Rabu, 17 Disember 2014

Anak Comel Teruja Pegang Arnab

Dari dok meraban teruja I Want To Touch Dog, baiklah buat program I Want To Touch Bugs Bunny;


Iklan yang sangat manis. Dah lama aku jumpa iklan ni, dah lama juga simpan dalam draf tak sempat publish huh u huhu tengoklah betapa caca marbanya hidup aku hinggakan nak publish pun tak sempat la la la silalah kagum dengan alasan tu!

Pertama kali main dengan arnab…comeynya dia!



Cantik kan? Comeykan budak tu? Nampak tak dia begitu teruja pegang arnab tu?

Selasa, 16 Disember 2014

Kuih Talam Sedap Dimakan



Kalau kuih talam, memang sedap dimakan. Kalau talam nekar atau lebih dikenali sebagai dulang, boleh juga diguna pakai. Tapi, kalau dah talam dua muka, apapun tak boleh!!!!

Aku memang tak bolehlah dengan orang yang bersifat talam dua muka ni. Depan kita lain, belakang kita dah tentulah lain benar. Kalau tahu ada orang jenis talam dua muka begini, aku memang akan elak diri. Tapi, biasanya….orang jenis talam dua muka ni tak akan puas hati. Tak boleh kawan dengan kita, dia akan sebarkan cerita macam-macam tentang kita yang selalunya memang dah sah-sah tak betul.

Aku pernah pun buang ramai kawan. Jadinya, takat seorang dua lagi untuk dibuang, apa ada hal. Bukan nak kata bongkak boleh hidup tanpa kawan, tapi dari dok berkawan dengan talam, baiklah aku tak ada kawan. Boleh jugak makan kuih talam sensorang tanpa kongsi dengan sesiapa. Ya dak?

Kepada si talam dua muka tu, tak payahlah sebarkan fitnah anda sebab anda akan jumpa jugak aku kat Padang Mahsyar untuk mintak maaf kan? Lagi baik hang pi cari kawan lain yang sama spesies dengan kuih talam.

Aku layan hang dengan baik, sapa suruh pi jadi kuih talam. Errrr kuih talam boleh makan…salah tu, sapa suruh jadi talam bermuka dua. Bukan boleh jual pun. Tak takut ke kena sambar api neraka dok fitnah aku?

Untunglah di dunia ni aku buat bodoh je dengan semua yang cik kak buat tu, tapi bila aku diam bukan bermakna aku seronok orang dok jaja fitnah. Biarpun aku tak harapkan kebaikan yang aku buat dibalas oleh orang itu, tapi…janganlah jadi bangsat sangat hingga madu yang diberi dibalas racun. Itu kurang ajar namanya!

Jumaat, 5 Disember 2014

Bongkak Dengan Makanan

Bila makan secara buffet, selalu nampak tak sesetengah orang jenis punggah makanan penuh pinggan, cuit cuit dan kais kais sikit, kemudian tinggalkan dan pergi ambil makanan lain pulak. Pernah?

Aku memang hilang respek dengan orang perangai begini. Walaupun namanya buffet, ambillah takat nak makan. Jangan dok kebokbong (tamak) ambil semua banyak-banyak kemudian membazir. Kalau mampu habiskan, ambillah berapa banyak pun, aku tak kesah. Yang aku kesah adalah buang makanan. Buang rezeki.


Aku dah lama dok perati seorang rakan sekerja ni. Gitulah perangai dia. Bila acara buffet musim kena hadiri seminar, bengkel atau sewaktu dengannya, dia akan begitu. Punggah makanan sampai penuh meja. Kuis-kuis sikit sebanyak, kemudian ambil yang lain pula. Padahal yang ditinggalkan di pinggan itu, seorang makan pun boleh kenyang.



Kita mungkin mengetahui hukum hakam tentang banyak perkara, namun…kita barangkali terlupa untuk aplikasikannya dalam hidup.


Silalah jangan membazir. Janganlah buang makanan. Berapa ramai lagi manusia di muka bumi ini kekurangan makanan, sedang kita mentang-mentang dapat merasa buffet sekali sekala tu pun dah bongkak.

Bila berdepan dengan rezeki, biar tak sedap macam manapun, usahlah dihina. Kita tak pernah tahu bahagian makanan manakah yang benar-benar menjadi rizeki kita. Tiap kali nak rasa bongkak dengan makanan, aku akan selalu ingat kata-kata adik ipaQ aku yang hensem tu “Alhamdulillah, ni rezeki yang tertulis untuk kita,”

Fuhhhhhh!!! Bertuah tak aku dapat adik ipaQ sebegitu? Mmmmmm adik aku lagi bertuahlah kannnn!!!

Khamis, 4 Disember 2014

Nak Cantik Punya Pasal

Kalau masuk ke taman perumahan di Malaysia, memang sahlah tak boleh masuk. Balik kampung aku, lagi confirm tak merasa bergerak terjerumus dalam lopak banjir. Jadi perahu je lah nanti!

Nak cantik punya pasal, sanggup buat macam ni;



Kononnya jelitalah tu bila kereta rendah kan…macam kereta sport huhuhu huh u akhirnya bukan sahaja nyusahkan diri sendiri, orang lain pun susah!

Rabu, 3 Disember 2014

Pesan Anak kepada Ayah

Aku jumpa gambar ni tergantung di sebuah kedai makan di Nilai 3;

Itulah pesanan anak-anak kepada ayahnya yang merokok. Jadi, silalah jangan merokok depan anak. Jangan merokok terus lagi baik.