Anda Juga Mungkin Berkenan

Memaparkan catatan dengan label pengasuh simpan mayat dalam peti ais. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengasuh simpan mayat dalam peti ais. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2018

SYUKURILAH NIKMAT SIHAT

Pagi-pagi sebelum subuh lagi biji mataku terbeliak baca akhbar online tentang penemuan mayat Adam Raykal dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya selepas dilaporkan diculik oleh lelaki tidak dikenali yang mengaku sebagai ayahnya. Mmmmm tak terkomen apa-apa. Serba salah. Kang ambo komen, hati sendiri jugak terguris.

Salam takziah kepada ayah bonda Adam Raykal, moga mereka tabah dengan dugaan sebesar ini. Melihat print skrin yang disebarkan ramai di FB, ambo kagum dengan bondanya yang redha dengan apa berlaku. Ambo tahu, redha bukan bermakna boleh terima kekejaman ini, tetapi menyatakan bahawa bonda arwah “melihat” ujian ini dari sudut positif bahawa Allah “menyimpan” anakandanya di “sana”. Tak siapa boleh terima perbuatan tak masuk akal itu, dia ingat bayi 5 bulan tu ikan ke apa pergi simpan dalam peti ais? .. tetapi ambo kagum dengan kekuatan bonda muda itu. Sama-sama kita bagi sokongan moral kepada mereka.

Itu intro yang menggelorakan jiwa. Entri ni tak ada kaitan dengan Adam Raykal. Entri ini tentang seorang kawan Ambo dari seberang. Nama dalam pasportnya Sri Wulan (Oh! Seri Bulan mesti cemburu dengan nama rasmi ini). Setelah selesai kerja-kerja pembersihannya, dia datang jumpa Ambo. Katanya, “Boleh ngak tolong beli ubat ini, pokoknya semalam aku ngak dapat tidur,”

Haaahhhhhhh? Berani dia mintak Ambo beli ubat online merepek merapu boleh sembuhkan juta-juta jenis penyakit dengan sejenis krim semata-mata? Maka jenuhlah ambo tarbiah dia tentang bahaya pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doctor perubatan. Dia tak tau ke Ambo ni Duta Kenali Ubat Anda lantikan Kementerian Kesihatan Malaysia? Nak kena nihhhh!

Haaaaaa tak pasal-pasal kena ceramah.
Dia: Pokoknya, ubat di klinik itu mahal!

Encem dak doktor?

Dia BUKAN warganegara, jadi caj ubat memang mahal ya. Kalaupun pergi ke hospital kerajaan atau klinik kesihatan, caj warga asing memang berbeza. Jadi, rakyat Malaysia, sila bersyukur dengan kemudahan yang ada. Anda dapat ubat yang bagus dengan harga hanya SERINGGIT sahaja berbanding bukan warganegara yang kena bayar harga penuh ubat, kena bayar juga caj kepakaran doktor. Sila bersyukur ya!

Ambo: Ubat itu memang mahal, tapi….ubat itu memang untuk sakit kita. Ubat yang beli online itu, kita ngak tahu kok kandungannya. Mungkin ada steroid, mungkin ada racun tak berjadual, mungkin ada bahan bahaya.
Dia: Pokoknya belum gaji, gimana ya mau dibayar ongkosnya
Ambo: Saya bayar dulu, asalkan mau pergi klinik sahaja.
Dia: Bila?
Ambo: Sekarang! [hu huhu hu garang dak ambo paksa orang tengah kerja pergi klinik?]

Akhirnya dia pergi tukar pakaian dan setuju untuk pergi klinik kesihatan. Masa turun tangga barulah ambo sedar, dia dah jalan terhinjut-hinjut dan lebih perlahan daripada ambo yang memang dah jalan perlahan ni. Kalau tak betul-betul sakit, sahihlah macam-macam alasan dia akan bagi.

Kata doktor, cecair lututnya sudah terkumpul dan perlu dibuang melalui pembedahan. Apa yang boleh doktor bagi adalah ubat tahan sakit, ubat surutkan bengkak, dan krim urut. Doktor nasihatkan guna bandage lutut dan tuam tempat sakit guna ais beberapa kali sehari.

Jadinya kawan-kawan, syukurilah nikmat sihat yang kita ada. Banyak duitpun tak guna bila dah sakit. Memanglah duit kita perlu, tapi duit tak boleh beli kesihatan. Hanya boleh bayar kos untuk pulihkan kesihatan sahaja tetapi dah tentu tak akan kembali 100 peratus seperti asal. Haaaaaa ni nasihat daripada ambo yang dah sakit ni ya. 

Bila dah sakit, rawatlah dengan orang yang benar-benar pakar. Tak perlulah beli ubatan yang tidak dikenal pasti kandungannya dengan hanya mendengar kehebatan daripada jurujual semata-mata. Bukan tak bagi anda cari cara alternatif untuk berubat tetapi pastikan cara yang nak kita guna tu memang betul-betul yang BETUL. Sejak jadi pesakit ni, macam-macam orang macam-macam ubat dan macam-macam cara rawatan orang tawarkan termasuklah yang jenis tak masuk akal. Maaflah, banyak yang ambo tolak, bukan sebab menyokong agenda yahudi, tapi nak mengelak juga pelbagai jenis penunggang yang terang-terang ambil kesempatan dengan kesempitan pesakit.

Jadi, sesiapa yang ada niat nak jadi penunggang tu, mohon maaflah. Ambo hanya gunakan ubat-ubatan dan rawatan yang dibuktikan secara saintifik sahaja. Bomoh ke, dukun ke, testimoni ke, ubatan psudoscience ka ambo tak terlibat. Jangan mai kempen kalau tak mahu kena balik.