Rabu, 21 Disember 2011

TAWARAN OPSYEN dalam SBPA




Opsyen
74. Opsyen hanya akan diberi kepada pegawai tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 2012. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang dalam percubaan, tukar sementara dan peminjaman.
75. Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan atau dibuang kerja berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 atau sebelumnya, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012.

Tempoh Opsyen
76. Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011.
77. Bagi pegawai yang menyandang jawatan yang dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier, opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011.
78. Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh pengurus sumber manusia Kementerian/ Jabatan/ agensi masing-masing. Bagi Kementerian/ Jabatan/agensi yang menyediakan aplikasi penawaran opsyen secara online, kecuali pegawai yang menyandang jawatan dalam Kumpulan Premier, dokumen opsyen termasuk surat tawaran yang lengkap boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian/ Jabatan/ agensi masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisi pilihan opsyen sama ada menerima atau tidak menerima opsyen dan menandatangani Borang Opsyen serta Surat Akuan Penerimaan Surat Tawaran Opsyen. Borang dan surat yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikembalikan kepada pengurus sumber manusia di Kementerian/ Jabatan/ agensimasing-masing sebelum atau pada 30 Disember 2011.

Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan
79. Pegawai dalam skim perkhidmatan yang dikekalkan seperti di Lampiran B8 akan ditukar ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA. Jadual pertukaran daripada skim perkhidmatan SSM kepada SBPA adalah seperti di Lampiran B4. Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
79.1 Pegawai kategori ini yang memenuhi syarat skim perkhidmatan untuk memasuki skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran G3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA
Daripada Pegawai. - Lampiran G4
79.2 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
79.3 Pegawai dalam kategori ini yang pernah ditawarkan opsyen tukar lantik dan bersetuju menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah SSM tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan pada masa itu akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran H3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran H4

79.4 Bagi pegawai dalam kategori ini, yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan yang dipilih semasa urusan tukar lantik, serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Melalui Penggabungan/ Naik Taraf/ Penarafan Semula/ Pemansuhan Fungsi Di Bawah SBPA
80. Pegawai dalam skim perkhidmatan yang dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA seperti di Lampiran B6 akan ditukar ke skim perkhidmatan baru melalui opsyen SBPA. Jadual pertukaran daripada skim perkhidmatan SSM kepada SBPA adalah seperti di Lampiran B4.

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
80.1 Pegawai yang ditawarkan ke skim perkhidmatan baru yang setaraf atau skim perkhidmatan baru yang digabungkan/ dinaik taraf/ penarafan semula/dimansuhkan fungsi dan memenuhi syarat skim perkhidmatan baru yang ditetapkan akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran J3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran J4

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
80.2 Pegawai yang ditawarkan ke skim perkhidmatan baru yang setaraf atau skim perkhidmatan baru yang digabungkan/ dinaik taraf/ penarafan semula/dimansuhkan fungsi tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan baru yang ditetapkan akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran K3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran K4

81. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.


Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA dan Dihapuskan Jawatan 82. Bagi skim perkhidmatan jumud semasa Laporan Gaji JKK 1976, SSB dan SSM serta dihapuskan jawatannya mengikut Pekeliling Perkhidmatan ini seperti di Lampiran B7, pegawai akan ditukarkan ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA.

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA
82.1 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran L1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran L2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran L3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran L4

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
82.2 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan belum memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran M1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran M2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran M3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran M4
83. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.


Syarat-Syarat Opsyen
84. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuat pilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda di kedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan. Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidak mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang munasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011 atau bagi pegawai yang menyandang jawatan yang dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier, sebelum atau pada 22 Disember 2011.
85. Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumat perkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak tepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.
86. Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbukti terdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai yang berkenaan, pegawai yang menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Opsyen tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.

Pelaksanaan Opsyen
87. Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:
87.1 bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal.
87.2 bagi pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
87.3 bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib
mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
87.4 bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012. Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 15 hari daripada tarikh pegawai menerima
borang opsyen.
87.5 bagi pegawai yang belum membuat opsyen dan dalam tempoh opsyen itu pegawai sakit yang menyebabkan pegawai tidak berkeupayaan untuk membuat opsyen, tidak sedarkan diri atau koma dan pegawai kemudiannya meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012, pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan serta terma dan syarat perkhidmatan SBPA.
87.6 bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah meninggal dunia sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran dan opsyen yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal.
87.7 bagi pegawai lantikan sementara, kontrak, Pekerja Sambilan Harian, Guru Sandaran dan kaedah pelantikan bukan tetap yang lain tidak layak ditawarkan opsyen.
Pegawai Yang Tidak Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim Perkhidmatan Baru 88. Pegawai yang memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SBPA, layak ditukarkan ke skim perkhidmatan tersebut.
89. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan (bukan ikhtisas) yang berkuat kuasa di bawah SBPA, perlu memenuhi syarat tempoh pengalaman dalam jawatan yang disandang berdasarkan prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik atau penyandang perlu hadir dan lulus dengan jayanya kursus peralihan setara seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik adalah seperti berikut:
89.1 sembilan (9) tahun (tamat Darjah 6 kepada PMR).
89.2 enam (6) tahun (PMR kepada SPM).
89.3 enam (6) tahun (SPM kepada STPM/ diploma).
90. Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira hendaklah dalam perkhidmatan tetap di skim perkhidmatan jawatan semasa yang disandang tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji. Bagi skim perkhidmatan ikhtisas, tempoh pengalaman tidak boleh diguna bagi menggantikan kelayakan akademik.


Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen
91. Pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji, opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai bertugas/ ditempatkan.

Opsyen Muktamad
92. Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad. Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA
93. Perkara yang disenaraikan ini akan juga terpakai kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima SBPA:
93.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan.
93.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
93.3 Dasar Bekerja Dari Rumah.
93.4 Program Transformasi Minda.
93.5 Penilaian Prestasi.
93.6 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
93.7 Dasar Pemisah.
93.8 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
93.9 Kebolehalihan.
93.10 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
93.11 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan.

TARIKH KUAT KUASA SBPA
94. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

2 ulasan:

eelobor berkata...

hhuhuhuhu....dah jadi laman pekeliling pulok nih

anyss berkata...

Eelobor: Tak apa...asal maklumat cukup. Terlebih tahu lebih baik dari tak tahu, dah la pencen lambat lagi hu hu hu hu ----> daku masih 18 tahun ya, lambat lagi nak sampai 60 la la la