Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah Batalkan Dialog Nothing2Hide

Pagi tadi, 7.17 pagi Sabah bergegar dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat berlaku di Sabah. Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi melanda Sabah itu melanda kedudukan 16 kilometer di sebelah barat laut dari Ranau, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi yang berlaku itu pada 6 skala Richter.

Gegaran gempa bumi turut dirasai di utara Kudat dan daerah Kota Marudu sehingga di selatan Beaufort, dapat dirasai dalam bangunan mendorong orang ramai keluar dari rumah, kedai dan juga di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut bergegar.

Aku ada terima beberapa keping gambar kerosakan akibat gempa bumi di Sabah di grup whatsapp tetapi aku tak pasti betul ke tak gambar tu, jadinya…tak adalah aku tampal kat sini.

Malaysia memang tidak berada di lingkaran api pasifik, boleh dikatakan jarang berlaku bencana alam. Kita perlu syukuri itu. Bencana alam pun berlaku dalam aras yang sangat kecil berbanding tempat lain yang dilanda macam-macam bala bencana. Di Negara kita ni, banjir sikit macam di Manik Urai tu pun tak terhadapi, tsunami secoet di Kedah dan Penang pada 2004 pun payah nak tangani apalagi kalau saban bulan dilanda gempa dibadai rebut taufan. Kemampuan kita terbatas nak tanganinya banding Jepun, sebab itulah kot Allah bagi kita aman damai. Bersyukurlah.

Mungkin sebab Sabah dilanda gempa bumi KOT makanya dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO), Nothing2Hide yang sepatutnya berlangsung pagi tadi dibatalkan. Khabarnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan dialog Nothing2Hide tersebut dibatalkan. Tengok, perdana menteri kita sangat prihatin tau!!! Beruntung orang Sabah! Demi Sabah disayangi, PM batalkan acara tu...hebat tak PM kita?

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan NGO, penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mmmmmmm aku sebenarnya kesian dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi antara tetamu kehormat, tiba awal di lokasi iaitu pada pukul 8.58 pagi. Tun dah lanjut usia, kesian dia kena tempuh jem dalam acara yang dibatalkan minit terakhir kerana pembatalan tersebut di umumkan di twitter Ketua Polis Negara di @KBAB51 "Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan” kira-kira pukul 8.53 pagi, iaitu lima minit sebelum Tun sampai. Bila Dialog Nothing2Hide dibatalkan, akan lebih banyak isu panas timbul. 

Jom pekena cendol bawah pokok! Kita kurangkan suhu panas ini tengahari huhuhuhu 


Khamis, 4 Jun 2015

Hantu Selfie

Hu hu huh u bagi sesiapa yang suka selfie silalah semak gambar-gambar selfie anda, manalah tahu terdapat penampakan ikut sama selfie bersama anda. Jom kita tonton kehadiran penampakan misteri hantu yang terdapat dalam gambar-gambar selfie;



Mmmmm sebenarnya, tak adalah nak heran sangat kalau Nampak dalam gambar selfie guna kamera telefon lebih-lebih lagi bila ambil gambar malam. Ya lah, kalau guna telefon cap ayam macam aku ni….selalu sahaja jadi macam-macam gambar ada, lebih-lebih lagi bila ambil gambar anak buah aku yang cergas bak johan tu. Mana reti duduk diam. Kamera belum sempat rakam gambar lagi, dia dah lari pi tempat lain.

Kalau guna kamera canggih manggih tu aku tak reti nak komenlah sebab kamera aku pun cap ayam juga huhuhuhu 

Cer gi check gambar-gambar selfie kalian, ada nampak kehadiran penampakan hantu selfie tak? 

Rabu, 3 Jun 2015

Model Arang Gok


Selasa, 2 Jun 2015

Cekodok Biskut Air Banjir

Masih ingat tentang bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama? Inilah antara kisahnya. Jika anda prihatin dan mempunyai niat untuk menyumbang, bolehlah sertai Kayuhan Sejuta Kasih.
dah 6 bulan pasca bah kuning, mereka masih begini...

Pernah makan cekodok? Mmmmm istilah lain adalah jemput-jemput. Itu makanan kegemaran aku huhuhuhu tetiba rindu pulak lama tak makan.

Pernah makan cekodok biskut?

Aku tak pernah makan. Entah macam manalah rasanya. Lagilah tak pernah makan cekodok biskut air banjir.

Cekodok biskut air banjir? Ya…cekodok yang diperbuat daripada biskut dan digunakan air banjir untuk rendam lembutkan biskut tu. Itulah pengalaman yang dilalui oleh mangsa banjir di Manik Urai Lama ketika bah @ banjir kuning 2014 lepas.

