Hari tu
Cameron Higlands banjir lumpur dan berlaku tanah runtuh. Sekarang ni semua
PATI di Cameron Higlands lari sembunyi ke Lojing bila
Cameron Higlands kena gempur secara besar-besaran. Harapnya PATI hilang selamanya dari Cameron Higlands.
Sekarang, tanah runtuh di Genting Higlands pula. Errrr jalan nak pi Genting Highlands. Berita jam 8 malam tadi, Menteri kata tanah runtuh di Genting Higlands memberi imej buruk kepada pelancongan negara.
Mmmmmm aku tak nak komen banyak sangat bab menteri di Malaysia ni, tunggu aku jadi menteri dulu baru aku komen ya. Tak pepasal bacaan gula dalam darah aku meningkat mendadak pulak kang huhu hu huhu
Bila musim hujan, tanah memang lembut dan mudah runtuh. Bangunan yang keras tu pun boleh runtuh, apalah sangat takat tebing kan? Bab runtuhnya Cameron Higlands aku dah jangka pun akan berlaku semenjak zaman Cameron highlands masih dingin dan sejuk tahun 2000 nun…14 tahun lepas. Masa tu kami berada di puncak Equatorial gariskan apa yang patut dibuat di tempat indah tu dan serahkan kepada pak menteri untuk jadi panduan. Kononnya nak jadi penyelamat Cameron highlands. Akhirnya, Cameron highlands tetap runtuh sana sini juga. Tetap banjir lumpur juga sejak tahun lepas. Entah-entah dokumen yang kami serahkan dulu tu dah hanyut ke sungai sejak 14 tahun lepas lagi huhuhuhu
Bila kejadian tanah runtuh berlaku pula di Genting Higlands dan menimbus sebuah kereta peronda, aku tak terkata apa. Nak kata apa? Nak salahkan siapa?
Kejadian tanah runtuh Genting Highlands berlaku di Kilometer 4.2 tengah
malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam menyebabkan
laluan tiga lorong menuju ke pusat peranginan itu tertimbus dan tidak dapat
dilalui oleh kenderaan
Tanah runtuh itu menutupi jalan utama kira-kira empat kilometer menuju
sehingga puncak Genting Highlands. Hanya dua lorong dibuka kepada pengguna
untuk naik dan turun dengan dikawal polis bantuan Genting.
Seorang anggota polis bantuan Genting yang sedang membuat
tinjauan di kawasan terbabit sempat melarikan diri sebelum keretanya tertimbus
oleh tanah runtuh tersebut.
Komen lebih kang ada yang sentap pulak, tapi hakikatnya benda-benda pelik sentiasa sahaja berlaku. Sama macam ramai pak menteri sekarang ni…bila bercakap lupa nak rujuk buku PMR, tetiba jadi fonomena dan viral di media social. Mmmmm sekali kenang, sekali ingat cerita orang-orang dulu, macam berada di zaman penjajah pun ada. Pada zaman penjajah, rakyat tidak bebas bersuara. Salah cakap “potong keparaaaa!!!!”
Maka lahirlah karya-karya patriotic macam novel “Anak Mat Lela Gila”. Kalau tengokkan tajuknya, mmmmm mana ada nilai patriotic….cerita pasal anak mat lela yang gila huh uhu huh u tapi itulah hebatnya penulis zaman dahulu. Penulis zaman sekarang mana reti nak guna symbol dan lambing. Mana tahu guna semiotic. Redas kena buah butir terus atas batang hidup pun tak reti lagi. Mmmmm itulah bezanya ilmu mantik zaman dulu dan zaman sekarang.
Sebenarnya, aku nak tulis pasal tanah runtuh di Cameron Higlands. Tak tau pasai apa entri ni jadi lagu ni. Maaflah ya….dah dua hari aku tak sembang dengan orang, tak jumpa orang berkurung dalam gua gelap. Makanya, dah wenggg kepala otak!