Rabu, 1 Oktober 2014

Alvin Dah Lari, Mana Mau Cari?

Terkini, Alvin Tan menghina pemimpin negara melalui status Facebook (FB) terbarunya. Alvin Tan secara terang-terangan mengutuk dan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar disamakan dengan pemimpin Nazi Heinrich Himmler di akaun Facebook miliknya. Kalau tengok gambar yang dimuatnaiknya itu, memang rasa nak lempang je! Kasi sunat baru dia reti agaknya!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang mengenai tindakan tak bertamadun ni. Bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) digunakan untuk mengesan blogger kontroversi Alvin Tan yang gagal hadir ke prosiding mahkamah kerana dakwaan mempersenda umat Islam tahun lalu selepas dia dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

Tahu pulak takut ya…terus lari ke Amerika Syarikat. Pada 26 September lalu dia dengan bangganya memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. Dia mengumumkan kononnya membuat permohonan suaka di AS.

Pada 13 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas Alvin, selepas dia gagal menyerahkan semula pasport yang diserahkan kepadanya sebelum ini, bagi membolehkannya ke Singapura untuk tujuan penggambaran dokumentari. Sejak itu, Alvin gagal hadir ke mahkamah sehingga menyebabkan wang jaminan RM20,000 yang dibayar ibunya All Kim Lian, 57, dan sepupu Loo Ching Ching, 44, dirampas mahkamah.

Dayus namanya tu. Kalau berani awatnya tak tunggu. Kes lepas pun belum selesai, ada hati tunjuk hero huhuhuhu keluarga dia tak pepasal menyesal tak picit hidung masa kecik dulu huhuhuhuhu dah tua bukan je nyusahkan Negara, wat malu mak bapak pulak huh uhu huhu Ada kat Malaysia pun tak ada untungnya simpan manusia jenis gini ya dak?????

Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' mengikut Akta Hasutan 1948. Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Dah sampai masanya kita bertegas dengan spesies macam ni. Tak payahlah bagi muka sangat. Aku pun tak faham kenapa beberapa nama puak ni macam kebal je buat apa yang dia suka. Rasa macam nak tempeleng je!

Bank Rugi RM30.5 Juta E-Mel Kena Pintas


Dah lah kalut rebut tentang 17 buah mesin ATM digodam hingga akibatkan kerugian lebih RM3.5 juta, sebuah bank tempatan kerugian RM30.5 juta, dipercayai diperdaya satu sindiket yang memintas e-mel arahan pembayaran daripada sebuah syarikat di negara ini kepada bank berkenaan.

Adoiiii la! Macam mana boleh buat kerja lagu tu? Nilai juta-juta tapi arahan guna email? Fuhhhhhhh!!! Mat Despath tak ada ke?

E-mel arahan pembayaran yang dihantar kepada bank telah dipintas, kemudian semua nombor akaun syarikat penerima di luar negara telah ditukar dengan nombor akaun sindiket, juga di negara asing.

Pembayaran diterima melalui e-mel itu melibatkan tujuh transaksi ke akaun di Kemboja dan Hong Kong membabitkan jumlah keseluruhan AS$9.42 juta (RM30.5 juta) tanpa menyedari nombor akaun dalam arahan pembayaran sudah ditukar selepas e-mel syarikat kepada bank dipintas.

Kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu membabitkan sebuah cawangan bank tempatan terkemuka di Labuan, Sabah.

RM3.5 Juta Dah Berjaya Digodam dari Mesin ATM


Sehingga malam tadi, anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam mesin ATM dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah RM3.5 juta. Hari ini Polis sudah mengenalpasti dan mengedar gambar beberapa suspek dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin;

wajah penggodam mesin ATM

Polis melancarkan operasi khas 'Ops Albatross' untuk mengesan dan memberkas penjenayah yang terlibat dalam beberapa siri insiden penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM), menggunakan kaedah menyuntik virus malware, 'ulssm.exe' bagi menipu sistem pengkomputeran bank. Salurkan sebarang maklumat berhubung kes jenayah ini bagi membantu siasatan dengan menghubungi polis di talian 03-26163839.


Polis Selangor telah mengesahkan insiden 10 mesin juruwang automatik (ATM) telah digodam dengan kerugian yang dilaporkan di negeri ini melebihi RM1,736, 710. Selasa lepas, enam cawangan bank Al Rajhi telah digodam, manakala dua lagi masing-masing adalah cawangan Affin Bank dan Bank Islam di Selangor.

Senarai cawangan bank yang digodam adalah seperti berikut:

Bank: Affin Bank, Jalan USJ10 / 1J
Masa: 5.30 petang, 27 September
Kerugian: RM265, 000

Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin
Masa: Tidak Ketahui, 27 September
Kerugian: RM303,000

Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: RM285,700

Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Puchong
Masa: 01:12, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Bank, Seksyen 9, Shah Alam
Masa: 12.30 tengah hari, 29 September
Rugi: RM116,000

Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM150,000

Bank: Bank Islam, Seksyen 14
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM 395,850

Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM: 221,160



Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) itu menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. Virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Menurut Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

Terkini, Tiga Lagi ATM Digodam Di KL dan Melaka. Di Kuala Lumpur, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi, manakala di Melaka libatkan Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya. Ini menjadikan sejumlah 17 mesin ATM digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.

Mmmmmmm katanya Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM), tak libatkan akaun pengguna. Macam mana dengan kes duit hilang dari akaun tu, ishhhhh! pening aku memikirkannya walaupun tu libatkan duit orang lain.


Selasa, 30 September 2014

Kena Tukar Ke Tinted Cermin Belakang Kereta?

Bermula 1 November depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap kenderaan.

Peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Maknanya, semua kereta kena buanglah tinted lama tu sebab sebelum ni VLTnya 50 peratus. Boleh klaim dengan JPJ tak? Ya lahhhhhhh dah dulu boleh, hanya sekarang ni je tak boleh kannnnnnnnnnnn. Ada tempoh masa tak untuk pergi klaim tu?????

Peratusan tahap ketelusan cahaya, BUKAN kegelapan tinted


Kononnya peraturan penggunaan cermin gelap kenderaan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar. Peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import. Pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

Kalau nak dikecualikan, kenalah masukkan diri dalam senarai pengecualian cermin gelap kenderaan, iaitu: Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

Jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya juga boleh dikecualikan. Kalau orang awam kena ada surat kebenaran kan kan kan?

Gagal patuhi Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.




Isnin, 29 September 2014

Awak Memang Pakar Patahkan Hati Orang, Ek?


Barangkali, memang itu kelebihan aku!

Jadi, aku terima seadanya.


Maaflah...andai hatimu retak serpih!