Isnin, 10 Ogos 2009

Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009

Tarikh: 7-9 Ogos 2009
Tempat: Mid valey Exhibition centre, Aras 3 Mid Valey

Jumaat lepas, 7 hb Ogos 2009, walaupun dalam keadaan masa yang suntuk, aktiviti yang penuh dan kerja yang bertimbun, aku luangkan masa untuk hadiri Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009 ini. Aku dapat tahu pasal Karnival inipun sebab tersesat ke laman web JHEOA beberapa hari sebelumnya. Jadi, karnival ini tersenarai dalam aktiviti utama yang dirancangkan walaupun dilakukan pada saat-saat akhir.

Ikutkan hati, memanglah penat. Paginya ada mesyuarat di pejabat berkaitan kursus IT yang bakal diadakan hujung minggu ni. Mesyuarat itu tamat agak lewat juga setelah perbincangan secara terperinci dilakukan. Masa memang dah suntuk sangat. Kalau boleh, tak naklah apa yang kami rancangkan tu terburai kat tengah jalan. Itu yang mesyuarat itu ambil masa lebih dua jam. Moga-moga saemuanya berjalan dengan lancar minggu depan.

Setelah bantai dua pinggan nasi lemak yang kaw kaw dia punya lemaknya tu, aku bergegas ke KTMB. Masa tu dah tengahari, hari Jumaat pula. Agak sendat jugalah manusia berhimpit dalam komuter, namun kalau aku tak pergi pada hari tersebut, memang peluang untuk pergi agak terhad. Karnival memang berlangsung hingga Ahad, namun, aku dah terlalu letih untuk berasak-asak pada hari minggu.

Kat Mid valey Exhibition centre, Aras 3 Mid Valey tu bukan sahaja ada Karnival Usahawan dan Kebudayaan Orang Asli 2009 sahaja, tetapi berdepan pula dengan Pameran Pengantin Malaysia 2009 yang lebih meriah dan mendapat sambutan hangat. Hati memanglah nak juga pergi ke Pameran Pengantin Malaysia 2009, tetapi kupujukkan diri ke Karnival Orang Asli itu terlebih dahulu. Bukankah itu matlamat utamanya?

Orang masih belum begitu ramai mengunjungi Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009. Mana-mana yang pergi ke sana kebanyakannya secara tak sengaja. Habis menapak di Pameran Pengantin Malaysia, mereka singgah ke Karnival Usahawan Orang Asli. Barangkali, hanya aku sahaja yang ke sana semata-mata untuk ke Karnival tersebut. Mungkin.

Dalam masa tak sampai setengah jam, semua gerai habis aku ronda. Akhirnya singgah ke kaunter Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan dapatkan maklumat. Beria-ria je aku datang sini, ingatkan bolehlah dapat “sesuatu”, namun akhirnya mereka minta aku pergi juga ke JHEOA di Ampang. Perpustakaan dan muziumnya ada di Gombak. Yang buat aku rasa nak terajang orang je tu...perpustakaan dan muzium tu hanya dibuka pada hari kerja sahaja. Hampeh!

Apapun, kat karnival ni aku sempat juga berbual-bual dengan penulis novel Perang Sangkil yang juga seorang wartawan di RTM. Perkembangan terbarunya: sedang tunggu novel lain diterbitkan, sedang menulis novel baru juga.

Selain itu aku cuba menyempatkan diri untuk menyaksikan persembahan orang asli. Tengok sendiri ajelah mana yang patut kat bawah ni ya. Apapun, aku memang suka dengan sebuah lagu yang didendangkan. Walaupun menggunakan alatan tradisional daripada buluh, melodinya memang betul-betul menawan. Tertawan betul!

Asyik itu menyebabkan aku terlupa tentang temujanji dengan peguam di Ampang Point. Adusssssssss!

Nak tengok gambar? lain kali leh? Ntah kenapa terlupa lak nak save....hu hu hu jangan marah aku!
Candid!
Ni dia semua gambar2 yang sempat aku tampal kat sini...
Sangat halus buatannya. Cantik juga. Dan...mahal memang dah tentu!
Ayu dan menawan...

Tiada ulasan: