Khamis, 14 April 2016

Bank Reti Kutip Duit je...Liat Nak Pulangkan Duit



Pelanggan diutamakan katanya. Itu jadi motto banyak syarikat yang tawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, apalagi bila perkhidmatan itu pula bukannya percuma.

Dua bulan ni, aku berurusan dengan satu bank yang gunakan UNTA sebagai lambing keunggulannya. Bukan RIMAU, tapi unta. Unta, faham-faham ajelah…itupun kalau anda faham pasal ilmu ekologi huhuhuhu

Tahun lepas aku tulis surat permohonan untuk semak baki. Setahun tunggu, harammmmmm! Akhirnya telefon merata tempat dan bercakap dengan seorang staff dalam Bahasa Kelate (sebab dia orang Kelantan), terbongkarlah cerita bahawa terdapat lebihan bayaran ribu riban. Setahun tu bodoh je dok tunggu huhuhuhuhu

Kisahnya adalah tentang TERLEBIH buat bayaran. Kalau TERKURANG bayar walaupun sesen, gigih bank kejar siang malam, bila terlebih bayar tu pulak, main diam je. Main tangguh ajeeee. Bila mintak semak di kaunter, macam-macam alasan depa bagi kononnya kena isi borang dan pergi KL untuk urusan tu. Mintak tengok baki aje punnnnnn. 

Janjinya surat tu aku akan terima dalam masa 3 minggu. Kini tempoh janji untuk dia hantar surat (sekeping kertas aje pun) dah cecah masa 2 bulan. Tiap kali telefon, dia akan minta tempoh semak. Janji nak telefon balik tapi tak juga telefon. Bila kita yang telefon, minta nak semak lagi. Mmmmm orang lain dapat derma 2.6b kot, mudahhhhhhh je dapat. Ni nak dapat sekeping kertas dan baki duit sendiri kemain payah.

Mamat Kelantan tu tak boleh buat apa sebab department lain. Bila aku cakap nak buat edisi terjah, cakap terpulang kat aku. Aku ni bukannya muka reti malu…bukannya tak pernah terjah. Boleh baca kisah aku terjah pejabat lawyer dengan muka buat-buat tak faham. Aku ni jarang buat muka tunjuk cerdik, tapi kalua bab buat-buat bodoh dan buat-buat tak faham tu banyak kali jugak. 

Ambo balik kampung dulu ya...kembali dari kampung nanti kalau semua hal ni masih belum ada kata putus yang pasti, memang terjah aje. Bawak kek Secret Recipe ganti pulut kuning ayam golek masa mengadap staf tu kira okeylah kan...ke nak kena bawa C4?




Selasa, 29 Mac 2016

Sudahkah Kita Tunaikan Impian Ibu Ayah?



Semua orang nak jadi anak yang terbaik untuk ibu bapanya. Sebagai anak, kerapkalinya kita anggap kita dah jadi anak yang baik. Kita dan penuhi semua keperluan dan hasrat ibu bapa.

Pernah terfikir tak apa yang ibu bapa nak daripada anak-anaknya?

Sabtu lepas, seseorang telah sedarkan aku tentang ini. Katanya;


“Masa anak-anak kecil, apa yang anak-anak nak ibu bapa akan penuhi. Nak naik bas, nak pergi jalan-jalan, nak permainan, nak makan apa-apa, semuanya cuba dipenuhi oleh ibu bapa. Bila anak-anak dah besar…mereka tak pernah tanya dan tak penuhipun apa yang ibu bapa nak,”


Aku tersintak. Betul! Terkedu. 

Masa tu terus teringatkan Mek.  Terus teringat ayah. Terus terfikir apa hasrat mereka yang mereka nak dari aku sebagai seorang anak. Aku tak pernah tanya pun. Anggapan aku, mereka dah hepi. Mereka hidup gembira dan tidak lagi perlu nak fikir nak makan apa untuk hari tu berbanding masa kami kecil dan hidup penuh dhaif dahulu. 

Sampai hari ni…kepala ni masih lagi tertanya-tanya, apa hasrat Mek ayah yang belum aku tunaikan? 

Jangan mereka mintak aku kahwin esok lusa dah laaaaa, bukan tak seronok ada peminat misteri, tapi… aku tengah penatacara melarikan diri lagi ni!