Ketika petempatan banjir mereka di SK Manik Urai Lama mula mendapat bantuan, mereka menerima beberapa kotak biskut sahaja sedangkan beratus orang berada di petempatan banjir tersebut. Itu bantuan pertama yang diturunkan dari helicopter penyelamat. Nama pun bantuan pertama, tak kan nak bawak beras bagai. Yang utama, mereka ditemui oleh pasukan penyelamat.

Mereka sudah tiga hari berada di petempatan banjir ketika itu, bekalan makanan memang dah habis. Sebelum itu, ketika air belum lagi hampiri aras dua bagunan sekolah, ada juga dikalangan mereka kembali ke rumah yang sudah tenggelam, menyelam masuk ke dalam rumah dan mengambil apa-apa barang makanan yang ada untuk dimakan bersama-sama.

Bila dapat bantuan biskut, mereka menggunakan inisiatif sendiri agar bantuan seciput itu boleh dirasai oleh semua orang. Akhirnya, sepakat buat cekodok. Rendam semua biskut dalam air banjir @ bah kuning (kerana kehabisan air bersih). Mereka juga terpaksa minum air banjir ketika itu.

“Macam mana nak goreng? Ada peralatan?” Tanya aku sebab rasa macam tak logik pulak menu sebegitu yang mereka buat.

Setiap tahun SK Manik Urai Lama memang jadi pusat petempatan mangsa banjir. Semua barang keperluan memang ada di sekolah tu. Mereka yang berpindah pula buat macam biasa…pergi ke pusat pemindahan banjir hanya bawa dokumen penting sahaja tanpa bawa bekalan makanan seperti beras sebagainya kerana setiap tahun memang akan ada peruntukan makanan seperti beras, sardin dan sebagainya. Namun, bila bekalan tak kunjung tiba kerana terputus jalan perhubungan, ada dikalangan mereka yang balik semula ke rumah masing-masing dan bawakan apa-apa barang makanan yang dah tenggelam itu. Jadi, masaklah mereka beras yang dimasak dengan air banjir.
biasanya banjir hanya sampai ke pintu pagar sekolah sahaja. kali ini hampir cecah aras 2 bangunan sekolah

Bila Nampak ada nasi, masing-masing gembira. Namun bila dah makan, nasi yang gunakan air banjir tak mampu ditelan. Tapi, akhirnya, mereka kena telan juga walaupun cekodok biskut air banjir. 

Aku Tanya, “rasanya macam mana?”

Cikgu XXX hanya ketawa sambal menyambung “kalau nak tahu rasanya…cubalah sendiri. Memang tak tertelan. Tapi, kena telan”

Bah @ banjir kuning di Manik Urai Lama masih menyimpan banyak cerita. Banyak yang tak tercapai dek akal kita, namun itulah hakikat kejadiannya. Dan mereka, tetap mensyukuri segala apa yang berlaku seperti kata Mak Wan “sepanjang kampong tenggelam tak Nampak apa tu…tak ada seorang pun yang mati. Allah maha besar…bayangkan kalau berlaku kematian, ya Allah macam mana kita nak uruskannya,”

Pernyataan Mak Wan ini menepis viral yang mengatakan berlaku kematian beratus orang di Manik Urai Lama. Kata Mak Wan, selepas banjir surut baru berlaku kematian, hanya kematian biasa. Sebab uzur, sebab sakit. Bukan sebab dibawa arus banjir.

Isnin, 1 Jun 2015

Sebab Gagal Diet

Tiap kali perju jumpa doctor untuk rawatan, sah kena bebel sebab badan makin lama makin berat. Tulang belakang dah tak daya dah nak kendong berat berlebihan ni. Mmmmmmm macamlah gemok benar aku ni, walaupun memang tergolong dalam gemuklah juga huh u huhu tapi, ada orang tu kata, berat ginilah seksi!!!

Wow, tak leh blahhh!!!!
menu diet atkin katanya....

Jadinya aku gigih semula diet. Namun cabarannya sangat tinggi. Berikut adalah beberapa sebab mengapa diet aku gagal. Tak cun. Tak memberangsangkan seperti orang lain.

1. Tak bersenam

Aku hanya mampu amalkan masuk kolam dan berenang dua tiga cepuk. Lebih banyaknya buat hidroterapi. Nak berenang lasak pun tak boleh, yang tak lasak pun dok beringat. Kalau salah teknik, boleh terukkan lagi tulang belakang. Mmmmmm dah OKU katakan, gitulah.Mana nak terbakooonya lemak kalau takat tu kata. Minggu lepas, seorang doktor hensem kata, aku boleh amalkan berjalan di taman. Tapi minggu lepas juga aku hampir tergoleh di tempat letak kereta tak berturap sebab tak rata. Sebutir batu kecil pun boleh bagi ancaman yang besar kalau aku salah pijak. Bila dah tergolek, makanya menempah bahayalah tu.

