Jumaat, 13 Julai 2018

MEMANDU KERETA MAINAN

Sanggup tak memandu kereta mainan seperti ini?



Haaaaaaa silalah tabah tengok muka orang sekelilingnya tu huhuhuhuhu

Khamis, 12 Julai 2018

PEREMPUAN SI PISAU CUKUR

Dalam video ni terdapat beberapa kes bagaimana KONONnya seseorang yang kaya menyamar jadi si miskin untuk menguji Si Pisau Cukur.

Awalnya, si gadis akan menolak ajakan lelaki tersebut, tetapi akhirnya bila nampak kereta mewah, maka, bersetujulah dia untuk mengikut. Hanya kerena tayang kereta mewah, walaupun kita sendiri tak tahupun kereta tu betul-betul dia punya atau pun kereta pinjam.



Komen Ambo: Adakah kita dengan mudah akan ikut seseorang yang baru dikenali beberapa minit? Adakah kita dengan mudah bagi nombor telefon kepada orang yang baru kenal?

Kalau ujian tu buat kat Ambo; tak kiralah kau datang dengan jet atau boeng sekalipun, kalau baru kenal dua minit lepas memang aku tak pandanglah. Kecuali memang tahu yang datang tu siapa, contohnya Putera Mateen ka, Putera Mahkota Arab Saudi ka….gitewwwww kekdahnya.

Sebabnya sangat mudah; kita dah terdidik untuk berhati-hati, jangan ikut atau jangan terima apa-apa pemberian daripada orang yang tak dikenali. Masa sekolah rendah lagi Mek selalu dok pesan begitu, jadi, dah tua bangka macam ni pun tetap ingat. Jadi, dalam masa beberapa minit sahaja itu bukanlah jangka masa yang cukup untuk labelkan orang lain Si Pisau Cukur.

MUNGKIN, hanya sebab si perempuan tu terhegeh-hegeh datang semula selepas tengok kereta mewah, terus dia dilabelkan Si Pisau Cukur. Hanya kerana itu? Bagi ambo, itu jenis yang baru nak up jadi Pisau Cukur, yang dah Pisau Cukur Profesional, kita tak mampu nak menduga perangainya itu sebab penuh dengan drama dan lakonan. Haaaaaa itu baru pisau cukup sejati. Sedar tak sedar kita dah miskin papa kedana kena cukur huhuhuhuhu

Anda rasa ambo tak pernah juma ke si pisau cukur sebegini?

Rabu, 4 Julai 2018

SYUKURILAH NIKMAT SIHAT

Pagi-pagi sebelum subuh lagi biji mataku terbeliak baca akhbar online tentang penemuan mayat Adam Raykal dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya selepas dilaporkan diculik oleh lelaki tidak dikenali yang mengaku sebagai ayahnya. Mmmmm tak terkomen apa-apa. Serba salah. Kang ambo komen, hati sendiri jugak terguris.

Salam takziah kepada ayah bonda Adam Raykal, moga mereka tabah dengan dugaan sebesar ini. Melihat print skrin yang disebarkan ramai di FB, ambo kagum dengan bondanya yang redha dengan apa berlaku. Ambo tahu, redha bukan bermakna boleh terima kekejaman ini, tetapi menyatakan bahawa bonda arwah “melihat” ujian ini dari sudut positif bahawa Allah “menyimpan” anakandanya di “sana”. Tak siapa boleh terima perbuatan tak masuk akal itu, dia ingat bayi 5 bulan tu ikan ke apa pergi simpan dalam peti ais? .. tetapi ambo kagum dengan kekuatan bonda muda itu. Sama-sama kita bagi sokongan moral kepada mereka.

Itu intro yang menggelorakan jiwa. Entri ni tak ada kaitan dengan Adam Raykal. Entri ini tentang seorang kawan Ambo dari seberang. Nama dalam pasportnya Sri Wulan (Oh! Seri Bulan mesti cemburu dengan nama rasmi ini). Setelah selesai kerja-kerja pembersihannya, dia datang jumpa Ambo. Katanya, “Boleh ngak tolong beli ubat ini, pokoknya semalam aku ngak dapat tidur,”

Haaahhhhhhh? Berani dia mintak Ambo beli ubat online merepek merapu boleh sembuhkan juta-juta jenis penyakit dengan sejenis krim semata-mata? Maka jenuhlah ambo tarbiah dia tentang bahaya pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doctor perubatan. Dia tak tau ke Ambo ni Duta Kenali Ubat Anda lantikan Kementerian Kesihatan Malaysia? Nak kena nihhhh!

