, sempatlah tarik nafas cari kekuatan untuk FIRE balik, kalau terlupa @ wat2 lupa...he he he gitu ler jadinya

iza~de~bintang berkata...

Huhu garang jugak Cik Anyss ni yer :p
Banyak2 bersabar, kadang2 wujud makluk2 camni untuk menguji kesabaran kita :D

Jangan benamkan menara tu , mahai tau, sy belom sempat panjat lagi tuu :p

anyss berkata...

Iza: errrrr ek? Lom tunjuk skill garang lagi tu...kalau x BERTUKAR kaler ijau hu hu hu

Saya pun blm panjat lagi menara tu...nengok je dr jauh