Isnin, 9 April 2012

Datuk K Kahwin Rozita Che Wan?



Wahhhhhhhhhhh! Nak seratus ribu tak?
banyak tuuuuuuuuuuuu ….untuk akulah kan
kerja sampai pencenpun belum tentu dapat simpan banyak tu
nak tak seratus ribu tu? huh! aku memang teruja nak
aku ni kan gila kejar dunia
ni lah masanya nak dapatkan duit banyak gitu
dah boleh beli tanah kubur tu huh u hu
yaaaaa ampunnnnn!

Hah? Macam mana nak dapatkan hadiah 100 ribu tu?
Sangat mudah…hanya buktikan sahaja yang
Datuk Khalid…ala Datuk K tu lah
Alahai…Datuk K suami terchenta Datuk Siti Nurhaliza tu
Haaaa tau pun…hanya buktikan Datuk K memang dah kahwin
dengan pelakon jelita comel lote ayu manis Rozita Che Wan 

dah sah, sahih dan tulin bukti perkahwinan Datuk K dan Rozita Che Wan
pergi tuntut dengan Datin Zaiton Mohd jiwa, kekanda Datuk K
dapat 100 ribu ringgit Malaysia ya bukan Zimbabwe punya duit
jommmm pakat cari bukti ramai-ramai

haaaa gitulah jadinya bila ramai sangat dok buat gossip
fitnah dan macam-macam cerita pasal Datuk K ni
rimas keluarga mereka, itu belum Datuk Siti Nurhaliza yang offer hadiah
Nasib baik Datuk Siti sibuk buat promosi Simply Siti
Kalau tak, lagi tinggi dia offer huh u hu
[Errrr...cantik kan iklan terbaru simply Siti...ada Apex Khairul Fahmi Che Mat
dan si hensem anak arwah Tan Sri SM Nasimuddin lagi tu...
pertama kali bersiaran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam]

Itulah, lain kali jangan nak memandai tulis gossip pasal orang
jangan nak cerita ikut sedap jari je nak taip
hal-hal libatkan kebahagiaan rumah tangga orang ni
tak payahlah kita dok kacau ganggu
runtuhkan masjid namanya tu
apa salahnya kita doakan kebahagiaan mereka berpanjangan
ya dak?

Hah! Tunggu apa lagi? Cepatttttt! Pi cari bukti mereka dah nikah!
Jangan lupa kongsi dengan aku habuan 100 ribu tu ya…


Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH 2011


Akhirnya, semua dah tahu keputusan keseluruhan ABPBH 2011
diumumkan secara langsung dari Genting Higlands
Aaron Aziz yang jadi jejaka idaman Malaya itu
akhirnya pulang dengan sebuah kereta Nissan setelah
diumumkan sebagai artis paling popular ABPBH 2011
selain menang bagi kategori Artis Lelaki Filem Popular

Errrr...pinjam kereta, boleh Aaron? hu hu hu

keputusan penuh anugerah bintang popular berita harian ABPBH 2011
boleh baca di entri aku sebelum ni
Tahniah kepada semua pemenang
yang tak menang tu...sila usaha dengan lebih gigih tahun  ni

puas hati tak?



Ahad, 8 April 2012

Keputusan dan Pemenang ABPBH ke 25, 2011



Macam tahun tahun lepas juga Berita Harian tetap anjurkan
Anugerah bintang popular berita harian 2011
Tempat sama juga Arena of Star Genting Higlands
Ramai blogger kata boleh tengok secara online untuk Red Carpet
Live streaming ABPBH aku serbu macam teruja lah pulak
Tak pernah-pernah aku begitu
Biasanya siaran langsung ABPBH  kat TV3 pun jarang tengok pun
Melongo je tunggu entah berapa lama
Haram tak Nampak apa
Hu huh u maklumlah aku pakai bruk cap ayam je
Manalah boleh nengok online kalu

Apa-apapun, jomlah kita tengok siaran langsung ABPBH 2012
Di TV3 ataupun di astro pun ada
Errrr pembukaan dengan lagu-lagu orang puteh?


