Selasa, 25 September 2012
Kemalangan 10 Kenderaan, Dua Maut
Tengok tajuk pun dah rasa ngeri…
Di MELAKA, dua orang maut apabila terlibat dalam satu kemalangan
melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam kejadian
Yang berlaku jam 3.30 petang semalam.
mangsa maut adalah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam,
R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.
lori dipandu R. Chandran datang dari arah Bukit Katil terbabas dipercayai
hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi dan masuk ke laluan bertentangan,
kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal
menyebabkan pemandu lori tersepit di tempat duduk
manakala Mukeudan terperosok di bawah lori.
kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera
mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih 3 jam untuk dikeluarkan
Video Kemalangan Ngeri libatkan 10 Kenderaan di Melaka;
Komen aku: banyak faktor menyebabkan kemalangan sama ada
Keadaan fizikal Jalan raya, cuaca, kerosakan jentera, kecuaian sendiri,
Kecuaian pemandu lain, sabotaj, dan sebagainya tapi
yang paling tak boleh nak maafkan sebab
perangai sesetengah pemandu yang “otak terkesok”
dia terlepas, orang lain yang tanggung akibat dek kerosakan saraf otaknya itu.
Jumaat, 21 September 2012
Shila Amzah Juara Asian Wave 2012
Wow!!!!! Tahniah kepada penyanyi cantik anggun ayu menawan
Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, yang berjaya
menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China
bermula jam 8.30 malam tadi.
Dalam pertandingan akhir itu, Shila Amzah berjaya memukau juri
dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars)
dan sebuah lagu Mandarin.
Video nyanyian Shila Amzah dalam semi final Asian Wave 2012
Sangat bangga dengan Shila Amzah;
Lagu Mandrin persembahan akhir Shila Amzah (Asian Wave 2012)
Video lagu Grenade (Shila Amzah) Juara Asian wave 2012
Video lagu Gemilang (Shila Amzah) Juara Asian wave 2012
Kalau dengar dua lagu yang dinyanyikan Shila sebelum ni
Dalam semi final… Forever Love dan Set Fire To The Rain tu pun
Dah berdiri bulu roma aku…kali ni lagilah
Tahniah kepada Shila AMzah yanga kagumkan semua juri
Banggakan rakyat Malaysia juga
dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis
daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Komuter Rawang-Seremban, Sg Gadut Hanya Setakat Stesen Serdang Dan Kajang Sahaja Esok
Raya dah habis kan? Ke ada yang lajak?
Kepada rakan-rakan blogger yang berhasrat guna komuter
Untuk hadiri Gathering Glamer Raya Blogger 2012 di Bandar Baru Bangi
Mungkin boleh minta rakan blogger angkut di stesen komuter Serdang
Dah tak jauhpun untuk ke Bandar baru Bangi dari KTM Kajang
Opsssss! Gathering Glamer Raya Blogger 2012 tu hari Ahad ya…
bukan Sabtu...hu hu hu nampak sangat dah tak sabar
hari pun dah lupa...
Tarikh Gathering Glamer Raya Blogger 2012: 23/9/2012
Waktu : 9.30 pagi hingga Dato' LF suruh balik!
Tempat : No 8, Jalan 3/6F,
Bandar Baru Bangi.
Hu h u hu saje je buat-buat sasul ya ;)
Maklumat lanjut sila ke blog Kakcik seroja
Dan …yang ingin kukongsi… semua dijemput hadir
sila jemput diri sendiri ke majlis raya tu, tak payah malu-malu
kalau rasa macam nak malu sikit-sikit tu, pakai je spek hitam
dah sampai masa tak malu lagi...boleh bukak dah hu hu hu
Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataannya,
Perkhidmatan tren komuter bagi laluan Rawang-Sg. Gadut-Rawang
akan tamat di Stesen Serdang dan Kajang sepanjang hari esok,
susulan kerja pembinaan pembetungan di landasan berhampiran Stesen Kajang.
Jadi penumpang perlu menukar tren di kedua-dua stesen berkenaan
bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Kerja pembinaan akan bermula pukul 12 tengah malam ini hingga 8 malam esok,
maklumat lanjut, sila menghubungi pusat panggilan KTMB [1-300-88-5862]
maknanya, pengguna dari Sungai Gadut atau Seremban
akan turun di stesen UKM, kemudian naik bas ke Stesen KTM Kajang
itu yang aku fahamlah…kalau nak lebih faham, atau tak salah faham
silalah dail nombor dan Tanya terus dengan KTM di [1-300-88-5862]
Komen aku: mohon maaf kepada rakan-rakan blogger,
walaupun dah 3 tahun pertemuan blogger dibuat,
kesempatan untuk aku sampai masih juga belum ada
sebelum ni bolehlah bagi alasan jauh kan…namun,
bila pertemuan blogger dibuat di Bandar Baru Bangi
yang hanya dua tiga pelaung je dari teratak hamba itu,
masih juga berhalangan untuk sampai
sebab itulah aku tak ada hati nak janji apa-apa
bila kakcik dan cik puan Azieazah laung-laung dok panggil hebah,
sebab aku sendiri tak pasti dapat sampai ke tidak
karang aku pulak yang terlebih kechiwa pulak...bahaya tu!
InsyaAllah, andai panjang umur…satu masa nanti akan ada juga kesempatan
Untuk beramah mesra dan bertukar cerita dengan rakan blogger
Dalam majlis seumpama itu
Tuntut RM100 Juta Minum Air Mayat
Ekoran kejadian mayat reput dalam tangki air di Tawau,
337 penduduk perumahan Taman Titingan memfailkan
tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jurunilai dan
Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai
hingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai dalam tangki air.
Mereka beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012
berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu,
seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput
di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
defendan melakukan enam kecuaian termasuk
membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal
sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan
gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan
seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Defendan juga tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa
dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan
tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan
mengenai perubahan bau air berkenaan.
kecuaian defendan menyebabkan mereka terminum air tercemar
dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya
semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta
kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti baru.
Komen aku: memang trauma!
Rabu, 19 September 2012
Tanah Runtuh Di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah
Semalam hujan lebat ya di Georgetown?
Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 2.30 pagi tadi
mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.
yang berlaku jam 8.40 pagi, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang
dan merentangi Jalan Batu Feringghi.
Ini menyebabkan kesesakan luar biasa sehingga jam 12.00 tengah hari radi
bermula dari Persiaran Gurney menuju ke Batu Feringghi
Langgan:
Catatan (Atom)