Rabu, 8 Julai 2015

Ayah, Bagi Balik Tangan Adik!

Cantik tak Hassan lukis?

Ini adalah Filem Pendek (KORBAN), jom tengok!



Aku ada jumpa beberapa versi cerita sebegini didramakan atau dijadikan filem pendek. Ceritanya tentang anak conteng kereta, kena rotan berbirat. Bekas tang kena rotan di tangan tu bengkak, berlaku jangkitan, hingga akhirnya tangan anak perlu dipotong.

Dalam cerita pendek di atas, aku nampak bapak dia balun tang lain tetapi tangan pulak yang kena potong huhuhuhuhu

Maafkanlah dia. Depa first time buat pilem kot ni...tak pun hasil kerja budak-budak mascom yang kena hantar tugasan. Tak sempat nak teliti.

Selasa, 7 Julai 2015

Rotan Ayah

Sapa tak pernah kena rotan?

Mmmmmm rumah ambo tadak rotan. Jadinya kalau kena bedal memang bukan dengan rotan. Dengan tali pinggang, dengan ranting senduduk dengan batang penyapu huh uhuhu lagi hebat kan.

Tapi waktu tu, kena sebat dengan rotan atau pembaris besar hingga patah pembaris besar segedabak itu pun cikgu masih tak kena tumbuk dengan mak bapak. Dah biasa pun mak bapak pukul, rotan, bedal anak hingga berbirat sebab tak dengar kata. Kalau sekarang dah kira dera.

Dera? Mmmmm rotan berbirat ajar anak tak adalah tulang belulang patah, mata buta atau mati kejung. Hidup lagi, dan jadi manusia berguna. Jadinya, kena belajar macam mana cara orang dulu-dulu gunakan rotan untuk didik anak. Tahapnya macam mana, caranya macam mana.

Jom tengok cerita pendek ni;



Macam mana? Terkenangkan kenakalan sendiri?

Nyesal tak? Huhuhuhu

Terima kasih ayah, selalu bedal aku masa kecik-kecik dulu. Nak buat macam mana, memang dah degil kan? Apa pun, tanpa bedalan tu semua dah tentu aku tak ada di tempat aku sekarang.

Entah-entah jadi surirumah sepenuh masa dengan anak 14 orang. Mmmmmmm manalah kita nak takdir hidup kita macam mana. Jadinya, sila jangan guna istilah “kalau”.

Isnin, 6 Julai 2015

Kasut Kelopak Jantung (Filem Pendek)

Kasut Kelopak Jantung, filem pendek yang diangkat dari Novel KOMSAS Tingkatan 1 berjudul "KASUT KELOPAK JANTUNG" karya Dr Ghazali Lateh yang mengisahkan kisah Cikgu Haron dan pelajarnya, Ahmad.



Salah satu komen;

Iwan Baser 1 year ago (edited)
Idea utk drama ni datang dari mana? Buku ker? Sebab menarik jalan cerita dia, cuma untuk production, kena tgk pada small details element (Mise en scene) dlm drama mcm name tag dan jam tangan utk menjadikan watak tu lebih real. orang miskin xkan pakai jam tangan digital dan nama sebenar pelajar tersebut jelas pada uniformnya.dari segi lakonan, watak cikgu tu kurang meyakinkan, mungkin sebab baru pertama kali berlakon, tp watak ahmad mmg ada bagi kesan pd yg menonton, ditambah dengan background muzik yg sesuai. saya seorang multimedia designer dan tutor dlm multimedia production di salah sebuah IPTA kt Malaysia ni, cuma bagi pandangan saya dari sudut seorang penerbit. apa2 pun tahniah kepada pelajar2 sekolah ni sebab dpt menghasilkan drama dengan penggunaan teknik kamera dan editing yang baik. Good job dan teruskan berkarya.

Maaflah, aku tak editpun komen di atas. Jadinya ada bahasa dan ejaan yang kontot-kontot, tetapi rasanya masih dapat difahami kecuali oleh google huhuhuhu

Aku tak nak komen banyak sebab kalau letak aku berlakon jadi mak budak tu pun, dah tentu keras terpacak macam pokok tembusu huh uh uhu namun, sebab mereka bukanlah pelakon, kira okey lah tu. Bukan mudah nak beraksi depan kamera kan. Lagilah ambo...pemalu yuuuuuu!!!!