Pengacara malam ni: Raja Azura, Zizan, Didie Alias dan Syarifah Shahirah

Berikut  senarai artis di calonkan dalam ABPBH 2012
Jom sama-sama kita nengok siapa yang dah menang!

Penyanyi lelaki :-

1 – Faizal Tahir
2 – Anuar Zain
3 – Aizat
4 – Hafiz
5 – Black


Penyanyi wanita: -

1 – Najwa Latif
2 – Yuna
3 – Stacy
4 – Alyah
5 – Shila Amzah


Artis duo/berkumpulan :-

1 – 6ixth Sense
2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
3 – Meet Uncle Hussain/Hazama
4 – Bunkface
5 – Forteen


Artis baru lelaki:-

1 – Johan Ariff As’ari (Botak)
2 – Hazama
3 – Awi Rafael
4 – Aeril Zafrel
5 – Beto Khusyairi


Artis baru wanita: -

1 – Tasha Shilla
2 – Najwa Latif
3 – Neelofa
4 – Nur Fathia
5 – Izara Aishah


Pelakon filem lelaki:-

1 – Aaron Aziz
2 – Shaheizy Sam
3 – Adi Putra
4 – Syamsul Yusof
5 – Bront Palarae


Pelakon filem wanita:-

1 – Lisa Surihani
2 – Maya Karin
3 – Diana Danielle
4 – Yana Samsudin
5 – Eja


Pelakon TV lelaki:-

1 – Aaron Aziz
2 – Adi Putra
3 – Remy Ishak
4 – Fizz Fairuz
5 – Fauzi Nawawi


Pelakon TV Wanita:-

1 – Fasha Sandha
2 – Tizz Zaqyah
3 – Scha Alyahya
4 – Nora Danish
5 – Rozita Che Wan


Artis komedi lelaki:-

1 – Zizan Razak
2 – Johan
3 – Nabil
4 – Along Cham
5 – Afdlin Shauki


Artis komedi wanita:-

1 – Noorkhiriah
2 – Sharifah Shahira
3 – Didie Alias
4 – Kenchana Dewi
5 – Alliza Abdullah @ Enot


Pengacara TV lelaki:-

1 – Aznil Nawawi
2 – Faizal Ismail
3 – Ally Iskandar
4 – Awal Ashaari
5 – Zizan Razak


Pengacara TV wanita:-

1 – Fara Fauzana
2 – Cheryl Samad
3 – Sharifah Shahira
4 – Raja Azura
5 – Nurul Syuhada


Penyampai radio lelaki:-

1 – Faizal Ismail
2 – Aznil Nawawi
3 – AG
4 – Halim Othman
5 – Khairil Rashid @ Krill


Penyampai radio wanita :-

1 – Fara Fauzana
2 – Linda Onn
3 – Raja Azura
4 – Abby Fana
5 – Sharifah Shahira 



Anugerah Sri Perak


1-      Ziana Zain
2-      Aishah
3-      Eman Manan
4-      Zainal Abidin
5-      Datuk M Nasir
6-      Datin Sofia Jane
7-      Datuk Siti Nurhaliza
8-      Rosyam Nor
9-      Saiful Apek
10-  Nabil
11-  Mawi 
12-  Shaheizy Sam


Anugerah Sepanjang Hayat: Dato' Sheila Majid

Akhirnya, anugerah yang paling ditunggu-tunggu sekian ramai umat
hu hu hu bombastik dak ayat ni he he he
adalah Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang akan bawa turun
sebuah kereta Nissan dari Genting tu
hu hu hu mintak derma kat aku boleh?
Bolehlah Aaron! Bolehlah!
depa ni memang dah kaya raya ada kereta sebuah dua dah
aku belum ada Nissan lagi ni...
boleh gitu?

