Masa kecik-kecik, dia tengok kesusahan ayah dan berazam untuk beli rumah untuk ayah dan mak. Dia belajar masuk U, tapi, bila dia kahwin tanpa restu, dia dihalau dari rumah.
Itulah makna hari raya.
Mmmmm sendu jugaklah. Walaupun tak jadi kat ambo, tapi terkesan sebab berlaku kat orang yang terdekat. Apa-apa jadipun, ibu bapa tetap betul. Kita tetap anak.
Ketika entri ni kalian baca (kalau baca waktu diterbitkanlah, kalau baca petang tak aci tau!), maka ketika ini ambo dah pun berada entah tengah hutan belantara mana. Hah? Apasal pulak? Cari buluh nak buat lemang ke?
Hari ni, insha Allah sebelum subuh ambo akan mula gerak untuk balik kampong halaman di negeri paling miskin nun. Maklumlah, negeri miskin, jadi kena gerak awal-awal pagi sebelum subuh. Cadangnya akan bersubuh di Genting Sempah, kalau TERlambat sikit turun, akan subuh di Gombak.
Balik Kampung – Sudirman Arshad
Ishhhh! Memang ambo akan turun dari rumah awal-awal pagi sebab nak elak jem orang pergi kerja di Pandan dan Ampang. Jadi kalau berjaya lepasi dua tempat ni sebelum berlaku kesesakan, satu nikmat tak terhingga tau. Bolehlah jimat masa sikit...errr, bukan sikit masa dijimatkan, tapi banyakkkkkk!
Jadinya, sempena Ramadhan yang kian ke penghujungnya dan Syawal yang kian menghampiri, ambo ambil peluang menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin andai sepanjang kita bermesra di blog dan FB, ada gurau senda ambo melampaui batas, ada sindir pesan ambo yang menyakitkan hati. Ambo hanya insan biasa sahaja.
Andainya, ambo masih lagi ada TERhutang dengan sesiapa yang belum bayar, lupa nak bayar, tak ingat nak bayar, mohon tuan empunya diri hubungilah ambo dan beritahu. Insha Allah ambo akan bayar dengan kadar segera, sebab ambo tak mau mati dalam keadaan berhutang.
Kepada semua, semoga selamat sepanjang perjalanan balik ke kampong halaman. Pandulah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Kampung tak lari pergi mana eh, ingatlah keluarga tersayang.
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA di facebooknya telah buat
pengumuman tentang PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT)
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI kepada penjawat awam persekutuan.
Berikut adalah Salinan
pengumuman tersebut;
Dr Ali Hamsa·Thursday, June 30, 2016
PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA
AIDILFITRI
Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju
untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai
2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri
diisytiharkan pada 6 Julai 2016.
Walau bagaimanapun,
pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya
Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan
cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.
Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan
perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk
mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil
Fitri.Semoga penjawat awam dapat
memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan
Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan
yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi
masing-masing.
(TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA)
Ketua Setiausaha Negara
30 Jun 2016
Jelas kan?
Jadi, doa-doalah Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh 6hb
Julai untuk dapat cuti raya panjang sehari huhuhuhu
Ni kan raya…tak kanlah tiap kali raya nak kena sedih je. Nak jugak iklan raya yang ceria dan gembira. Jom tengok Baulu Mak, iklan Raya 2016…errr sapa punya iklan ni ya. Mmmmmm Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia punya iklan raya 2016;
Bukan mudah nak balik semula ke tahun 1950-an, memang tak akan balik semulalah walaupun ada time tunnal huhuhuhu
Walaupun banyak lagu-lagu hari raya versi baru diperkenalkan setiap tahun, namun ambo ni memang jenis suka yang klasik. Semakin lama sesuatu lagu tu, lagi rasa suka nak dengar huhuhuhu kalau artis baru tahu ni melolong depa huhuhuhu
Moh kita dengar lagu raya Selamat Hari Lebaran, fuhhh rare gilerr!