Sabtu, 31 Mac 2012

Berapa Lama Tunggu Nak Pi Haji?



Selasa lepas ke Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi
Biasanya ramai melimpah-limpah hingga ke luar
Dah petang agaknya, sebab tu tak ramai orang
Tapi macam biasalah…kalau dah di tabung haji
memang kena tunggu agak lama walaupun hanya 5 orang sahaja sebelum aku

alang-alang dah datang, biasanya memang lupa je
hari ni memang niat nak daftar Haji
ingatkan kena isi borang segala, rupanya…cakap je kat kaunter
akhirnya…dapat juga tahun aku boleh mengerjakan Haji
nak tahu bila?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

2048

Hu hu hu lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
36 tahun Nak kena tunggu!
Nyesal tak daftar awal-awal dulu hu hu hu




KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA pada 30 Mac 2012 telah mengeluarkan pekeliling tentang Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM selepas SBPA dimansuhkan bulan lepas. Berikut adalah kandungan pekeliling berkenaan;


TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.

DEFINISI
2. Dalam pekeliling perkhidmatan ini: “gaji baru” bermaksud amaun gaji yang telah diberi kenaikan mengikut peratusan yang ditetapkan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

“gaji hakiki” bermaksud gaji yang ditetapkan di gred hakiki pegawai pada 31 Disember 2011.
“Kumpulan Pelaksana” bermaksud Kumpulan Sokongan di bawah SSM.


PELAKSANAAN

Pegawai Yang Layak:
3. Pegawai tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan Guru Sandaran layak diberi kenaikan gaji ini.

4. Kenaikan gaji hendaklah diberi kepada pegawai yang sedang berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012 termasuk yang berada dalam keadaan seperti berikut:
4.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan mengikut gred gaji jawatan peminjaman atau pertukaran sementara. Gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima.
4.4 pegawai yang cuti separuh gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada gaji baru.
4.5 pegawai yang cuti tanpa gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki. Pegawai dibayar gaji setelah mengambil kira gaji baru yang telah diselaraskan apabila kembali bertugas.

5. Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012 layak menerima gaji baru. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai ditempatkan adalah bertanggungjawab terhadap kenaikan gaji pegawai tersebut.
6. Peratusan kenaikan gaji sahaja dipanjangkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Pegawai Yang Tidak Layak
7. Gaji baru tidak diberi kepada:
7.1 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012.
7.2 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2012.

Struktur Gaji Minimum - Maksimum
8. Jadual Gaji Sebaris bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Jadual Gaji Matriks bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2011 adalah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM). JGMM adalah di Lampiran A.

  
Prinsip Pemberian Kenaikan Gaji
9. Prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Kaedah Pemindahan Gaji
10. Bagi maksud pemindahan gaji sebagai amaun gaji baru dalam JGMM pada 1 Januari 2012, gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang ditetapkan mengikut gred seperti di Jadual 1
Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran B.

11. Pegawai yang telah diluluskan Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) di bawah SSM oleh Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi gaji baru mengikut prinsip dan kaedah seperti di perenggan 9 dan 10.
12. Contoh kaedah pemberian gaji baru KUP adalah seperti di Lampiran C. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan senarai pegawai yang diberi gaji baru KUP menggunakan format seperti di Lampiran D kepada JPA.
13. Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran E.
14. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkat pada 1 Januari 2012, hendaklah diberi gaji baru atas gred asal terlebih dahulu dan kemudiannya diberi PGT untuk tahun 2012 dalam JGMM gred asal dan diikuti dengan penetapan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat menggunakan JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran F.

Tarikh Pergerakan Gaji
15. Kenaikan gaji ini tidak mengubah TPG pegawai. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum melebihi satu (1) tahun perkhidmatan pada 31 Disember 2011, di Jadual Gaji Sebaris atau di Peringkat 1 (P1) atau Peringkat 2 (P2) atau Peringkat 3 (P3) dalam Jadual Gaji Matriks di bawah SSM termasuk pegawai yang berada di Jadual Gaji KUP di perenggan 11, TPG diubah kepada 1 Januari. Contoh perubahan TPG berkaitan adalah seperti di Lampiran G.