Bintang Paling Popular ABPBH 2011: Aaron Aziz

hu hu hu ensemnya Aizat kepala botak nyanyi lagu Tanya Sama Hud hud
mmmmm comelnya Dato' Siti Nurhaliza...dia pakai produk apa ek? Simply Siti ek?

Sangat suka dengan persembahan penutup
nostalgia dan jiwang gitu lagu Teringin, Suci dalam Debu, Isabela tu...





Bila Najib Jadi Menteri Wanita…


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dah umumkan
berkuatkuasa Isnin depan beliau akan memangku jawatan  (KPWKM)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dah lepaskan jawatannya dalam cabinet
bila tempoh khidmat Senator penggal pertamanya tamat
pada 8 April, sebab kes National Fidlot Corporation (NFCorp) libatkan suaminya.
Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan
menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti
Najib tidak menyatakan tempoh pemangkuan tersebut.

Kira Hari INi dalam Sejarahlah ya di Negara kita
Menteri Wanita dipegang oleh lelaki
Wahhhhh hebat benar Perdana Menteri Malaysia ni
Sangat mengambil berat tentang wanita seluruh Negara
Bukan hanya wanita di sisi je
Aku pulak yang rasa BANGGA terlebih ya
Errrr orang yang mencintai wanita tu sangat comel rupanya kan?
Jadi, perdana menteri kita pun comel juga di hati kita
Kalaulah aku tahu akan berlaku dalam tirai sejarah Negara macam ni
Ye lah…menteri Wanita dipegang lelaki,
Dah lama aku masuk jadi perwakilan wanita kawasan la la la

Gatai gelenyar dak aku ni?

Sabtu, 7 April 2012

Bunuh Sosilawati Sebab Duit



Memang besar pengaruh duit dalam hidup ni
Orang selalu kata “ada duit semua boleh jadi”
betul ke?

Betul tak betul pun, arwah Sosilawati Lawiya
yang jadi mangsa bunuh dan bakar dengan kejam di Ladang Gadong Sepang
dua tahun lepas yang pernah gemparkan negara itu
semata-mata sebab nak duit
N. Pathmanabhan tak cukup duit nak bayar cek RM3 juta
untuk dibayar arwah Sosilawati kerana jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang
selain cek yang lain bernilai RM4 juta.
keterangan saksi ke-98,  pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo,
setakat 30 Ogos 2010,  Patmanabhan hanya ada RM1.38 juta dalam akaunnya.
memang tak cukuplah kan nak bayar masa tu juga
sebab menurut Erni Dekritawati Yuliana Buhari, arwah ibunya
nak tunaikan cek tu cepat untuk digunakan
sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya
serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.

Ekoran pembunuhan jutawan kosmatik datuk Sosilawati Lawiya
Dan empat individu lain; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38;
peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan
pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44,
terbongkar juga kehilangan dua ahli perniagaan lain iaitu
Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan warga India;
Allal Kantan Muthuraja selepas bertemu Pathmanabhan.

Biar mahkamah tentukan kes ini
yang aku nak tekankan kat sini adalah:
duit besar pengaruhnya hingga boleh hilangkan kemanusiaan
hilang pertimbangan, hilang harga diri
duit menguji kita masa miskin, juga masa rasa nak lagi kaya
jadi, aku tak mahu nak dabik dada mengatakan
aku ini kebal dengan ujian berkaitan duit
hanya aku dah buktikan aku mampu berdepan ujian
semasa tersangat tak ada duit
walaupun orang yang berada keliling aku telahpun tewas

Jangan lupa, ujian untuk kita sebeanarnya adalah
ujian untuk insan-insan keliling kita juga
mungkin kita mampu depaninya, belum tentu mereka
juga mampu



PssssT: Perdana Menteri berkata di Batu Pahat;
keputusan mengenai gaji minimum akan diumumkan hujung bulan ini.