Semua orang nak jadi anak yang terbaik untuk ibu bapanya. Sebagai
anak, kerapkalinya kita anggap kita dah jadi anak yang baik. Kita dan penuhi
semua keperluan dan hasrat ibu bapa.
Pernah terfikir tak apa yang ibu bapa nak daripada
anak-anaknya?
Sabtu lepas, seseorang telah sedarkan aku tentang ini. Katanya;
“Masa anak-anak kecil, apa yang anak-anak nak ibu bapa akan penuhi. Nak naik bas, nak pergi jalan-jalan, nak permainan, nak makan apa-apa, semuanya cuba dipenuhi oleh ibu bapa. Bila anak-anak dah besar…mereka tak pernah tanya dan tak penuhipun apa yang ibu bapa nak,”
Aku tersintak. Betul! Terkedu.
Masa tu terus teringatkan Mek. Terus teringat ayah. Terus terfikir apa hasrat
mereka yang mereka nak dari aku sebagai seorang anak. Aku tak pernah tanya
pun. Anggapan aku, mereka dah hepi. Mereka
hidup gembira dan tidak lagi perlu nak fikir nak makan apa untuk hari tu
berbanding masa kami kecil dan hidup penuh dhaif dahulu.
Sampai hari ni…kepala ni masih lagi tertanya-tanya, apa
hasrat Mek ayah yang belum aku tunaikan?
Jangan mereka mintak aku kahwin esok
lusa dah laaaaa, bukan tak seronok ada peminat misteri, tapi… aku tengah penatacara melarikan diri lagi ni!