Memaparkan catatan dengan label pelajar malaysia terperangkap banjir di India. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelajar malaysia terperangkap banjir di India. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014

Pelajar Malaysia Terperangkap Banjir Di India


Kementerian Luar mengesahkan seramai 29 pelajar Malaysia terperangkap dalam bencana banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India. Seramai 10 pelajar terperangkap di Pahalgam dan masih gagal dihubungi Konsulat Malaysia manakala, 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar ibu negeri Jammu dan Kashmir. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan daripada Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) dan juga pelajar persendirian.

Hujan lebat dan banjir di kedua-dua negeri itu menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain. Pada masa ni, pelajar-pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi melalui Facebook kerana terdapat gangguan terhadap sistem komunikasi dan perhubungan.

Kelebihan pelajar yang merantau jauh sebegini adalah lebih berdikari. Pelajar Malaysia di luar negara khususnya perlu sentiasa berhubung dengan pejabat Kedutaan Malaysia di negara masing-masing dan sentiasa melaporkan pergerakan mereka bagi memudahkan JPA atau penaja mengetahui status mereka.

Orang yang sedang menuntut ilmu itu umpama pejuang agama Allah. Semoga mereka sentiasa dilindungiNya dan dirahmati setiap masa.