Pergerakan Gaji Tahunan
16. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, PGT pegawai adalah terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM. Contoh PGT adalah seperti di Lampiran H. Jadual Gaji Bagi Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Atau Tidak Menerima

Opsyen Pertukaran Pelantikan
17. Bagi pegawai yang menerima opsyen pertukaran pelantikan tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan mengikut pekeliling perkhidmatan yang berkaitan atau pegawai yang tidak menerima opsyen pertukaran pelantikan, JGMM adalah seperti di Lampiran A. Sekiranya JGMM tersebut tidak terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Bahagian Saraan, JPA.

Pegawai Kekal Di Bawah Laporan Gaji JKK 1976 Atau SSB
18. Bagi pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji JKK 1976 atau SSB, Ketua Jabatan hendaklah memohon skel gaji Laporan Gaji JKK 1976 atau jadual gaji SSB yang baru daripada Bahagian Saraan, JPA.

Elaun dan Kemudahan
19. Gaji baru ini tidak mengubah elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau lingkungan gaji. Penetapan kadar dan kelayakan elaun yang dipinda adalah seperti di Lampiran I.

TARIKH KUAT KUASA
20. Pekeliling perkhidmatan ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.


PEMAKAIAN
21. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN
22. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini maka jadual gaji dan peruntukan-peruntukan pekeliling perkhidmatan berikut adalah dibatalkan:
22.1 jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012.
22.2 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) kecuali perenggan 68 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 1.
22.3 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi) kecuali perenggan 46 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 2.

22.4 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan) kecuali perenggan 92 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 3.


Dapatkan keseluruhan Pekeliling Kenaikan GajiPegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM termasuk cara pengiraan gaji baru, jumlah kenaikan gaji baru dan semua maklumat berkaitan secara online.

Tak sabar nak kira gaji baru anda? Boleh lakukan pengiraan kenaikan gaji baru anda secara online. Apalagi…sila terjah ramai-ramai hu hu hu hu 


Jumaat, 30 Mac 2012

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2012




Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Kelayakan memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta
aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.

3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2011 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat www.yp.org.my.

Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 9 April 2012 (Isnin).
Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 Faks : 09-5181888
Laman Web : www.yp.org.my
(Haji Mohammad b. Ismail/Safwati Ahmad/Zakiah Saleh)


Khamis, 29 Mac 2012

Cerita Malam Jumaat


Male ni male Jemaak
Sakit abih segala orak
Male ni male Jemaak
Kena wak jugok sapa siak

Male ni male Jemaak
Keno gadoh keno lorak
Male ni male Jemaak
Tok tido male guano gamok

Male ni male Jemaak
Keno jaago tak leh lelak
Male ni male Jemaak
Kalu tak sudah meme beerak

Male ni male Jemaak
Ambo kena krijo kuak
Male ni male Jemaak
Aduhhh letih tak brapo cekakk

Male ni male Jemaak
Ore lain tido sedak
Male ni male Jemaak
Ambo sore kijo buak



BIASISWA KEMITRAAN NEGARA BERKEMBANG 2012-REPUBLIK INDONESIA



Macam pelik je nama biasiswa ni…tapi, SEBAt ajelah ya adik-adik
Mana-mana peluang melintas depan mata, rembat je
Bukan mudah nak dapat peluang
Orang kata rezeki tersepak macam ni…

Aku salin dan tampal aje iklan yang masuk dalam emel
Sumber: Universiti Malaya…aku kan student yang miskin
So, benda-benda macam ni memang buntangkan matalah sekejab

Iklannya seperti berikut;

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Republik Indonesia menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi sesi akademik 2012/2013. Biasiswa tersebut ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti-universiti di Indonesia bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan sebagainya.

Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada 15 April 2012. Segala permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha
Bahagian Biasiswa
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u/p: Unit Biasiswa)

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://hep.um.edu.my/ atau http://umisisweb.um.edu.my/


Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya

Kepada adik-adik yang memenuhi syarat,
Bolehlah mula isi borang sekarang
Selamat maju jaya
Ok apa belajar seberang sana
Bagi sesiapa yang berjaya dapat tempat kat sana
Jangan lupa pulak bagitahu aku
Nak kirim telekung hu hu hu