Rabu, 23 Julai 2014

Senarai Harga Barang Kawalan Musim Perayaan


Dah musim nak balik kampong. Biasanya sebelum balik kampong aku akan beli semua keperluan yang diperlukan dan angkut balik kampong. Nampak macam menyusahkan, tapi bila dah balik nanti, tak banyak barang dah nak kena cari lagi. Musim raya, semua tempat jem. Malas nak redah semua tu.

Pagi ni aku ke UM jumpa penyelia hensem tu, petang baru boleh memborong barang sedikit sebanyak. Separuh dah kirim melalui adik yang balik hari minggu lepas, jadi dah tak banyak barang lagi perlu beli.

Sebelum beli, kenalah semak harga kawalan musim perayaan 2014. Baru boleh bandingkan harga dan beli barang mana yang sesuai. Musim perayaan macam ni memang banyak duit nak pakai, kenalah berbelanja dengan berhemat.

Senarai harga barang kawalan pada hari raya Aidilfitri 2014. Pihak KPDNKK telah menetapkan harga barang runcit dan borong bagi 17 barangan keperluan sepanjang Aidilfitri nanti, berkuatkuasa mulai 20 Julai sehingga 5 Ogos 2014. Para peniaga dan pemborong yang gagal mematuhi harga kawalan akan dikenakan tindakan tegas.


Senarai Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2014



Selain senarai di atas, kena juga beli barang keperluas asas seperti gula dan minyak masak. Kat mana ya ada tawarkan banyak diskaun? Nak pergi serbu ni…boleh jimat sedikit sebanyak pun dah ok. Kalau boleh, nak lah berjimat tanpa jejaskan keceriaan musim perayaan.

Selasa, 22 Julai 2014

Membeli Tak Semestinya Hadap Nak Makan Pun


Balik dari ambik kek dari Kak Nor dalam kejadian kereta mati tengah jalan itu, azan zohor dah berkumandang lebih kurang 10 minit. Semasa melintasi surau Sungai Ramal Luar, jelas benar ahli surau sedang solat zohor berjemaah yang dah sampai ke hujungnya.

Melewati jalan sempit itu aku Nampak seorang wanita sedang tolak kereta sorong. Ya kereta sorong yang digunakan kawasan pembinaan itu. Isinya disusun bermacam peralatan hingga kereta sorong itu tak Nampak lagi macam kereta sorong tetapi melimpah dengan barangan termasuk kuali.

Dia tolak kereta sorong tu dengan hati-hati kerana tidak mahu terbalik dan terjatuh barangan muatannya. Juga kereta sorong itu sangat berat saya kira dengan kudrat wanitanya. Beberapa kali dia berhenti menghela nafas, kemudian mengumpul kudrat semula menyorong ke hadapan. Gigih kan?

Aku agak dia sedang menuju ke satu kawasan lapang berjualan di jalan sebelah surau syeksen 8 untuk juadah Ramadhan. Barangkali ada kesempatan untuk merasa hasil tangan jualannya satu hari nanti. Bukan sebab malas nak masak atau suka manjakan anak tekak, namun sekadar menyokong kegigihannya mencari rezeki.

Kalau dia ikhlas, kalau dia jujur…insha allah, rezeki sentiasa ada.

Ada waktu, dan sebenarnya lebih kerap kita membeli bukannya perlukan sangat. Namun lebih kepada menyokong gigih usahanya. Bila kita menyokong orang yang tak kenal, semuanya setakat itu sahaja. Tanpa sentap bagai, tanpa cemuh cerca. Mudah. 


Isnin, 21 Julai 2014

Mama Ni Kedekutlah!

Ini cerita tentang cucu Mek ke 14;

pisss ni untuk MakLong Cik Bintang katanya...


Fuhhhh! Siap ada nombor lagi kan huh u huhu

Budak ensem ni banyak mulut. Apa sahaja kita cakap, dia tetap ada jawapannya yang tersendiri. Sesekali dia terkedu tak ada jawapan memang bagi peluang kami gelakkan dia. Masa tu boleh tengok dia tersipu malu. Tapi peluang begitu memang payah nak jumpa.

Hari minggu yang mana tah, dia orang datang rumah untuk ambil beberapa barang yang bakal dibawa balik kampong. Adik tengah sarat menunggu hari sekarang, jadi dia akan balik pada minggu ke tiga puasa. Awal seminggu dari orang lain. Risau kalau terberanak dalam jem kalau balik sama macam orang lain.

