Isnin, 25 Mei 2009

Cuci Jangan Tak Cuci!


Aku dah terkawad kaki kat blog AKU DI BUMI GENTING HIGHLAND di http://dkama.blogspot.com/ Dia punya tajuk blog tu gempax jugalah…macam best je hidup kat Genting ye (kena tanya gee ni…kalau aku berpeluang hidup kat sana, nak aje aku tanam bunga, sayur, epal dan strowberi banyak-banyak keliling rumah…).


Jadinya, aku kenalah jawab soalan-soalan cepu mas yang disenaraikan tu. Tapi ni pertama kali aku nak jawab dengan seikhlas rasa sebabnya, macam dah lama jugak aku nak tulis pasal benda ni, Cuma tak berkesempatan je. Dah terlanjur kena jawab soalan cepu mas ni, makanya…kira sekali je lah ye.

1) Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Kelmarin. Sental betul-betul punya sampai kilat memancar-mancar hu hu hu. Kalau cuci yang simpel-simpel tu…buat aje terus semasa mandi. Barulah sentiasa hepi je untuk masuk toilet dan berangan di dalamnya setiap hari.

2) Pencuci apa yang anda guna?
Kalau perlu sental, guna cecair Zipp botol putih atau kuning. Kalau sental sikit-sikit je guna slack perasa lavender (macam boleh makan la plak). Yang ni paling suka guna sebabnya, selain bersih, baunya juga wangi semerbak. Selesa je untuk membaca masa menunaikan urusan alam kat bilik air ni. Kalau Nampak ada lipas dua tiga ekor dah kawad kaki kat situ…gunakan cecair pencuci yang dikhaskan untuk halau serangga. Sori lah lupa pulak namanya apa, tapi beli di cosway. Botol dia kaler kuning.

3) Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Paling malas seminggu sekali. Ikut kesesuaian. Kalau berhabuk, dua-tiga kali seminggu. Sebabnya: Tak suka kaki melekit, berhabuk. Alah dengan lantai kotor dan habuk. Nanti kaki naik kudis dan batuk-batuk sebab habuk. Lagi satu, suka lantai berbau wangi. Nyenyak je tidur…bolehlah mimpi jadi puteri raja la la la…


Sebab itu perlukan rakan serumah yang reti jaga kebersihan, bukannya hanya tahu mandi dengan minyak wangi saja tapi pegang penyapu dan kayu mop haram tak reti. Harapkan muka je lawa huh u hu (berdasarkan pengalaman dengan ramai housemate, bukannya anti dengan orang yang lawa, tapi kalau harapkan muka je lawa, baik tak payah)

4) Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Siram pokok depan rumah.

5) Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple
Buah-buahan

6) Minuman selalu anda buat waktu pagi?
Milo panas…tu pun kat pejabat. Waktu pagi itu bermakna sebelum jam 12 tengahari.

7) Sebelum tidur apa yang anda selalu lakukan?
Tutup lampu, tutup mata.

8) Harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
Semua yang baca tulisan ni…
Semua yang rasa terpanggil untuk jawab,
Semua yang ada masa nak jawab,
Semua yang rasa boleh jawab dengan jujur. Kalau anda tidak terdiri daripada golongan di atas, lupakan saja.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe awl2 duk genting mmg sonok..ble dh lama duk kat genting rasa busan tau..xde life lgsg..

anyss berkata...

Saya tak pernah pergi Genting, so tak tahulah macam mana rupa Genting ni. Ramai jugak yang ajak, tapi...rasa macam Genting tu bising sangatlah (Tau la anggapan ni tak betul).
InsyaAllah satu hari nanti akan cari peluang untuk pergi tengok apa benda yang ada kat Genting tu, tapi...tak pasti lagi bila hati ni terbuka untuk pegi sana.

azieazah berkata...

MokYang dah tua tua ni, selepas age 40, baru merasa naik Genting, tu pun terpaksa bawak visitor ofis..

biasa jer... happening tu utk orang2 muda jer...

anyss berkata...

Sekarang baru 18...hu hu hu
Leh la ajak Mok Yang teman ye...gayatttttt!!!!

dkama berkata...

tQ anyss... nampaknyer anyss sorang jer yang jawap... walaupun gayat tempat tinggi tapi anyss seorang yang sporting... kalau anyss datang genting dkama n Hakim leh jadi pemandu pelancung n photografer... cute katak ijau tuh... hehehe

anyss berkata...

dkama: waaaa menariknya offer tu...ni yang buat nak panjat sana cepat-cepat ni. Apapun, nak pegi sana nanti kita kontek2 ya...baru meriah melancong reramai. Biasanya pegi memana sesorang je. Sunyi sepi je idup hu hu hu

Katak ijau yang pemalas tu? hu hu hu , malas sangat sampai obes lak...trime kasih. Dah lupa copy kat mana :)

Tanpa Nama berkata...

Saya dah 3 kali pg genting. Seronok naik roller coaster dan permainan2 lain. Anak2 usah kata la, kalau boleh nak bermukim di sana..hehe. Kalau tgh musim hujan, kabus menyelubungi kita, rasa macam di negara beriklim sejuk je.. Dan memang sejuk pun...

anyss berkata...

Mmmm musim cuti sekolah ni, sesuai sesangatlah kalau plan pegi sana kali ke 4 kan?
Cuti-cuti Malaysia....
Mmmm entah bila la hatiku terbuka nak panjat Genting. Teringat lagu Allycats tajuk "Kenangan di Puncak Genting"