Khamis, 27 November 2014

Mata Sakit, Tadak Kirija…Fisabilillah!

Masa beli kepala paip kat kedai hardware, datang seorang pakcik, bukan warganegara. Mohon sumbangan fisabilillah katanya. Untuk dia makan.

“Mata sakit, tadak kerija…mau makan. Fisabilillah” katanya

Aku ni biasa rasa macam mana bila lapar, jadi bila ada orang lapar mintak bantuan kita, hati mudah tersentuh. Bukan semua orang ada pengalaman tahan perasaan berlapar. Jadinya, dah tentu tak sampai hati nak tengok keadaan begitu.

Walaupun dia bukan warganegara, tapi dia juga manusia. Jadinya, aku ajak dia ke kedai makan sebelah kedai hardware tu.

“Encik makan situ kedai…saya bayar,” kataku.

Dia tak mahu. Dia nak duit.

Minta maaflah. Tadi kata lapar…tak makan. Sekarang tak mahu pula.

Aku blah je. Maaflah. Kalau bayar harga sepinggan nasi dan air di kedai mamak tu, aku sanggup je. Tapi kalau bagi dia duit, aku tak berapa ada duit. Tak ikhlas nak bagi duit hari ni!

Selasa, 25 November 2014

Orang Kita Melayan Pelanggan



Kerap kali berlaku;

Masuk kedai sebangsa dengan kita dengan niat nak bantu bisnes mereka. Tapi tak ada siapa sudi melayan sebab kakak tak berapa lawa ni mukanya tak berapa nak kaya.

Bila masuk kedai bangsa lain, dapat layanan bukan main lagi walaupun beli kepala paip je. 

Jangan salahkan kakaklah kalau lain kali kerap masuk kedai bangsa lain itu aje.

Jumaat, 21 November 2014

Tiada Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel

Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia; tiada lagi subsidi untuk petrol RON95 dan diesel.


Ini bermakna; jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Jadi, silalah berdoa panjang panjang dan banyak-banyak setiap hari harga minyak dunia sentiasa turun hingga akhirnya kita boleh dapat FREE macam air laut kat PD huhuhuhu

Khamis, 20 November 2014

Salah Sendiri Tak Ngaku! Ego!

Pernah jadi tak? Memang kita tahu salah sendiri, tapi ego nak mengaku. Nak mintak maaf lagilah. Memang tak lah kan!

Lagi kantoi bila orang yang kita buat salah tu pula tahu apa kesalahan kita. Muka memang tak tahu nak sorok mana, kalau boleh nak masuk dalam supik gelenyar, apa daya…tak muat!

Nak tambah lagi sadis cerita, orang tu pulak buat-buat tak tahu. Buat selamba je depan kita macamlah dia tak tahu kita dok mengata mengutuk dia bagai kat belakang. Padahal, dia ada bukti pun. Dan bukti tu tak boleh dipertikaikan. Memang sahih. Memang sah. Tak boleh diada-adakan. Dan kita pulak tertanya-tanya, kenapa dia buat-buat tak tahu. Kenapa dia tak marah? Kenapa dia tak serang kita dan maki hamun?


Nak tutup salah yang sedikit tu, dek termalu dengan silap sendiri, makanya…dengan muka tak malu kita reka cerita lain. Kita sedarpun cara tu memang sah-sah dipanggil fitnah. Entah kenapa kita buat juga. Kita sebarkan kat orang juga.

Hati kita masihkah tetap tenang dengan diamnya dia tanpa kata apa walaupun dia tahu kita dah fitnah dan reka cerita macam-macam untuk tutup silap mengumpat dan prasangka kita yang awal itu? Tenang kah? Walaupun semua orang percaya dengan cerita buruk yang kita sebarkan itu, mengapa dia masih jua tidak marah dan maki hamun kita? Dia hanya senyum dengan segala gelagat kita itu.

Korang tak rasa pelik ke? Tak ada perasaankah dia?

Mmmmmm pernah alami begini tak?

PssssTTT: kejadian ini sebenarnya berlaku di dunia lain, bukan di bumi. Tak ada kaitanpun dengan spesies Darwin.




Rabu, 19 November 2014

Sembunyikan Kebenaran

Bukan semua orang mampu untuk berkata benar, apalagi jika kebenaran itu berkaitan dengan kesilapan sendiri. Dan diam itu menyebabkan orang lain terfitnah.


Orang yang terfitnah itu pula, ada ketikanya membisu...seakan mengiakan. Tidak menepis, atau suaranya tidaklah selantang mana mencari ruang untuk membela diri. Satu dunia menganggap dia bersalah.

Tak pasal-pasal ramai orang mengumpat dia. Diaibkan. Dan dia, mengaut sebegitu besar pahala dengan redha dan sabar menelan fitnah itu. 

Pernah terfikir tak, kita juga antara orang yang memberi pahala percuma kepada orang lain gara-gara percayakan fitnah? Ataukah, kita antara orang yang terfitnah itu?