Memaparkan catatan dengan label mayat reput dalam tangki air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mayat reput dalam tangki air. Papar semua catatan
Jumaat, 21 September 2012
Tuntut RM100 Juta Minum Air Mayat
Ekoran kejadian mayat reput dalam tangki air di Tawau,
337 penduduk perumahan Taman Titingan memfailkan
tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jurunilai dan
Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai
hingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai dalam tangki air.
Mereka beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012
berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu,
seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput
di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
defendan melakukan enam kecuaian termasuk
membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal
sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan
gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan
seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Defendan juga tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa
dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan
tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan
mengenai perubahan bau air berkenaan.
kecuaian defendan menyebabkan mereka terminum air tercemar
dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya
semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta
kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti baru.
Komen aku: memang trauma!
Langgan:
Catatan (Atom)