Tiba-tiba aku terkenangkan dia, seorang sahabat. Sahabat yang pernah hadir dalam hidup aku semasa belajar dahulu. Seorang sahabat yang mengajar aku erti kejujuran dalam persahabatan.
Dia memang baik. Baik sangat. Walaupun kami berlainan jantina dan agak berbeza tone kulit (aku perempuan, dia lelaki. Aku berkulit sawa matang, manakala dia lebih cerah dan putih. Aku sering katakan kepadanya yang kami tak ubah macam tahi cicak. Hitam dan putih) namun keakraban dan persefahaman kami memang tidak dapat dinafikan.
Dia sering ceritakan tentang dirinya. Hidup bersama datuk dan nenek setelah ibu bapanya berpisah. Sentiasa tersisih, terkurang kasih sayang. Namun aku akui, dia memang sangat baik. Hingga kini, aku tak jumpa seseorang yang lain sebaiknya. Tak pernah jumpa lagi selepas itu.
Ada yang anggap kami pasangan kekasih. Ada juga yang anggap akulah orang ke tiga berlakunya perpisahan antara dia dan kekasih hati kesayangannya itu. Itupun aku tahu setelah habis belajar. Setelah dah kerja bertahun-tahun pun. Dan aku, terkedu seketika. Tak pernah terfikirpun tentang itu kerana dalam kepalaku telah disetkan bahawa dia “sahabat” aku dunia akhirat. Dan dia juga sering nyatakan begitu.
Lagi pula, semasa dia couple dengan seorang junior kami, aku juga sedang couple dengan orang lain. Namun, tidak siapa tahu tentang couple aku itu kerana teman-temanku tidak pernah nampak aku dating pun. Jadi, ramai yang menganggap aku ni pelajar yang “tak laku”. Maklumlah, masa belajar dulu, aku ni agak “skima” sedikit menurut pendapat teman-teman.
Aku kenal rakan couple sahabatku itu kerana kami bernaung di bawah dua persatuan yang sama. Baik orangnya. Cantik. Sopan. Malah, segala-galanya ada. Dia memang ada pakage yang lengkap. Bila dengar yang sahabat baikku itu mula nak bercouple dengan si junior lawa itu, aku bertemu dengannya secara personal. Hari tu kami ke Kajang dan makan sate kajang. Tak pernah lagi aku keluar secara bersendirian dengannya. Berdua. Itulah pertama kalinya. Biasanya, kalau kami makan, kami akan makan secara ramai-ramai di kafetaria. Masa makan sate Kajang itulah aku tanyakan dia, betul ke tidak hal itu. Dan dia mengiakannya. Dia beritahu aku yang dia memang benar-benar sayangkan junior itu. Aku sendiri dapat rasakan kesungguhannya itu. Aku dapat lihat pada raut wajahnya.
Dan hari itu, aku katakan kepadanya agar dia sentiasa jaga si junior itu. Jangan lukakan hatinya. Dia perempuan yang baik. Sebelum ini sahabat aku tu selalu ceritakan tentang dia terpaksa mengelak daripada bertemu dan rapat dengan beberapa orang teman seangkatannya. Jadi, aku agak bimbang andai dia sebenarnya hanya nak main-mainkan perempuan itu saja.
Semua itu berlangsung dengan indah selama dua tahun. Junior itu memang tahu keakraban kami. Dia juga tahu yang aku juga sudah punya pacar, namun tidak siapa antara mereka tahu siapa orangnya. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hal itu. Aku juga tidak cuba untuk kenalkan pacarku itu dengannya atau teman-teman persatuan yang lain. Kalau ikutkan lagu Siti Nurhaliza, “biarlah rahsia”!
Kata orang, langit tidak selalu terang. Dia yang terlalu baik itu akhirnya terhempas hatinya. Pecah serpih. Pada masa itu dia tengah praktikal. Kegusaran, kecelaruan buatkan setiap hari dia hubungiku termasuklah pada masa cuti panjang. Kekecewaannya yang besar itu buatkan dia hilang rasa untuk teruskan perjalanan hidup ini. Dia hilang kawalan diri. Dia putus asa. Dia bagai mayat hidup, hanya sekadar hidup kerana punya nyawa. Dan aku, menjadi sandarannya. Menjadi tempat dia luahkan segala kegalauan hatinya. Akulah pendengar setia kisah dukanya. Segala-galanya. Ketika itu, hanya semangat, pendapat dan kata-kata perangsang sahaja mampu aku berikan.
