Jumaat, 2 Jun 2017

Bonus Raya RM500 untuk Penjawat Awam

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

Selasa, 30 Mei 2017

Dugaan Ramadhan

Dah berapa Ramadhan kita ni?
Hari ke 3 Ramadhan. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih meriah dan tawaduk kita laksanakan.


Banyak jugak aku perhatikan keliling kita, hanya belajar teori semata-mata. Teorinya: bulan Ramadhan elok banyak bersedekah. Betullah tu, bagi sedekah banyak-banyak kepada golongan yang memerlukan. Namun, pada masa yang sama, janganlah pulak diumpat orang yang tak bersedekah. Mana kita tahu dia tak sedekah? Mana kita tahu dia tak tolong orang? Mana kita tahu sedekahnya itu berupa bersihkan bilik air di masjid. Pada masa yang sama, tak perlu kot kita berlumba-lumba membazir makanan selepas berbuka puasa. Sendiri faham lah ya macam mana berlakunya ya.

Bulan Ramadhan masing-masing mengejar berbuat perkara-perkara yang baik, baguslah begitu. Ringan-ringankanlah bantu orang walaupun sekadar beri laluan kepada orang lain di Bazar Ramadhan. Walaupun hanya tolong bukakan pintu bank kepada seorang pakcik yang terkial-kial seret tongkat panjat tangga. 

Ada masanya juga kita teralpa untuk aplikasikan “jenis” baiknya itu bagaimana. Membantu orang itu memang amalan yang baik, tapi kalau kita tak mampu nak bantu, tak payahlah beria bersungguh-sungguh benar tonjolkan kelemahan orang lain semata-mata nak angkat diri sendiri. Adakah cah keting orang itu tergolong dalam cara yang baik? 

Mentang-mentanglah bulan depan bulan Syawal, boleh berSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, agaknya selepas cah keting orang sebegitu mudah sangatkah orang nak maafkan kita? Calar di hati pun belum hilang bekas parut, ada hati nak salam-salam ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin huhuhuhu ilmu dari mana dia belajar pun tak tau!

Alahai!

Jumaat, 26 Mei 2017

Ramadhan Kareem

InshaAllah, jika diizinkanNya, makanya malam ini dah bermula solat terawih.
Esok Ramadhan menjelma makanya bermulalah hari pertama berpuasa Ramadhan.


Dikesempatan ini aku nak mohon ampun maaf andai ada menyebabkan kemalangan jiwa dan rasa, aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada tersilap dan salah
tambah lagi kita tidak akan mampu untuk jaga hati semua orang
Kiranya anda salah seorang yang telah kusakiti, maafkanlah ambo ya. Kita kira kosong-kosong.
Boleh?


Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik pengisiannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kepada yang tidak berapa sihat, semoga dimudahkan urusan kita sepanjang Ramadhan ini.
Jom kita rebut ribu-ribu nikmat dan hikmat sepanjang Ramadhan.

Selasa, 23 Mei 2017

Duit Raya RM Seribu ke atas untuk Penjawat Awam Tahun ni

Dengar berita di Radio Klasik sebentar tadi. Katanya tahun ni CUEPACS mintak duit raya atau bonus raya sebanyak sekurang-kurangnya RM seribu dan ke atas kepada Penjawat Awam.

Wahhhh! Dah lama dah tak dapat duit raya banyak-banyak ni. Dua bulan gaji tak boleh ke? Pilihanraya dah dekat kan kan kan? Boleh laaaaaaa! Boleh laaaaaa!

Mmmmmm tamak!

Isnin, 23 Januari 2017

Bukan MUdah Nak Parking Ngundur, Lagi Tak Mudah Nak Ngaku Tak Reti Nak Buat



Minggu lepas audit keselamatan, dapat arahan semua kena parking mengundur.
Dalam grup wasap 2 orang je bunyi mengaku tak reti ngundur sebab mata kononnya di hadaan walaupun ada cermin sisi dan cermin pandang belakang.
 Maklumlah kereta kita tak canggih tak ada kamera auto ngundur.



Tak adalah ambo tak reti langsung parking ngundur, tapi lambat sikit je,
Lagi pula ada pilihan. Dah tak ada pilihan, dua tiga kali ngundur boleh aje,
LAIN le bila parking tempat tak ada petak khas
Tetiba, pagi ni…
Ambo nengok sendiri usaha parking ngundur maha dahsyat
Hingga perlu turun kereta berkali-kali sebelum masuk petak
Yang masih belum betul-betul masuk pun sebenarnya.

Kesimpulannya: Bukan semua orang sedar dan sanggup mengaku lemahnya diri.
Aku yang ngaku ni pulak dok ingat teruk benarlah tahap OKUnya
Perlu dua tiga kali ngundur, sebab dok banding dengan orang yang berdesup sekali undur je dah cantik.
Seminggu dah berlatih ngundur, alhamdulillah makin mahir
Kalau sebulan, setahun latihannya, sah-sah maha YAKIN nak parking di Paris
Huh uhuhuhu

Mmmmm, jomlah ambik kupi putih
Hari ni nak kena hantar satu lagi fail tapi belum buat apa-apa lagi ni.