Jumaat, 10 Jun 2011

Sebuah Kesempurnaan Itu Bukanlah Milik Kita

Bukan selalu
apa yang kita harapkan
menjadi nyata
seperti selalu yang berlaku
seringnya tidak seperti yang kita jangkakan

ada kala
kita angankan
sesuatu yang terlalu sempurna
hinggakan terlupa untuk menerima
kesempurnaan itu hanya di mata kita
dan orang lain tidak pernahpun
jangkakan seperti itu

kerapkali juga
kesempurnaan di mata kita itu
hanya penilaian kita sahaja
bukanlah terbaik untuk orang lain
bukanlah yang diimpikan orang lain
hanya kita sahaja
mungkin hanya aku
sahaja
tidak orang lain



~~Anyss~~
25 Mei 2011
Semambu, Kuantan

Khamis, 9 Jun 2011

30 Ribu Buat Rayuan Ke Matrikulasi

Fuyooooooo ramai betul adik-adik kita yang bersemangat waja
nak sambung pengajian di matrikulasi
ikutkan berita perdana di tv3
lebih 30 ribu orang juga yang membuat rayuan
sedangkan tempat yang ditawarkan
dah tentu seciput dua je

ramai juga yang dapat keputusan bagus
tidak diterima masuk matrikulasi
syarat utama semua empat matapelajar berikut
perlu dapat A plus
matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia
huh! kalau aku yang jadi calonnya
memang tak lepas punya
matematik cukup makan je
matematik tambahan ke laut
fizik dan kimia juga
harapkan Biologi mata cangkul orang tak hairan mana

kepada adik-adik yang gagal ke matrikulasi
bolehlah mencuba nasib kat tempat lain pula
mana tahu
rezeki kita tak tahu mana tercampak
usah putus asa ya
belajar di tingkatan enampun okey juga sebenarnya
tapi syaratnya hanya satu:
kena rajin membaca dan ikuti perkembangan semasa
kalau malas,
baik ambil kursus kat kedai kek je
sesekali boleh juga buat kek keju kat aku kan ;)



Pssst: Jumaat lepas aku ke Semenyih bertemu kakak. Orang Semenyih (dan Kajang) dok pening kepala dengan teknik rompakan terbaru; rompak dan bakar. Takat ni 4 buah rumah dah jadi mangsa. Kakak jumpa sendiri salah seorang tuan rumah yang kena tu (Taman Tasik Semenyih), rumah salah seorang anak murid dia. Mereka sekeluarga berada dalam rumah pada ketika itu. Kebakaran di tingkat bawah menyebabkan emak pelajarnya itu campak anak ikut tingkap. Nasib baik selamat disambut jiran-jiran.

Subhanallah...apa dah jadi dengan manusia sekarang ni. Dah hilang pertimbangan dan kemanusiaan. Apa gamaknya yang depa ni makan ek?

Rabu, 8 Jun 2011

Festival Perkahwinan di Putrajaya

Hu hu hu tajuk macam gempak habis
kalau kalian perasan, sekarang ni berlangsung “Kerja Kahwin”
di kraftangan Malaysia
bila masa pulak ada festival kahwin di Putrajaya pulak kan?

Dah seminggu cuti sekolah
tiap hari boleh dengar kelepak kelepong paluan kompang
musim orang kahwin katakan
mana-mana tempatpun meriah
termasuk di Putrajaya

Putrajaya dah jadi antara lokasi wajib
untuk pergambaran pengantin baru
masjid putrajaya, depan bangunan pentadbiran,
masjid besi, malah kat tengah-tengah jalan pun ada pengantin ambil gambar
apalagi kat Wetlands
sangat meriah suasananya
kalau kira berpuluh pasang pengantin ada
macam-macam warna dan fesyen depa pakai
kita yang tengok ni pun terlior nak kahwin juga

tahniahlah kepada semua pengantin baru di Malaysia
selamat layari bahtera di tengah samudera
moga berjaya layarinya hingga ke tanah seberang
kot ya pun dah kahwin
dan nak abadikan momen manis perkahwinan
di merata tempat nan indah-indah
errrr buang make up sekejab boleh?
kita solat asyar dulu
alang-alang dah bergambar di masjid kan
boleh sambung semula nanti
calit make up baru, wajah nampak lebih berseri dan segar
lebih indah gambar kenangan itu nanti
malam haripun cantik juga ambil gambar kahwin
di Putrajaya ;)

Jom skodeng burung di Wetlands
kalau nasib baik
boleh skodeng pengantin tengah ambil gambar juga



PsssT: Terima kasih kepada Cik Bintang yang berjaya merakamkan gambar skodengnya secantik ini.

Isnin, 6 Jun 2011

Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari ini, 5 Jun setiap tahun
disambut Hari Alam Sekitar

marilah sama-sama kita
jaga dan pulihara alam
yang sama-sama kita diami ini
bila dah tercemar
tak ada gantinya
bila dah punah
payah nak pulihkan


hari ini kita masih punya kesempatan
tengok burung
masih boleh skodeng di wetland
kalau tak mahu ke zoo

esok lusa masihkah
boleh ditemu sebegitu?
masihkah anak-anak akan kenalinya
ataukah bila diminta melukis ayam
mereka melukis ayam togel keluaran ayamas
yang sering ditemu di pasaraya?

Jom simpan semak samun belakang rumah
hu hu hu ya ampun!!!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

Doaku Hanya Yang Terbaik Untuk Kalian

Sempena hari Jumaat yang mulia, kukongsikan rasa ini dengan semua;


Doaku Hanya Yang Terbaik Untuk Kalian

ketika menadah tangan
mencari Ehsan Sang Pencipta
aku memohon seluruh kebaikan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kebaikan akhirat
juga buat kalian

ketika lafazkan doa
meminta perkenan Allah
aku memohon seluruh kekayaan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kekayaan akhirat
juga buat kalian

ketika bermunajat mencari cinta Ilahi
aku memohon seluruh kejayaan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kejayaan akhirat
juga buat kalian

ketika aminkan doa
mencari redha Allah nan Agung
aku mengharapkan seluruh bahagia hidup
hanya untuk kalian
seluruh bahagia di sana
juga buat kalian

aku akan sentiasa
doakan seluruh kebaikan dunia akhirat
hanya untuk kalian
biar apaunpun sakit yang perlu dirempuh
doa ini tetap untuk kalian
selamanya
percayalah
daku tidak akan mudah jemu
doakan kalian
untuk seluruh kehidupan.
Biarpun kalian tidak pernah tahu…
hinggakan terlupa untuk aminkan doa itu
untuk diri sendiri


~~Anyss~~
25 Mei 2011
Semambu, Kuantan