Sabtu, 18 Julai 2015

Anugerah Aidilfitri

Jom hiburkan hati dengan lagu ceria Anugerah Aidilfitri nyanyian Siti Nurhaliza


Jumaat, 17 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin



Dikesempatan ini, ambo mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan, kenalan taulan dan mohon maaf zahir batin andai ada antara isi blog, perkataan yang digunakan atau komen-komen yang menyinggung perasaan semua.

Mohon maaf zahir batin.

Jangan lupa hulur-hulur duit raya ya ;)

Di manapun berada, semoga berbahagia di hari mulia ini.

Khamis, 16 Julai 2015

Lagu Raya Versi Kelate

Jarang berlaku dalam sejarah sepanjang sambut raya. Mungkin ini lagu raya pertama versi Kelantan dihasilkan.



Kalau hasil pertama, kira boleh lah kan. Tapi untuk masa depan, aku lebih menuntut “keaslian”. Sampai bila nak hidup dengan lagu-lagu saduran walaupun banyak lagu dikir saluran yang dihasil, dirakam dan dinyanyikan agak merdu didengar. Untuk kekal sentiasa dikenang, kena juga ada keaslian, seperti Halim Yazid nyanyikan puisi Aziz Deraman berikut;



Kalau nak dapatkan puisi asal dalam bahasa Malaysia, sila ke enteri Temani Tidurmu dalam Lena beradu.

Rabu, 15 Julai 2015

Persiapan Raya

Dah tentu semua dok kelam kabut sibuk dan dok berkemas melakukan persiapan raya. Mana nak kemas rumah, nak sapu sawang, nak masak bagai. Apapun yang dilakukan, semoga kemeriahan sambutan raya aidilfitri tahun ni tidak berkurang sekalipun harga petrol memang dah naik.

Tak lupa juga yang tengah bersesak tersangkut dalam kesesakan jem berbatu-batu tu, silalah tingkatkan kesabaran. Raya tanpa jem bukan raya namanya. Ya dak?



Cer tengok wajah ayah dan mak, walaupun kalut dan penat…ceria je nengokkan anak cucu dan balik. Riuh rendah!!!

Selasa, 14 Julai 2015

Air Mata Darah

Filem pendek tentang Keselamatan di jalan raya dimana pemandu itu sendiri harus stabil dan bebas dari sebarang gangguan yang berbahaya. Air mata darah yang membawa maksud penyesalan yang disebabkan kemalangan yang berpunca dari tindakan bahaya isteri semasa suaminya sedang memandu.

Keselamatan Jalan Raya (Short Film)



Pada musim perayaan ini, kemalangan biasanya meningkat. Silalah berhati-hati semasa memandu. Semoga selamat sampai di kampong halaman dan beraya bersama keluarga tercinta.