Jadinya, banyak barangan yang kami kirimkan untuk bawa balik kampong termasuklah dua tiga jenis kerepek yang Mek makan. Mek tak makan kerepek ubi, jadi kami beli kerepek dhal, bawang, pisang untuknya.



Sehari kemudian adik sms mintak belikan semula kerepek dhal kerana kemungkinan kerepek itu tak sempat sampai ke kampong sangat tinggi kena paw dek Amir budak ensem tu. Bila mamanya kata “Kerepek ni cik Na kirim untuk Mek lah…mana boleh Amir makan,”, nak tahu apa dia jawab?

“Mama ni kedekutlah. Amir bukan makan banyak pun…Amir mintak sikit je,” tu diaaaa ikut perangai makcik dia kot asyik menjawab hu huhuhuhu

Salah aku juga, lupa langsung nak bagi extra untuk dia. Namapun budak-budak, kalau kita bagi ...sombong aje dia memang tak makan. Bila terlupa nak bagi, nak lah pulak. Dan dia…hanya makan benda-benda sedap sahaja. Kalau tak sedap, gigit sikit je…terus letak balik.

Kemaskini:
Lebih kurang jam 9.30 semalam, Mek dah dapat cucu baru. cucu ke 17. Mmmmm nasib baik sempat sampai kampung kan hu hu huhuhu


Ahad, 20 Julai 2014

Perintah Berkurung Di Perairan Sabah bermula Semalam


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa semalam hingga 2 Ogos ini, bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi. Tiada sesiapa pun, kecuali anggota keselamatan dan orang yang diberikan pengecualian yang boleh berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan pada waktu tersebut.

Pengisytiharan perintah berkurung adalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Polis 1967. Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Mana-mana orang, selain anggota keselamatan yang perlu memasuki atau melalui kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung perlu mendapat permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan mereka berada. Apabila diarah oleh anggota pasukan keselamatan untuk berhenti dan diperiksa hendaklah meberi kerjasama dan sekiranya gagal berbuat demikian anggota keselamatan akan mengambil segala tindakan yang perlu termasuk menggunakan kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sesiapa yang dijumpai di kawasan perintah berkurung adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 3 (2) Akta Polis 1967 serta dituduh di mahkamah dan dihukum mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Memandangkan kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung adalah meliputi kawasan lautan dan melibatkan penggunaan bot, perahu atau kapal, maka anggota pasukan keselamatan akan memberikan arahan dengan menggunakan pembesar suara, lampu, siren atau cara-cara lain yang bersesuaian.

Nelayan laut dalam yang keluar menangkap ikan pada waktu malam dan lalu di kawasan tersebut boleh memohon permit daripada OCPD, namun mereka tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan perintah berkurung. Pelancong yang berada di pulau peranginan juga tidak dibenarkan keluar dari pulau berkenaan atau melakukan aktiviti selaman dalam tempoh ptersebut.

Jika terdapat suspek yang disyaki melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.

Kalau dalam tempoh 14 hari kawasan ini masih tidak selamat, strategi lain akan dibincangkan dan tindakan susulan sama ada menggunakan Public Order (Preservation) Akta 1958 (POPA) atau mengikut pertimbangan undang-undang yang diperuntukan. Jika POPA dikuatkuasakan, kuasa diberi kepada OCPD (isytihar perintah berkurung) tidak melebihi 24 jam, Pesurujaya Polis tidak lebih 48 jam dan menteri tiada had.

Komen aku:
Rasanya macam dah lama hidup, inilah pertama kali berhadapan dengan situasi memerlukan perintah berkurung diistiharkan. Ikut sejarah, masa perang dulu je ada aperintah berkurung dan mungkin terakhir kali dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Kalau Tanya pendapat aku, dah tentu aku setuju dengan pengistiharan ini. Untuk kebaikan Sabah dan Malaysia juga. Namun, kita juga kena sedar bahawa kawasan ini terlalu luas dan sukar dikawal. Tugas menjaga keselamatan Negara di Sabah sangat mencabar bagi pasukan keselamatan, terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Tabik spring toink toink kepada anggota keselamatan Negara yang sentiasa bersedia berbakti menjaga keselamatan Malaysia tercinta ini.

Sabtu, 19 Julai 2014

Ku tunggu waktu bila bertemu, Hidup matiku hanya untukMu


Balik kerja meredah lalu lintas di Bangi yang agak banyak kenderaan waktu sebegitu, tetiba beralun lagu syahdu. Hati terbuai…


Lirik Lagu Pintu Rindu - Siti Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Jom kita dengarkan lagu yang syahdu membuai rasa ni…



Rasa diri terawang awangan.