2. Kopi

Hanya mampu tak jamah kopi untuk 2 minggu sahaja. Masuk minggu ke tiga, aroma kopi tu dah menghantui tidur dan jagaku. Alahai…kepala asyik dok terkenangkan gila bayang kat kopi aje. Begitu rupanya ya bila gila talak.

Akhirnya, ohhhhhhh aku tak mampu menahan diri juga walaupun sepanjang hari dok pulun minum air puteh, akhirnya terpedaya. Sekarang ni aku dah tak beli apa-apa kafein simpan kat rumah. Maklumlah, selepas diperkenalkan gst ni…harganya kemain melambung lagi. Jadi, aku hanya habiskan saki baki mana yang ada aje lah.

Jika kalian singgah rumah, usah kecik hati ya kalau aku hanya hidangkan air kosong je huhuhuhuhu kesiannya tetamu!!!!


3. Tipu diri sendiri

Tak ada niatpun nak tipu tapi…dalam kepala dok pertahankan diri bahawa “alaaa …sikit je, tak kan tak boleh”. Mmmmmmm itulah jadinya. Setiap kali jumpa makanan kegemaran, selalu sahaja tipu diri sendiri bahawa itu tidak apa-apa…kan boleh diet lagi esok. Ambil hari ni je. Esok pun masih kata “ambil hari ni je”. 

asal nak diet je dok terkenangkan...dah lama tak buat cik mek molek ni
Akhirnya, bertahun-tahun dok guna alasan yang sama. Berat badan tak turun, malah bertambah naik adalah. Akhirnya, salahkan jenama diet. Salahkan atkin yang tak berkesan. Salahkan Shaklee yang tak kurangkan berat blab la bla. Pendek kata, diri sendiri tak pernah salah!

pantang aku paling besar huhuhuhuhu


4. Jaga hati orang
Bila niatkan nak diet, hati kena istiQamah. Pendirian kena tetap. Tak boleh sekejab diet sekejab terburai diet. Boleh pulak esoknya tu sambung balik.
sangatlah rugi kalau dibiarkan sahaja hidangan ini...

Masalahnya, ketika kita tengah diet itulah betapa ramainya orang keliling kita nak berbuat baik. Nak belanja Pizzalah, ajak pergi makan Secret Recipe lah, masak sedap-sedap bagi sebekas besarlah. Yang aku hairannya, sebelum aku diet hari tu, tak adalah pulak orang nak belanja hari-hari. Kalau tak, selamat duit aku hu huhu
Diet atkinlah sangat kan?

Ada masa, pertemuan urusan kerja pun dibuat di tempat makan, kononnya sambal makan tengahari, sambal sarapan. Dan makan itu pula bukannya tempat yang biasa-biasa, melainkan tempat-tempat yang boleh menggugat iman pulak tu. Mana boleh aku tolak bagi tahu diet kalau kat depan tu ada gulai kawah, ada ikan bakar segala. Boleh tak makan? Tahan hati ke kata diet?

Adoiiii, dugaan!!!



5. Orang keliling

Orang kata, buat apa nak hiraukan apa orang keliling kata. Memang betullah tu. Tapi, hati ni selembut tisu. Kerapkalinya orang keliling ni bila tahu kita tengah diet, bukannya nak menyokong sangat. Macam kawan aku sentiasa berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, andainya tidak mampu kuruskanku, maka…gemukkan kawan-kawanku”. Yaaaa itu jenaka namun, sangat mengerikan maksudnya.
Dah jumpa nasi kerabu super sedap gini, rugilah hanya tengok huhuhuhuhu

Bukan semua orang prihatin dengan keperluan untuk aku kuruskan badan. Katanya, aku bukanlah gemuk sangat walaupun hakikatnya BMI aku dah berada pada garisan Obes. Dah lah nak lari bakar lemak tak boleh, mmmmm cemana nak buatpun tak tau huh uhuhu

Masa muda dahulu, tak risau pun bila berat badan naik takat 10 kg tu. Dalam masa 2 minggu aku mampu kembali ke berat asal dengan diet yang tak adalah ketat mana. Sekarang ni, bila dah tua kerepot…mmmmm diet gila-gila pun beratnya turun dua tiga kilo sahaja, kemudian naik kembali berkilo-kilo. Adoiiii laaaa!!!

Semoga aku kembali tabah minggu ini dan minggu hadapan. mmmmm cara paling mudah nak ubati hati sendiri bila diet gagal, silalah salahkan orang lain!!