Rabu, 28 November 2012

Brambus Ke Mana Tu?




Pengunjung & Pelanggan Salon Jadi Tebusan

Hebatnya! Gedebe benar!

Enam pengunjung dan pekerja sebuah salon di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai Kelantan dijadikan tebusan selama tiga jam oleh seorang penjenayah yang cuba menyamun premis itu jam 2.50 petang semalam. Bagaimanapun suspek berusia 20-an diberkas oleh sepasukan polis.

Mmmmm tu namanya pendekar taik minyak hu huhu

Kawasan ni dah dekat dengan rumah mak sedara, kakak kepada Mek. Kalau macam musim sekarang ni, nak dapatkan selori durianpun senang je. Dia bagi percuma! Memang berlambak-lambak.

Lagi satu, kat belakang rumahnya ada kebun salak. Salak ni sangat istimewa sebab warnanya kekuningan dengan bau yang wangi macam buah nangka. Benihnya diambil sendiri dek sepupu di Indonesia masa dia belajar kat sana dulu.

Mmmmmm tetiba teringat kat Mak Jah. Aidiladha lepas tak sempat jumpa dia...


Selasa, 27 November 2012

Konvo Sendiri Entah Bila...Kait Semangat Kat Konvo Orang


Musim konvo di UM dah lama lepas, di UKM juga pun
tapi di USIM, berlangsung pada hujung minggu lepas
hari ni hanya nak tayang-tayang gambar je
tak ada hati nak membebel panjang-panjang



pELANTIKAN pRO cANSELOR...Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

Adik-adik comel berbaris nak panjat pentas ;)

Anugerah Diraja


Ohhhhhh! Entah bilalah aku pulak boleh panjat pentas
Alahaiiii...hati sila tabah!



Isnin, 26 November 2012

Sham Kamikaze di UKM


Setiap bulan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM akan mengadakan Wacana Ilmu tentang pelbagai perkara. Kali ini, sempena tahun baru hijrah, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan, sekali lagi membuat aktiviti mereka dengan menjemput seorang artis tanahair iaitu Sham kamikaze.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar BICARA HIJRAH artis hensem tersebut, maklumatnya adalah seperti berikut;

BICARA HIJRAH
30 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
10:00 PAGI
Tempat: BILIK SERBAGUNA
ARAS 2, PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Anjuran: Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan

DIJEMPUT SEMUA

Kalau sempat, cheQ pi...kalau tak dan...cheQ wat tak tau je lah! 

 




Sabtu, 24 November 2012

IMBUHAN TAHUNAN PENJAWAT AWAM DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA BAJET 2013

Kepada semua penjawat awam, pekeliling tentang Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2012 dah pun dikeluarkan siang tadi.

Dalam ucapan Bajet 2013 lepas, Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua pada tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi MENGENANG BUDI dan MENGHARGAI SOKONGAN serta komitmen mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.

Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang berkhidmat pada tahun 2012 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2012. Bayaran minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500.00 iaitu RM500.00 untuk bulan Ogos 2012, RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013.

Untuk melihat siapa yang layak terima, siapa yang tak layak terima, syarat pembayaran dan cara pengiraannya, bolehlah ke Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Boleh download pekeliling berkenaan. Malas aku nak copy dan paste kat sini hu huhu