Haaaaaa tak pasal-pasal kena ceramah.
Dia: Pokoknya, ubat di klinik itu mahal!

Encem dak doktor?

Dia BUKAN warganegara, jadi caj ubat memang mahal ya. Kalaupun pergi ke hospital kerajaan atau klinik kesihatan, caj warga asing memang berbeza. Jadi, rakyat Malaysia, sila bersyukur dengan kemudahan yang ada. Anda dapat ubat yang bagus dengan harga hanya SERINGGIT sahaja berbanding bukan warganegara yang kena bayar harga penuh ubat, kena bayar juga caj kepakaran doktor. Sila bersyukur ya!

Ambo: Ubat itu memang mahal, tapi….ubat itu memang untuk sakit kita. Ubat yang beli online itu, kita ngak tahu kok kandungannya. Mungkin ada steroid, mungkin ada racun tak berjadual, mungkin ada bahan bahaya.
Dia: Pokoknya belum gaji, gimana ya mau dibayar ongkosnya
Ambo: Saya bayar dulu, asalkan mau pergi klinik sahaja.
Dia: Bila?
Ambo: Sekarang! [hu huhu hu garang dak ambo paksa orang tengah kerja pergi klinik?]

Akhirnya dia pergi tukar pakaian dan setuju untuk pergi klinik kesihatan. Masa turun tangga barulah ambo sedar, dia dah jalan terhinjut-hinjut dan lebih perlahan daripada ambo yang memang dah jalan perlahan ni. Kalau tak betul-betul sakit, sahihlah macam-macam alasan dia akan bagi.

Kata doktor, cecair lututnya sudah terkumpul dan perlu dibuang melalui pembedahan. Apa yang boleh doktor bagi adalah ubat tahan sakit, ubat surutkan bengkak, dan krim urut. Doktor nasihatkan guna bandage lutut dan tuam tempat sakit guna ais beberapa kali sehari.

Jadinya kawan-kawan, syukurilah nikmat sihat yang kita ada. Banyak duitpun tak guna bila dah sakit. Memanglah duit kita perlu, tapi duit tak boleh beli kesihatan. Hanya boleh bayar kos untuk pulihkan kesihatan sahaja tetapi dah tentu tak akan kembali 100 peratus seperti asal. Haaaaaa ni nasihat daripada ambo yang dah sakit ni ya. 

Bila dah sakit, rawatlah dengan orang yang benar-benar pakar. Tak perlulah beli ubatan yang tidak dikenal pasti kandungannya dengan hanya mendengar kehebatan daripada jurujual semata-mata. Bukan tak bagi anda cari cara alternatif untuk berubat tetapi pastikan cara yang nak kita guna tu memang betul-betul yang BETUL. Sejak jadi pesakit ni, macam-macam orang macam-macam ubat dan macam-macam cara rawatan orang tawarkan termasuklah yang jenis tak masuk akal. Maaflah, banyak yang ambo tolak, bukan sebab menyokong agenda yahudi, tapi nak mengelak juga pelbagai jenis penunggang yang terang-terang ambil kesempatan dengan kesempitan pesakit.

Jadi, sesiapa yang ada niat nak jadi penunggang tu, mohon maaflah. Ambo hanya gunakan ubat-ubatan dan rawatan yang dibuktikan secara saintifik sahaja. Bomoh ke, dukun ke, testimoni ke, ubatan psudoscience ka ambo tak terlibat. Jangan mai kempen kalau tak mahu kena balik.

Jumaat, 22 Jun 2018

Layanan Super Duper Mesra di CIMB UKM


Ehhhhh! Dah raya ke berapa ni?

Lamanya tak tulis blog huhuhuhuhu buat-buat terkejut pulak ya.

Pagi tadi, ambo ke CIMB UKM di Bangunan UnikeB. Ada sedikit urusan kerja perlu dibuat, dahulukan duit sendiri, kemudian akan dituntut semula. Harapnya dapat penuhlah ya. Almaklumlah, bukan kecil anak jugak jumlahnya untuk ambo yang marhaen ni.

Petak parking memanglah banyak yang kosong sebab masih ramai yang belum gerak balik dari kampong halaman. Namun, apa yang mengecewakan, terpaksa juga parking di hujung nun sana kerana sikap sesetengah dari kita yang sangat PANDAI dan HEBAT parking kereta di luar petak.
Taulah masih banyak parking kosong, namun perangai makhluk dunia ke tiga ni macam nak kena lempang. Kalau pakai lori tu tak apalah jugak memang tak muat nak parking. Takat kereta biasa je tu, mintak tolonglah berhemah sikit. Tak perlu nak kejar sangat jadi negara maju kalau kesedaran sivik tu masih di bawah tapak kaki. 

