Isnin, 8 September 2014

Pelajar Malaysia Terperangkap Banjir Di India


Kementerian Luar mengesahkan seramai 29 pelajar Malaysia terperangkap dalam bencana banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India. Seramai 10 pelajar terperangkap di Pahalgam dan masih gagal dihubungi Konsulat Malaysia manakala, 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar ibu negeri Jammu dan Kashmir. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan daripada Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) dan juga pelajar persendirian.

Hujan lebat dan banjir di kedua-dua negeri itu menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain. Pada masa ni, pelajar-pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi melalui Facebook kerana terdapat gangguan terhadap sistem komunikasi dan perhubungan.

Kelebihan pelajar yang merantau jauh sebegini adalah lebih berdikari. Pelajar Malaysia di luar negara khususnya perlu sentiasa berhubung dengan pejabat Kedutaan Malaysia di negara masing-masing dan sentiasa melaporkan pergerakan mereka bagi memudahkan JPA atau penaja mengetahui status mereka.

Orang yang sedang menuntut ilmu itu umpama pejuang agama Allah. Semoga mereka sentiasa dilindungiNya dan dirahmati setiap masa.

Rabu, 3 September 2014

Wayang Pacak

Kalau zaman dulu, orang pakat tengok wayang pacak di padang sekolah. Jom kita nengok wayang kat blog ni ;)

Sergeant Hassan 1955 English Subtitle Full Movie




Mengenang kembali jasa perwira tanahair, terkenang diri sendiri yang entah berapa titik peluh sahaja tumpah ke tanah merdeka ini meneruskan perjuangan mereka. Sedangkan mereka, tumpahkan darah dan gadaikan nyawa demi kemerdekaan tanahair.

Kecilnya diri!

Selasa, 2 September 2014

Detik-detik Malaya Merdeka


Suasana Malaya sebelum menyambut kemerdekaan hingga akhirnya bergema laungan kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 ~ Malaya's Independent August 31st 1957 ~ MERDEKA!



Alangkah indahnya suasana pada hari tersebut!

Inilah yang diabadikan dalam iklan PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: #AWalkThroughTime




Jauhnya perjalanan kita. Di dunia nyata begitukah?

Maka, akhirnya...Inilah Malaysia;



Jom sama-sama kita jaga Negara yang bertuah ini. Selamat Hari Malaysia...Selamat Hari Kemerdekaan!

Isnin, 1 September 2014

Moshi Moshi, Jom Makan Sushi!

Aku pernah tulis cerita gemulah Tok Ayah tentang pendudukan Jepun; Jepun kayuh basikal. Pengalaman arwah sendiri.Tentang hantu Jepun tampar imam muda pun pernah tulis juga. Itu kalau rasa nak baca kisah misterilah. Kisah hantu semasa di asrama dulu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada Feb 1942, Majalah 3 pernah paparkan tentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Lebih kepada Pulau Pinang;



Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Feb 1942, Satu dokumentari diterbitkan oleh channel H



Kita menoleh ke belakang bukannya untuk meratap tangis, namun jadikan semua kisah itu sebagai pengajaran yang tidak akan berulang lagi. Merdeka itu bukan sahaja laungan ketika kibarkan bendera, penghayatannya lebih kepada bagaimana cara kita berusaha untuk kekalkan keamanan di Negara terchenta ini. 


Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Merdeka Satu Malaysia


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan, moga kemerdekaan ini akan terjaga sepanjang masa. Jom kita dengar lagu klasik tentang merdeka;

Malaya Merdeka oleh Dato Zainal Alam



Cuba bezakan dengan yang ni pulak, mana lebih menarik?

Malaya Merdeka oleh Zahara Agus



comey tak lagu sambut kemerdekaan ni? Hu hu hu hu payah dah nak dengar ni....