Rabu, 10 September 2014

Kertas Soalan UPSR Sains Bocor

Kesian kat adik-adik kita yang dok teruja nak jawab exam cepat-cepat. Apa nak buat, soalan kertas Sains UPSR dah bocor, tangguh je lah peperiksaan UPSR.

Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 ditetapkan pada 30 September 2014. Siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut mula tersebar di media sosial.


Penumpang Memasak Dalam Kapal Terbang

Kau mampu????

Fuhhhhhh!!!! Nak runtuh jantung den bacanya...alahai, siapa punya idea lah ni:



Kejadian berlaku pada 1980 ya...dah jadi sejarah tu.

Selasa, 9 September 2014

Perkara Pertama Dibuat Bila Sampai Pejabat


Apa yang mula-mula kalian buat bila sampai di pejabat?

Mula-mula memanglah semua orang kalau boleh nak terbang dengan lajuuuuuuuu pergi log in (dulu-dulu punch kad kan). Lambat sesaat aje boleh beri perubahan yang besar tau ---> MERAH! Sapa nak kedatangan dia ada tanda warna merah kan?

Dah rakamkan waktu datang kerja, bolehlah lenggang lenggang kangkung ala mak inang buat tari selendang gitu. Kalau boleh nak buat gerak perlahan macam dalam filem kungfu cina tu. Biar lambat sampai ke meja sendiri huh u huhu

Lepas tu buat apa? Duduk di kerusi, buka komputer dannnnn? Ke pergi cari mug dulu, jerang air bagai dan bancuh neskepe? Ke keluar cari nasi lemak Pak Yoep?

Mmmmmm kalau aku, aku bungkus siap-siap dulu apa yang nak dikunyah isi tembolok tak kiralah jam berapa aku datang kerja. Log in bagi aku tak adalah penting sangat. Merah pun apa aku peduli huh u huhuhu macamlah ofis ni bapak aku yang punya!

Yang penting aku tak payah keluar banyak kali untuk isi tembolok. Kira sekali jalan sauk semua benda. Kalau boleh nak tapau sampai yang makan malam sekali. Tak payah banyak fikir dah.

Dah buka komputer, perkara pertama yang aku buat adalah baca email. Sekarang ni semua benda, arahan, kerja dan bla bla bla lebih cepat guna email. Tengah malam atau pagi-pagi buta pun boleh baca. Ada masa tak baca langsung hu huhuhuhu itu kalau masa aku tengah cutilah. Jangan harap aku nak buka email.

Lepas tu semak kalau ada perjumpaan, mesyuarat atau apa-apa yang perlu dihadiri untuk hari tu, kemudian baru buat kerja lain ikut tarikh mati.

Sebab aku bawak bekal tapaw dari mana-mana gerai yang ada, makanya aku lebih suka makan depan komputer sambil hadap kerja. Tak kiralah jam berapa makan pun sebab aku makan ikut kelaparan perut. Sangat tidak sihat untuk orang yang diet!

Dan komputer itu aku buka dengan berjuta-juta tetingkap tersedia antaranya ada FB, youtube, email, blog dan sentiasa mengeluarkan bunyi sama ada dari youtube atau radio online. Semua ni buatkan aku ralit dan seronok buat kerja sebab bila otak lenguh aku boleh dengar radio, youtube sekali sekala balas komen di FB dan sebagainya. Akhbar pun baca yang online sahaja.

Macam mana dengan kalian? Jangan tiru macam aku ya…Nampak benar anti sosialnya. Hadap je muka komputer yang tak adalah hensem sangat pun!


Isnin, 8 September 2014

Pelajar Malaysia Terperangkap Banjir Di India


Kementerian Luar mengesahkan seramai 29 pelajar Malaysia terperangkap dalam bencana banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India. Seramai 10 pelajar terperangkap di Pahalgam dan masih gagal dihubungi Konsulat Malaysia manakala, 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar ibu negeri Jammu dan Kashmir. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan daripada Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) dan juga pelajar persendirian.

Hujan lebat dan banjir di kedua-dua negeri itu menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain. Pada masa ni, pelajar-pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi melalui Facebook kerana terdapat gangguan terhadap sistem komunikasi dan perhubungan.

Kelebihan pelajar yang merantau jauh sebegini adalah lebih berdikari. Pelajar Malaysia di luar negara khususnya perlu sentiasa berhubung dengan pejabat Kedutaan Malaysia di negara masing-masing dan sentiasa melaporkan pergerakan mereka bagi memudahkan JPA atau penaja mengetahui status mereka.

Orang yang sedang menuntut ilmu itu umpama pejuang agama Allah. Semoga mereka sentiasa dilindungiNya dan dirahmati setiap masa.

Rabu, 3 September 2014

Wayang Pacak

Kalau zaman dulu, orang pakat tengok wayang pacak di padang sekolah. Jom kita nengok wayang kat blog ni ;)

Sergeant Hassan 1955 English Subtitle Full Movie




Mengenang kembali jasa perwira tanahair, terkenang diri sendiri yang entah berapa titik peluh sahaja tumpah ke tanah merdeka ini meneruskan perjuangan mereka. Sedangkan mereka, tumpahkan darah dan gadaikan nyawa demi kemerdekaan tanahair.

Kecilnya diri!