Ketika dia dihantar bertugas di Sabah pun, dia selalu bazirkan bilnya untuk hubungiku. Hinggalah pada suatu malam, dia tanyakan khabar tentang pacarku. Hanya pada saat itu baru dia tahu yang hatiku juga sedang retak serpih sepertinya tanpa kuceritakan padanya pun.
Sayangnya dia kepada junior kami menyebabkan dia pernah lafazkan “kalaupun suatu hari nanti saya kahwin, dia tetap akan sentiasa hidup dalam hati saya,”. Tak terkata aku saat mendengar katanya itu. Dan aku tak pernah meragui tentang sayangnya yang menggunung itu. Dia memang benar-benar mencintai junior comel itu. Berita paling menyayat hati akhirnya tiba jua. Si junior itu terus berkahwin selepas habis belajar. Jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi mangsa dera suaminya yang bergelar “ustaz” itu juga. kasihan! Namun itu jalan yang dipilihnya.
Sekalipun si junior sudah berkahwin dan punya anak, sahabatku itu tak pernah putus harapan. Masih juga menyimpan impian untuk hidup bersama kekasih hatinya. “Kalau dia bercerai, saya masih tetap akan kahwin dengannya” kata sahabatku itu. Aku terkedu. Masihkah dia tidak dapat menerima kenyataan? Setelah aku basuh kepalanya berkali-kali, dia akhirnya mula belajar untuk berdepan dengan kenyataan. Suatu hari, dia menelefonku dan ajak aku kahwin.
Awalnya aku memang terkedu. Tak sangka. Dia lebih segalanya. Wajah boleh tahan. Penampilan segak. Kerja pun okey. Pandai masak. Selalu kemas rumah (sebab tinggal dengan nenek, banyak kerja perlu dilakukan sendiri) Memang dia lelaki idaman setiap wanita. Dia sentiasa tahu apa yang wanita perlukan. Lebih lengkap lagi dengan pengetahuan agamanya. Kalaupun bukan bergelar ustaz, namun, kalau setakat terdesak tak ada imam untuk mengepalai solat Jumaat, dia mampu untuk tampil ke depan. Dia juga sudah diterima dengan baik dalam keluarga kami (dia sebenarnya lelaki impian mek untuk jadi menantunya. Bukan mudah untuk jadi pilihan sebegitu kerana Mek dan Ayah memang cerewet). Tak ada satu kurangnya dia. Memang cukup syarat.
Selama ini dia sahabatku. Dia sahabat terbaik pernah aku ada. Banyak sudut pemikiran kami sama arahnya. Sama pendapat. Sama perkiraan. Biarpun statusnya yang telah diset dalam mindaku hanya sebagai “sahabat”, bila-bila masa sahaja boleh diubah. Asalkan beri masa sahaja. Jadinya, kenapa aku tidak bersetuju sahaja dia jadi suami? Kenapa tak biarkan saja dia hadir dalam hidupku mengelap luka yang dah bernanah itu? Bukankah kami sama-sama parah, jadinya, kenapa tidak saja kami saling merawat luka masing-masing? Bukankah perasaan itu boleh dipupuk?
Aku memang percaya yang perasaan dapat dipupuk. Dibaja. Namun, saat terkenangkan katanya, “kalaupun suatu hari nanti saya kahwin, dia tetap akan sentiasa hidup dalam hati saya,”, hatiku jadi hambar. Jadi tawar. Jadi beku. Maaf, sahabat. Aku tak mampu untuk hidup di sisi orang yang hatinya milik orang lain! Dan dia, hingga kini tidak pernah tahu kenapa aku menolak dia.
