Dah lama tak mewayangkan diri kan? Serabut otak dok mengadap buku sampai naik rabun biji mata. Ada kala kena juga ubatkan jiwa dengan kisah cinta yang manis. Nak bercinta kan tadak sapa nak opssssss!!!
OFFICIAL TRAILER - MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
Manisnya Cinta Di Cappadocia adalah buah tangan kelima Bernard Chauly, mula ditayangkan mulai 11 Disember 2014. Filem terbitan Global Station, Astro Shaw dan Red Films ini dikategorikan sebagai filem romantik komedi, diadaptasi novel Alaf 21, Anis Ayuni.
MANISNYA CINTA - OST Manisnya Cinta Di Cappadocia
Dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein, Ogy dll. Fazura bawakan watak utama sebagai Ifti Liyana, watak Nazmi dilakonkan Shaheizy Sam, manakala watak radio karat (Izelea) yang jadi adik Fazura dilakonkan Lisa Surihani.
lakonannya satu scene je...tapi kelakor aku nengokkan kepalanya itu huhuhuhuhu
Silalah cari sendiri kalau nak tahu sinopsis MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA, tetapi filem ini mempunyai banyak perisa; lucu dan lawak, serius, sedih. Sesiapa nak cuci mata tanpa kena tegur tu bolehlah tengok filem ni…nak ketawa terbahak-bahak pun boleh, nak rasa sweet malu-malu tucing pun bolehhhh, semuanya ada! Tak percaya? Cuba saksikan bagaimana Nazmi ajak Ifti keluar makan tengahari;
Scene manis dalam filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
Sweet tak? Malu-malu kucing tak? Kalau nak gelak ketawa, boleh tengok scene Nazmi dan Ifti dating kali pertama…dahlah kereta tak ada ekon, mati tepi jalan pulak tu huh uhuhuhu betul-betul Nampak macam pemandu bas yang sengkek hu huhuhu
entah kenapa aku nampak shahizey Sam gatai la pulak dalam pilem ni...orang lain kata romantik huhuhuh
Kalau tengok gambar-gambar comel Fazura dan Lisa Surihani bertudung dalam acara pernikahan di masjid besi Putrajaya, memang manis sesangat. Tapi scene tu kelakar sebenarnya hu huh u hu;
manis je Fazura dan Lisa Surihani bila bertudung kan...
Yang aku nak adalah sinematografinya. Itu yang utama bagi aku sebab Turki memang indah. Namun, sama seperti Instanbul Aku Datang, apa yang aku harapkan tak dapat 100 peratus. Namun, aku faham kekangan adaptasi karya dari teks ke skrip seterusnya ke layar. Hanya, aku harapkan lebih dari itu. Sebabnya mudah sahaja: Turki sangat cantik. Belum sepenuhnya keunikan dan kecantikan Turki diterjemahkan dalam karya pendek ini.
Ikut novel, latar tempat bukan di Cappadocia, Turki sebaliknya Mesir. Tapi atas beberapa sebab, pihak produksi memilih untuk menjalani penggambaran di Cappadocia dan Anatolia, lebih-lebih lagi Turkish Tourism memberi kerjasama erat dalam memudahkan penggambaran di sana.
Jangan Tanya tahap kepuasan aku tentang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ni sebab apa yang aku harapkan itu berbeza dari orang lain. Namun, jika anda menginginkan satu filem cinta yang manis, bolehlah jenguk di pawagam berhampiran.
Ambo mengharapkan Cappadocia yang seindah ini dalam filem comel ni;
Apa nak buat, aya yang aku harapkan biasanya TERlebih dari apa yang orang mampu berikan. Makanya, kechiwa lah jua adanya. Mmmmm tengok ajelah si manis Fazura ni je kot;
Errrr entri ni tak berbayar, tiket pun aku tak bayar. Cik Bintang yang bayar la la la ada sesapa lagi nak belanja tengok filem Hobbit tak? Hu huhuhuhu tengah teruja ni ;)
Biasa aku jumpa cara ucapkan terima kasih kepada pemandu kenderean berat yang bagi laluan selamat untuk kita memotong di jalan berliku dengan cara hon dua kali. Itu namanya terima kasih, abam lori.
Hari ni baru aku tahu cara orang Jepun ucap terima kasih kepada kenderaan belakang yang beri laluan kepada mereka menyelit, iaitu dengan menyalakan lampu kecemasan sebanyak dua kali. Wahhhhhh, bagus jugak kalau diamalkan di Malaysia;
Gitulah sopan santun di jalan raya namanya. Budi bahasa di jalan raya namanya. Ya dak? Mmmmmm tapi untuk kaki buli tu, ada dia heran ke semua benda ni?
Dari dok meraban teruja I Want To Touch Dog, baiklah buat program I Want To Touch Bugs Bunny;
Iklan yang sangat manis. Dah lama aku jumpa iklan ni, dah lama juga simpan dalam draf tak sempat publish huh u huhu tengoklah betapa caca marbanya hidup aku hinggakan nak publish pun tak sempat la la la silalah kagum dengan alasan tu!
Pertama kali main dengan arnab…comeynya dia!
Cantik kan? Comeykan budak tu? Nampak tak dia begitu teruja pegang arnab tu?
Kalau kuih talam, memang
sedap dimakan. Kalau talam nekar atau lebih dikenali sebagai dulang, boleh juga
diguna pakai. Tapi, kalau dah talam dua muka, apapun tak boleh!!!!
Aku memang tak
bolehlah dengan orang yang bersifat talam dua muka ni. Depan kita lain,
belakang kita dah tentulah lain benar. Kalau tahu ada orang jenis talam dua
muka begini, aku memang akan elak diri. Tapi, biasanya….orang jenis talam dua
muka ni tak akan puas hati. Tak boleh kawan dengan kita, dia akan sebarkan
cerita macam-macam tentang kita yang selalunya memang dah sah-sah tak betul.
Aku pernah pun buang
ramai kawan. Jadinya, takat seorang dua lagi untuk dibuang, apa ada hal. Bukan
nak kata bongkak boleh hidup tanpa kawan, tapi dari dok berkawan dengan talam,
baiklah aku tak ada kawan. Boleh jugak makan kuih talam sensorang tanpa kongsi
dengan sesiapa. Ya dak?
Kepada si talam dua
muka tu, tak payahlah sebarkan fitnah anda sebab anda akan jumpa jugak aku kat
Padang Mahsyar untuk mintak maaf kan? Lagi baik hang pi cari kawan lain yang
sama spesies dengan kuih talam.
Aku layan hang dengan
baik, sapa suruh pi jadi kuih talam. Errrr kuih talam boleh makan…salah tu,
sapa suruh jadi talam bermuka dua. Bukan boleh jual pun. Tak takut ke kena
sambar api neraka dok fitnah aku?
Untunglah di dunia ni
aku buat bodoh je dengan semua yang cik kak buat tu, tapi bila aku diam bukan
bermakna aku seronok orang dok jaja fitnah. Biarpun aku tak harapkan kebaikan
yang aku buat dibalas oleh orang itu, tapi…janganlah jadi bangsat sangat hingga
madu yang diberi dibalas racun. Itu kurang ajar namanya!