Perdana Menteri Malaysia yang sangat dicintai ramai itu mengumumkan Pembentangan Bajet 2016 akan diadakan pada 23 Oktober 2015, ketika berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2016 di Putrajaya.
Ramai yang dok tunggu ucapan
Bajet 2016, aku pun! Banyak perkara rakyat nak tahu tentang
belanjawan 2016 selepas pelaksanaan GST. Paling tidak, aku nak juga tahu apa yang nak dibuat dengan kutipan gst sepanjang tahun ni. Tak kan nak
bina hospital sebijik di Bangi tak mampu. Katanya kutipan 44 juta sehari….kumpul hasil gst sehari pun dan boleh bina hospital kan kan kan. Dah hilang daya upaya dah aku nak terkejar ke Hospital Serdang subuh-subuh lagi untuk dapatkan rawatan. Nak ambil nombor sahaja pun dah kena tawaf 3 pusingan, tunggu daftar diri di bahagian pesakit luar pulak sekurang-kurangnya sejam. Kalau nasib baik bolehlah duduk. Biasanya nasib tak pernah baik. Tak kan mata sanggup tengok pakcik makcik berdiri sedangkan aku yang adakalanya dipanggil jugak makcik ini boleh duduk bersenang lenang tanpa rasa bersalah. Ingat aku ni macam
Adlin Aman Ramli yang pura-pura tidur sebab nak duduk dalam iklan LRT tu ke?
Kalau dibina hospital baru di Bangi, hendaknya orang yang buat plan hospital tu kenalah ada pengetahuan sikit tentang reka bentuk hospital. Bukan main taram nak jimatkan kos semata. Ruang pendaftaran tu biarlah bagi luas saujana memandang. Maklumlah manusia di Malaysia ni dah makin bertambah ramai yang sakit. Itu baru sakit fizikal, bukan sakit mental lagi. Jadinya, ruang menunggu, ruang daftar, ruang ambil ubat perlulah luas dan banyak kerusi. Namapun kawasan untuk orang sakit. Makanya, memang ramailah yang tak larat nak berdiri lama.
Pembentangan Bajet 2016 juga sangat dinantikan kerana penjawat awam yang bernaung di bawah
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ternanti-nanti kalau-kalau raya tahun ni mereka dapat bonus. Manalah tahu kan, bila dah
kutip GST yang perlu dibayar oleh semua orang tu termasuk makcik Kiah dan pakcik mamat yang toreh getah di ulu banat sana, makanya, mampulah kerajaan Malaysia bagi kami
penjawat awam ni bonus raya setengah tahun gaji. Kutipan gst kan banyak….mesti mampu punya huh uhuhuhu hihhhh! Sila jangan gelak, boleh tak???
Pada tahun ini CEUPACS menuntut gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan, berbanding RM900 sebelum ni. Yaaaa lah, dari dok bayar pembantu rumah Indonesia tu RM1200 sebulan walaupun masak guna rice cooker pun tak pandai, gosok baju berlobang, basuh berak anak pun guna kaki, baiklah bagi kenaikan gaji kepada penjawat awam dulu. Barulah namanya beruk dihutan dikasi penyepak, anak dibuaian diberi madu. Haaaaaa baru cerdik namanya walaupun CGPA aku tak adalah cecah 3.85.
Selain itu,
Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini. Tang mana nak jumpa rumah sewa RM180 sebulan pun aku tak tau. Kalau area Bangi ni, bilik air pun tak dapat kot huhuhuhu jumpa sewa bilik RM500 pun dah untung di Bangi ni. Bilik yaaa, bukan rumah. Maaflah, aku dah tak terlibat dengan aktiviti sewa menyewa bilik ni. Pening kepala dengan
perangai anak dara zaman sekarang. Yaa lah, susah nak kendalikan
anak dara yang ada lelaki budiman ni...mmmm jeleslah tu kan hew hew hew!!!
Semua kenaikan tersebut sangat perlu kerana pendapatan isi rumah perlu seimbang dengan gaji Perdana Menteri kita yang terchenta tu. Menurut kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun. Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan. Jadi, aku bercita-cita untuk memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM25 ribu sahaja sebulan. Kata RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!