Jauh di bawah Bayu, dia berkenalan dengan seorang guru lain berasal dari Kelantan juga. semua kisahnya diceritakan padaku, termasuk bagaimana bakal tunangnya (pada ketika itu) merajuk saat melihat albumnya (kerana terlalu banyak gambarnya bersama aku). Dia cemburukan aku. Bila sahabat terbaikku itu berkata kepada bakal tunangnya “Saya kenal dia dah lebih lima tahun, saya kenal awak tak sampai pun setahun. Kalau diberi pilihan sama ada dia atau awak, saya tentu akan pilih dia sama ada awak suka atau tidak. Kalau awak rasa tak boleh terima dia sebagai sahabat saya, baik tak payah awak terima saya,”. Fuih! Ayat maut tu. Masa aku dengar dia ceritakan semula padaku lewat telefon, aku agak terkedu juga sekejab. Tapi akhirnya aku kata “Kalau saya boleh buat awak dan dia tak aman...saya rela hilang seorang sahabat. Asalkan awak bahagia,”
Hingga tiba saat dia berkahwin, dia sering bercanda denganku. Katanya “Saya tak pasti rombongan pengantin ni nak pergi ke daerah X (kampung halaman isterinya) atau ke Y (rumah akulah tu....). dan aku pula sentiasa memberi keyakinan kepadanya bahawa pilihannya itu adalah pilihan yang tepat. Bakal isterinya itu terlalu sayangkan dia. Jadinya, berkahwinlah dengan orang yang sayangkan kita, bukannya orang yang kita sayang.
Aku tak dapat pergi semasa pesta perkahwinan mereka. Namun aku berkesempatan jumpa mereka semasa out satation di Sabah. Beberapa kali aku jumpa mereka di sana. Bagiku, kami masih lagi akrab seperti sebelum dia kahwin walaupun aku tidak tahu itu betul atau tidak. Setidak-tidaknya itulah yang aku nampak. Setiap kali raya juga, mereka tidak pernah lupa berkunjung ke pondok buruk kami. Keluargaku juga dah kenal baik dengan isteri dan anak-anaknya.
Kini masa dah terlalu lama berlari. Aku sendiri tidak sedar entah dimana kisah kami terhenti. Kali terakhir dia datang kerumahku beraya, dia punya anak dua. Kini, akupun dah tak pasti. Ketika aku sendirian menahan gelombang dalam hidup, aku tercari-cari seseorang yang dapat menjadi tempat kubersandar. Aku terkenangkan dia. Namun aku tahu, dia sekarang tidak sama lagi seperti dia dahulu. Dia sekarang punya isteri dan anak-anak. Punya tanggungjawab yang lebih besar. Jadinya, perlukah aku menempelkan diri?
Aku rindukan dia yang lama. Namun, aku perlu terima hakikat yang kami tidak akan dapat kembali seperti dahulu lagi. Dulu aku pernah kata yang aku sanggup jauh daripadanya andai itu akan membahagiakan dia. Dan kini, inilah saatnya. Inilah yang aku lakukan, walaupun aku sebenarnya...sangat-sangat perlukan dia.
Dia sahabat terbaikku yang pernah aku ada. Dia pernah mencariku dan tinggalkan nombor telefon di kampung( dia memang tahu bagaimna nak cari aku walau ke dunia manapun aku pergi. Keluargaku akan ceritakan apa saja yang berlaku pada aku kerana mereka kenal dan percayakan dia...kalau orang lain, jangan harap mereka boleh berbuat demikian. Mek dan ayah akan tapis setiap panggilan untuk anak-anak dia orang, jadi kalau korang hilang nombor henpon aku, walaupun punya no talian tetap kat kampung, belum tentu kalian akan dapat semula nombor telefon bimbit aku dari sana. Mereka akan katakan tak tahu saja), namun nombor itu aku tidak terima hingga kini. Aku sekadar menulis e-mel untuknya. Dia memang balas, namun nadanya tidak lagi semesra dahulu. Hanya beberapa baris ayat, berbanding dahulu...biar jarak memisahkan kami, setiap peristiwa yang berlaku tetap kami kongsi. Sibukkah dia? Jadinya, biarpun bagaimana perlunya aku akan dia, bukankah langkah terbaik untuk aku adalah GHAIB dari hidupnya? Aku sentiasa mengharapkan dia bahagia.
Ada sesiapa sudi jadi sahabat aku lebih dari dia?
Tulisan ini tidak akan dibaca oleh sahabatku itu, aku cukup pasti. Dia tidak pernah tahupun kewujudan blog ini. Dia juga sudah terlalu lama tidak berkongsi kisah denganku, jadiny...Siapa dia biarlah terus jadi rahsia.

15 ulasan:
Sahabat sejati sukar dicari gantikan??? Kalau jumpa pun x akan sama.
Yup...tiada gantinya. Tak sama juga.
Ada beberapa kategori sahabat...
yang terbaik pada kita belum tentu leh jadi sahabat yg baik pada orang lain...
Unik dan unggul nya sesuatu persahabatan itu adalah kita sendiri yg menentukan, kerana kita yang merasainya..