Ahad, 5 Julai 2015

Tak Payah Balik Beraya Di Kampung?

Bila menteri kata, perubahan harga petrol setiap bulan tidak akan diumumkan kepada orang ramai, aku jadi pelik. Sebelum ni, pengguna disarankan supaya mengetahui harga setiap barang yang nak dibeli. Sebab itulah setiap barang termasuk barang basah dan sayur perlu kena letak tanda harga. Tetiba, menteri berkaitan jual beli barang kata begitu pula. Terputus sekejab sel-sel otak aku huh u hu hu 

Bila menteri kata Rakyat tetap berbelanja raya walaupun GST, mata aku terbeliak sekejab. Jadinya, adakah menteri beranggapan bahawa rakyat Malaysia perlu berkabung pada musim perayaan semata-mata sebab ada gst? Ok jugak cadangan tu. Kita berkabung je...semua orang pakai warna hitam je. Kira tema raya satu Malaysialah kan.

Kita makin dah tak hairan dengan kenyataan menteri-menteri yang digelar Prof Agus sebagai badut sarkas sebab dah kerap sangat kenyataan tak masuk akal dibuat. Rakyat Malaysia pun dah malas nak melawak dah sebab memang tahu pun semua tu belawok belaka. Namun, bila Perdana Menteri sendiri keluarkan kenyataan;
 
"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul? Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 liter minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan pameran pertanian di Expo Maha 2014.


Apa yang anda fikir?

Mmmmm patutpun barisan menteri suka buat lawak tak jejak bumi, rupanya PM kita suka berjenaka rupanya. Yaaaaalah, kami insaflah, kami ni marhaen je. Hanya mampu naik kapcai je pun. Jadi takat petrol naik sepuluh sen tu, kesannya tak adapun kami rasa. Dulu isi petrol RM5, bila naik sepuluh sen, kami isi je lah kapcai kami tu RM5.10. kan kan kan.

Entah apalah jadinya dengan negaraku nan terchenta ni. Di gelar pakar pun macam tak berapa nak boleh pakai pulak nasihatnya;


Yaaaa katanya tak payahlah balik beraya di kampung kalau nak berjimat cermat. Tak perlu bayar tol yang juga dah naik tu. Selamat poket. Dok je dendiam kat sini, biarkan ajelah mak bapak kita yang dah tua renta tu raya sensorang kat kampung sana. Mmmmm gamaknya CGPA dia setanding tak 3.85 seperti menteri yang suka masak nasi goreng hias timun potong dalam kuali tu? 



Mmmmm patutpun musim raya penuh aje hotel, rupanya sebab anak-anak rantau balik kampung. Mmmmm kalau aku yang pergi dok hotel masa balik kampung, sah-sah kena halau. Balik berkerja yang disediakan hotel pun aku balik tidur kat rumah, tak ada kerja nak pergi cari hotel masa balik raya hu hu hu hunak makan belakang kapak silalah buat huhuhuhu

Barulah aku sedar sebenarnya sangat susah nak hasilkan lepasan u yang kreatif dan berketerampilan. Rupanya, ramai juga orang cerdik pandai di Malaysia ni yang kecerdikan mereka sangat terserlah bila bercakap. Mmmmm, aku nak kena bina azam baru ni, kurangkan bercakap supaya orang ramai tak tahu CGPA yang aku dapat tu lebih rendah dari 3.85.

Jumaat, 3 Julai 2015

Mak Dulu Ke Ayah Dulu?

Hu hu huhu cer mengaku. Kalian pernah buat tak macam ni?

Fear of Mom vs Dad versi si hensem Shahveer Jafry



Hu hu huhu memang satu dunia kot berlaku. Ingatkan aku je yang cenggini. Bila mak panggil, mak suruh buat apa-apa, macam-macam alasan kita. Bertangguh-tangguh. Asyik tunggu sekejab je. Asyik “lepas ni buatlah”.

Tapi...bila ayah yang suruh...macam tak cukup tanah berlari huh u huhu. Video ni pun sama juga tetapi versi orang berbeza.

Mak vs ayah suruh versi Zail Ali



Padahal, kalau diikutkan, patutnya panggilan mak perlu kita utamakan banding ayah.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).]

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Termalu sendiri lah.