Khamis, 23 April 2009

Kala Dia Di Sisi



Setiap hari di tempat kerja, bila kembali ke istana impian, hati jadi sejuk saat terpandang tanaman yang kita tanam itu subur. Paling kurang daunnya masih hijau. Atau bunganya memenuh ranting.



Kesempitan waktu adakala menyebabkan “dia” aku abaikan. Dah lama sangat bounggavilla depan rumah tidak mengembangkan kuntum. Tak sempat cabut rumput. Tak sempat letak baja. Ada kalanya hingga tak sempat nak siram pun. Sedar-sedar, seorang bibik menegurku;
Bibik: Lama sih bunga tu ngak kembang...


Aku terkedu seketika. Selama ini bounggavila pelbagai warna itu ada peminat rupanya.
Aku: Ngak sempat...sibuk bangat! (cuba-cuba meniru gaya Indon macam dalam TB tuh hu hu hu)
Bibik: Selalunya penuh bunga, mbak...geramm aku kalau nonton. Tiap kali lintas sini, ngak puas mandang...


Aku tersengih kerang busuk. Tak tahu nak kata apa. Tiba-tiba tersedar yang pergi kerja ku seawal pagi dan pulangnya bila matahari dah hilang. Mmmm sibuk awal tahun!



Sedar juga semuanya terabai. Hanya sempat siram pada malam hari sebelum masuk ke rumah. Orkid yang tergantung itu sudah luruh kembangnya. Tangkai masih juga belum dipotong. Daunnya pula tidaklah segar sangat. Mmmm adakala terlupa untuk renjiskan air. Melor juga dah togel daun-daunya dibaham ulat. Bagaimana mahu kembang putih bunganya? Sepasu mawar yang dihadiahi mak mertua adik pula sudah kerap benar berbunga, namun kembangnya itu kecil sahaja. Bantut. Pasunya yang kecil itu telah membantutkan pertumbuhannya akibat kekurangan nutrien. Tak punya kesempatanpun nak tukar pasu.





Pasu yang diborong semasa ke Nilai 3 bulan lepas, masih lagi setia di halaman. Terbiar. Tanah pun tak ada nak isi. Entah bila gamaknya pokok-pokok yang mati segan hidup dah tak mahu tu akan berganti pasu. Kenalah cari gunting dulu kan. Rantingnya perlu dicantas semasa tukar pasu.



Dan di belakang rumah sana, sudah tinggi pokok semalu dan lalang. Bermaharajalela. Entahkan gajah pun dah terlindung!


Serai...Penting untuk masak tom yam. sekarang ni dah subur balik. Masa snap ni...hampir nak mati.

Sibuk sangatkah aku? Rasanya baru semalam aku berteleku di hadapan TV menonton siaran langsung sambutan tahun baru di Dataran Merdeka. Masa agaknya cepat berlari!
Ampun...gambar bounggavilla tak dapat dimuatnaik!

2 ulasan:

Najwa Aiman berkata...

Weh... minat bunga Angiospermae spesis Orchidaceae ek? Ni flora jenis mahal ni tapi sangat cantik teramat banget... eheks...

anyss berkata...

Wow! Pawang orkid ke? Tak pernah tahupun orkid tu spesis apa selama ni...hanya tahu orkid hutan namanya vanda dyana, tapi...rupanya dah lupa macam mana.
Orkid ni orang buang, so...saya amik n belai dia. Tak sangka pulak berbunga. Ni kali ke 3 dia hadiahkan kembangnya yang cantik tu. Nampak cantik kan bila kembang?
So, minat tanam orkid bertambah. Pernah pergi beli masa pesta konvo di UPM...tapi semua tu kena kidnap. Tinggal je la yang ni...
Lebih mudah tanam bouggavilla...sesuai sangat utk orang malas mcm saya yg selalu lupa nak sirim. masih juga hidup walaupun nyawa2 bunga kertas he he he