Kehilangan itu sangat sakit, tetapi mungkin itu yang terbaik, sekurang2nya utk dia.. kalupun pun bukan untuk kita..
Semoga pengalaman dan kenangan lebih mematangkan...
Dan bahagia itu tetap akan menjadi milik setiap insan...
Yup itulah harapannya.
Kalau dah itu jalan yang kita pilih, makanya...perlulah bersedia untuk laluinya juga.
Kalaupun orang kata yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun hakikatnya...yang tumbuh dan yang ganti itu tetap tak sama. Dan hidup, tetap perlu diteruskan...
Tie dah baca, nanti datang semula dan komen, ya... sibuk sikit...hehe...
Terima kasih ziarah. Tuan punya blog pun x sempat nak update blog lagi :D
insyaallah...patah tumbuh hilang berganti
perkahwinan xsepatutnya jd pengahalang pd sebuah persahabatan...pergh..mmg byk org yg xcerdik dr org yg cerdik..moga terjalin kembali persahabatan awk
Terus teringat sahabat2 Tie yang telah mewarnai hidup ini yang lampau.
Ada yang menceriakan, ada yang mematangkan diri Tie, dan ada pula yang memberi kesan mendalam pada jiwa ini.
Setiap orang ada keistimewaannya, moga2 semua sahabat2 kita bahagia dengan kehidupan masing2 kini..... begitu juga dengan Anyss......
salam...
lama xupdate ni...
sy ada sedikit pandangan di atas kisah kamu... dari apa yg sy baca dan fahami segalanya luhur dr hati...
kamu telah membuat keputusan untuk menolaknya... walaupun jauh di sudut hati kamu ada sekelumit cinta utknya (sy pasti)... tp kamu tidak berterus terang ttg apa yang kamu fikirkan ttg kata-katanya dulu... itu kisah lama.
sekarang dia sudah punya penghidupan baru untuk dijalani bersama anak-anak dan isterinya... tentunya keakrapan dulu tak boleh diulangi... kamu kena faham.
jalanilh kehidupan kamu seperti orang lain selagi kamu masih mengenang kisah silam sampai bilapun hati kamu takkan terubat dan selama itu juga kamu tidak dapat mengecapi kebahagian seperti mana orang lain... bukakanlah pintu hati kamu pada orang lain mungkin ini dapat mengurangkan rasa rindu dan ingatan kamu padanya walaupun yg datang tak sama dengan yang pergi...
carilah kehidupan kamu sendiri insyaAllah hati kamu akan terubat... kamu bahagia dan dia akan turut bahagia bila kamu bahagia sama sepertinya...
Ima: Yang patah, memang akan tumbuh, yang hilang tetap akan berganti...hanya, tak sama aje.
Chipsey: Ada masa kita perlu pilih apa yang terbaik untuk kehidupan. Pasangan akan sentiasa di sisi kita, sahabat datangnya sesekali sahaja. Tambah lagi kalau lain spesis, agak susah sikit untuk berpanjangan.
Kayteeze: Yup, tul tu Kak Tie. Makin ramai kita kenal orang lain...makin mematangkan kita. Makin banyak cerita yang kita simpan. Terima kasih dengan doa tu...insyaAllah, moga2 semua sahabat di dunia ni sentiasa bahagia...
Naz Ilyn: Yup memang lama tak update. Baru siapkan sedikit tugasan yang menuntut masa agak lama. Insyaallah akan update tak lama lagi.
Ingatan dan rindu padanya hanyalah sebagai sahabat, tak lebih dari itu. Bila dah putuskan begitu, maka hingga akhirnya akan tetap begitu. Selama ni pun bukannya pernah rasa nak bercintapun dengan dia.
Hidup memang diteruskan, just hari itu tetiba terkenangkan dia. Biasanya, bila kita teringatkan seseorang maknanya...orang itupun sedang teringatkan kita. Tak tahulah betul ke tak.
Terima kasih bebanyak berkongsi rasa di sini ya...
Peng yu, kawan dan sahabat adalah tiga perkara yang berbeza.... sekarang kita peng yu sok lusa kita kawan mana tau nanti kita jadi sahabat... sama2 lah eratkan silaturrahim dan silaturrahman... hehehe
dkama: berdasarkan pengalaman ke ni? Bolehlah kongsi ye :D
bukan pengalaman pun... berdasarkan apa yang terpikir masa nak komen... hehehe PEACE...
dkama: :) peace...
Catat Ulasan