Kereta ambo tak adalah besar hingga tak muat, tapi bila berdepan dengan mentality orang tak berapa nak cukup sikap sivik kat mental ni, baik saja ambo pergi jauh-jauh. Kang jadi apa-apa, penat pulak ambo nak TUKAR warna HIJAU. Itu kelemahan utama ambo, kalau marah boleh jadi HULK. Jadi elak je awal-awal.

Hati terubat bila berurusan di kaunter 6. Alahai cik Puan tu (lupa pulak nama dia), sangatlah mesranya penuh dengan senyum manis. Perghhhhhh! Rasa nak masuk kaunter hari-hari lah pulakkkk huhuhuhu

Rabu, 16 Mei 2018

Terima Kasih, Cikgu


Ambo bukannya sesiapa tanpa cikgu. Gurulah mendidik ambo kenal huruf, tanamkan ambo mana yang betul dan salah, bekalkan ambo semangat juang. Ya, ambo bukan pelajar cemerlang. Ambo hanya pelajar yang berada pada aras paling sederhana. Yang jarang dilihat. Yang bukan cemerlang pencapaian, yang bukan juga corot dan bermasalah disiplin panjat pagar bagai. Tapi, cikgu tetap nampak ambo. Tetap beri semangat untuk sentiasa berjuang. 

Dan kini, ambo berada di sini. Di tempat yang ambo sendiri tidak pernah impikan akan berada. Ditempat yang saing sobat ambo pun tak sangka sama sekali. Di tempat yang cikgu sendiri telan liur tak percaya bila tahunya (ada peristiwanya). Ambo bukan sesiapa cikgu, tapi doa cikgu buatkan ambo berada di sini. Terima kasih, cikgu!

Terima Kasih Cikgu



Ambo tak masuk ke tadika, terus ke darjah satu dengan naif. Orang lain dah pandai baca mengira, tapi ambo…hanya pandai conteng-conteng. Darjah satulah baru ada pensil sendiri. Baru ada kertas dan buku sendiri. Makanya, orang lain dah membaca laju tapi ambo baru nak kenal huruf. Orang lain dah pandai mendarab ambo baru kenal nombor. Tapi, cikgu tak pernah jemu membantu. Cikgu tetap percaya ambo boleh kejarnya walaupun lambat. Dan ambo, hingga kini perlu usaha lebih berbanding orang lain untuk capai apa yang orang lain mampu dapat dengan mudah. Ya, usaha bezakan ambo dengan pelajar lain kerana peluang lambat ambo dapat.

Terima kasih, cikgu.

Terima Kasih Cikgu versi Najwa Latif Upin Ipin



Di sekolah menengah, ambo memang lemah dalam matematik. Matematik Tambahan hanya sekali lulus. Penat cikgu terang bagi faham tapi ambo tak faham-faham juga. Ambo yang putus asa, tapi cikgu tetap semangat buat kelas tambahan percuma. Cikgu sentiasa semangat mengajar, bagi latihan macam-macam, bagi perangsang berapi-rapi. Hingga akhirnya, ambo tetap gagal Matematik Tambahan. Apapun, terima kasih, Cikgu. Ambo kagumi kesungguhan cikgu, dan itulah yang ambo amalkan hingga kini.

Cikgu, setiap jasa dan ilmu cikgu tetap ambo kenang. Tetap ambo ingat. Dan, setiap kali ambo putus asa dan rasa kecewa dengan anak bangsa sendiri, kesungguhan cikgu semualah jadi penguatnya. Jika cikgu dahulu tidak pernah jemu ajar ambo, buat kelas tambahan percuma tanpa minta duit untuk isi minyak petrol pun…patutkah ambo mudah hilang semangat.

Terima kasih cikgu, walaupun berjuta ucap terima kasih itu tak akan cukup untuk membalas segala budi itu. Cikgu, ambo di sini untuk teruskan legasi dan segala pahala yang semua cikgu salurkan selama ini. 

Jom, doakan semua guru di Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan diberkati kehidupan. Dan, guru yang pertama dalam hidup setiap kita tentulah seorang ibu. Mek, terima kasih kerana berikan kehidupan kepada kami.