Isnin, 28 Mac 2016

Pengantin Kena Tumbuk



Hari ni kat mana-mana boleh tengok video pergaduhan di masjid pantai dalam gara-gara pengantin kena tumbuk. Yaaaa pengantin yang nak nikah depan pak imam juru nikah tu kena tumbuk gara-gara tak cukup wang hantaran sebanyak RM5 ribu lagi. Dah bagi secara ansuran sebanyak RM10 ribu, belum jugak cukup RM15 ribu sebagai dijanjikan masa bertunang. Akhirnya, kahwin tak jadi. Kecoh.

Keluarga kedua-dua belah pihak memang sahlah kecoh. Kedua-dua pengantin pun tak kan tak kecoh ya dak? Kecoh jugak tu. Kita yang baca berita yang dah viral tu pun kecoh jugaklah. Jarang cerita kahwin tak jadi terjadi walaupun bukannya tak ada.  Yang hairannya, kenapalah semua orang nak kecohkan kejadian malang mereka tu hingga viralkan serata alam.

Sakit kena tumbuk memanglah sakit. Tapi lagi sedih bila kahwin tak jadi. Itupun dah menyentap hati pengantin lelaki tu. Apa kes pulak kita yang tak ada kaitan apa-apa dengan mereka tu, dok tambah lagi luka yang berbananah tu alih-alih pergi viralkan kisah luka tu? Apa kita dapat?

Bagi aku, bukan semua benda sesuai untuk kita kongsikan. Bukan semua perkara boleh kita viralkan. Tak kesian ke dengan mereka. Dahlah tak jadi kahwin, dah lah kena tahan muka malu dengan keluarga dan kaum kerabat, kena tahan muka lagi dengan kenduri tak jadi sedangkan tetamu dah panggil. Tetiba kena pulak tahan malu satu Malaya dek kerana kita sesuka hati je viralkan kisah malang mereka. Lainlah kalau mereka sendiri yang gila glamer dan viralkan. Itu cerita lain pulak.

Bila berlaku sesuatu perkara itu, aku lebih banyak untuk cari hikmah yang ada sebaliknya. Yaaaa memang sakit. MEmang  malu. Memang sakit hati, namun, Allah dah tentukan jalan cerita yang terbaik untuk setiap kisah hidup kita. Bila hasrat kita tak tertunai, makanya Allah dah tentukan bahawasanya dia yang kita cintai separuh nyawa itu bukanlah jodoh terbaik untuk kita. Lepaskanlah. Redhalah. Akan datang suatu hari Allah temukan kita dengan orang yang benar-benar sesuai dan terbaik untuk kita. 

Fuhhhhhh! Panjang kemain khidmat masyarakat bagi ceramah kat orang, ya dak? Moga-moga situasi sebegini tidak jadi kat kita.

Hanyut Ke Lautan Rindu

Tajuk tak leh blahhhh!!

Lagu lama ni memang mengalun membuai rasa. Boleh hanyut tak tersedar huh uhuhu petang-petang bila dengar radio Klasik Nasional, fuhhhhh kemain lagi dok berangan sambal buat kerja.

Sarena Hashim - Bersama

Bersama...kuingin hidup bersama
Walau untuk sementara
dimana kau berada ku kan bersama

Bersama menempuh segala dugaan
Bersama menempuh segala dugaan
Sabar dalam kesusahan
Janganlah dikau berputus asa
bila berpisah

Masa berulang berganti kasihku sejati
Kenangan mesra kau beri
Masih kuingati
Hanya satu harapan yang kupinta padamu

Tetiba rasa nak bercinta macam P.Ramle pergi dating di Zoo Negara huhuhuhu moh kita dengar versi sashi Kapoor pulak huhuhuhu

Mmmmm tetiba rasa best pulak lagu-lagu Sarena Hashim ni. Lagu tahun 70-an. salah hari, aku pun belum lahir lagi. Lagunya kerap juga diputar di radio tapi napa macam tak biasa disebut pulak nama dia. Macam pelik pulak. 

Yeh Sama, Sama Hai Ye Pyar Ka - Shashi Kapoor & Nanda



Dahhh lah tu wehhh, jom sambung kija pulak!
Kemain berangan panjat bukit ya!



Jumaat, 25 Mac 2016

Belajar Al-Qur’an Surah Al Kausar

Terjumpa secara tak sengaja. Bila dengar…mmmmm best juga.

Learning Quran Surah Al Kausar




Nanti nak dengar surah lain juga lah. Jom!