Jumaat, 25 September 2009

Beraya dengan Orang Asli

Muzium Orang Asli Gombak
Khamis: pepagi pergi pejabat. Sempat juga kemas kini blog sambil belek dua tiga benda. Setelah itu bergegas ke Gombak untuk bertapa di Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Mohon ampunlah dengan tajuk yang memang tak ada kena mengenanya pun ni. Musim raya tak leh marah ya, ingat tu!
Cantik...tradisi
Biasa hanya tengok je papan tanda berhampiran tol Gombak, hari ini perlu eksplotasi tempatnya sendirian hanya berpandukan papan tanda semata-mata. Akhirnya, jam 11 sampai juga ke kawasan tersebut walaupun berlaku sedikit salah faham (bukan gaduh ye...tapi dia paham lain apa yang aku tanya) semasa bertanya di pondok pengawal. Gerak hati menyelamatkan aku daripada terlajak ke hadapan.

Mula-mula melawat Muzium Orang Asli yang ambil masa dalam 5 minit sahaja. Memang menarik. Reka bentuk luarannya memang terserlah tradisinya, bila lihat kat dalam, hati lagi tertawan. Binaan batu telah digabungkan dengan binaan kayu di dalam. Syiling yang biasanya diperbuat daripada esbestos telah diganti dengan anyaman buluh yang kemas dan halus. Begitu juga dengan setiap sudut dindingnya.


Anyam buluh jadi rumah
kraftangan pandan
Timba ni buatkan aku terkenangkan gemulah Tok Ayah...
timba upih...susah nak jumpa dah sekarang ni
Seterusnya bertapa di perpustakaan yang terletak berhampiran hingga jam 3.45 petang. Walaupun perpustakaan itu sepatutnya tutup pada waktu tengahari, aku minta izin untuk gunakannya. Tak kesahlah kalau kunci dari luarpun. Nasib baik Encik yang baik hati itu benarkan, kalau tak...memanglah lagi lambat siap telaah aku di situ.

Mok Yang telefon masa kepalaku tengah berasap baca semua dokumen...ajak ke rumah terbukanya. Terus saja perut jadi lapar. Pagi tadi sarapan dengan tart nenas sahaja sambil memandu. Kira macam, orang lapar disogokkan makananlah kan. Apalagi, keluar je dari Gombak, terus memecut ke Pandan Jaya. Kalau ikutkan, memanglah segan nak singgah setelah seharian keluar rumah, berpeluh entah berapa kali. Ampun ya tuan rumah, ada banyak bau!

Walaupun berpusing banyak kali di tempat yang sama (tanya wak java pun dia tak tau tempat tu yang letaknya kat sebelah dia berdiri hu hu hu) akhirnya tiba dengan jayanya. Celcom pulak buat hal. Naik patah jari dail nombor Mok Yang dan Caluk...mesin betina je yang jawab. Kesian Mok Yang terpaksa telefon banyak kali bagi memastikan aku tiba dengan jayanya. Apapun, terima kasih daun keladi kepada tuan rumah yang sudi menjemput datang makan kala memang perut memerlukan. Rembat jugalah semangkuk laksa penang dan sepinggan pulut kuning yang dimakan dengan kari kerang dan rendang ayam. Yummy...lapar sangat sampai lupa nak snap gambar!

Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi...



4 ulasan:

iza~de~bintang berkata...

Len kali temankan adik jalan2 ke muzium tu yer Kak Anyss ;)

anyss berkata...

Iza D Bintang: Boleh...kalau nak berburu gajah dgn orang asli pun boleh hu hu hu

azieazah berkata...

Terimakasih daun keladi ANYSS.. Sudi datang beraya... Tapi makan skit benor lerrr... tak aci tauu..

En CALUK datang bawak dayang nan ramai..

Semua geng yang datang MokYang tak sempat snap gambar.. Terlupaaaa.. Wuaa..!

Pic Anyss ada sekepin jer... nanti nak boh kat my blog..

anyss berkata...

azieazah: Makan memang sentiasa sudi. Kalau mcm gitu kira sikit lagi, tak tau la mcm mana nye baru kira ok...itu mmg dah selera GAJAH tu...mmg tgh kebuloq. Kalau tak kebuloq, lagi sikit kot hu hu hu

Hu hu hu nampak benda makan je dah lupa nak snap gambor...Alamak! tetibe je nak kena jadi selebekriti ke ni?