Isnin, 21 Julai 2014

Mama Ni Kedekutlah!

Ini cerita tentang cucu Mek ke 14;

pisss ni untuk MakLong Cik Bintang katanya...


Fuhhhh! Siap ada nombor lagi kan huh u huhu

Budak ensem ni banyak mulut. Apa sahaja kita cakap, dia tetap ada jawapannya yang tersendiri. Sesekali dia terkedu tak ada jawapan memang bagi peluang kami gelakkan dia. Masa tu boleh tengok dia tersipu malu. Tapi peluang begitu memang payah nak jumpa.

Hari minggu yang mana tah, dia orang datang rumah untuk ambil beberapa barang yang bakal dibawa balik kampong. Adik tengah sarat menunggu hari sekarang, jadi dia akan balik pada minggu ke tiga puasa. Awal seminggu dari orang lain. Risau kalau terberanak dalam jem kalau balik sama macam orang lain.

Jadinya, banyak barangan yang kami kirimkan untuk bawa balik kampong termasuklah dua tiga jenis kerepek yang Mek makan. Mek tak makan kerepek ubi, jadi kami beli kerepek dhal, bawang, pisang untuknya.



Sehari kemudian adik sms mintak belikan semula kerepek dhal kerana kemungkinan kerepek itu tak sempat sampai ke kampong sangat tinggi kena paw dek Amir budak ensem tu. Bila mamanya kata “Kerepek ni cik Na kirim untuk Mek lah…mana boleh Amir makan,”, nak tahu apa dia jawab?

“Mama ni kedekutlah. Amir bukan makan banyak pun…Amir mintak sikit je,” tu diaaaa ikut perangai makcik dia kot asyik menjawab hu huhuhuhu

Salah aku juga, lupa langsung nak bagi extra untuk dia. Namapun budak-budak, kalau kita bagi ...sombong aje dia memang tak makan. Bila terlupa nak bagi, nak lah pulak. Dan dia…hanya makan benda-benda sedap sahaja. Kalau tak sedap, gigit sikit je…terus letak balik.

Kemaskini:
Lebih kurang jam 9.30 semalam, Mek dah dapat cucu baru. cucu ke 17. Mmmmm nasib baik sempat sampai kampung kan hu hu huhuhu


Ahad, 20 Julai 2014

Perintah Berkurung Di Perairan Sabah bermula Semalam


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa semalam hingga 2 Ogos ini, bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi. Tiada sesiapa pun, kecuali anggota keselamatan dan orang yang diberikan pengecualian yang boleh berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan pada waktu tersebut.

Pengisytiharan perintah berkurung adalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Polis 1967. Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Mana-mana orang, selain anggota keselamatan yang perlu memasuki atau melalui kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung perlu mendapat permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan mereka berada. Apabila diarah oleh anggota pasukan keselamatan untuk berhenti dan diperiksa hendaklah meberi kerjasama dan sekiranya gagal berbuat demikian anggota keselamatan akan mengambil segala tindakan yang perlu termasuk menggunakan kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sesiapa yang dijumpai di kawasan perintah berkurung adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 3 (2) Akta Polis 1967 serta dituduh di mahkamah dan dihukum mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Memandangkan kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung adalah meliputi kawasan lautan dan melibatkan penggunaan bot, perahu atau kapal, maka anggota pasukan keselamatan akan memberikan arahan dengan menggunakan pembesar suara, lampu, siren atau cara-cara lain yang bersesuaian.

Nelayan laut dalam yang keluar menangkap ikan pada waktu malam dan lalu di kawasan tersebut boleh memohon permit daripada OCPD, namun mereka tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan perintah berkurung. Pelancong yang berada di pulau peranginan juga tidak dibenarkan keluar dari pulau berkenaan atau melakukan aktiviti selaman dalam tempoh ptersebut.

Jika terdapat suspek yang disyaki melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.

Kalau dalam tempoh 14 hari kawasan ini masih tidak selamat, strategi lain akan dibincangkan dan tindakan susulan sama ada menggunakan Public Order (Preservation) Akta 1958 (POPA) atau mengikut pertimbangan undang-undang yang diperuntukan. Jika POPA dikuatkuasakan, kuasa diberi kepada OCPD (isytihar perintah berkurung) tidak melebihi 24 jam, Pesurujaya Polis tidak lebih 48 jam dan menteri tiada had.

Komen aku:
Rasanya macam dah lama hidup, inilah pertama kali berhadapan dengan situasi memerlukan perintah berkurung diistiharkan. Ikut sejarah, masa perang dulu je ada aperintah berkurung dan mungkin terakhir kali dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Kalau Tanya pendapat aku, dah tentu aku setuju dengan pengistiharan ini. Untuk kebaikan Sabah dan Malaysia juga. Namun, kita juga kena sedar bahawa kawasan ini terlalu luas dan sukar dikawal. Tugas menjaga keselamatan Negara di Sabah sangat mencabar bagi pasukan keselamatan, terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Tabik spring toink toink kepada anggota keselamatan Negara yang sentiasa bersedia berbakti menjaga keselamatan Malaysia tercinta ini.

Sabtu, 19 Julai 2014

Ku tunggu waktu bila bertemu, Hidup matiku hanya untukMu


Balik kerja meredah lalu lintas di Bangi yang agak banyak kenderaan waktu sebegitu, tetiba beralun lagu syahdu. Hati terbuai…


Lirik Lagu Pintu Rindu - Siti Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Jom kita dengarkan lagu yang syahdu membuai rasa ni…



Rasa diri terawang awangan.

Jumaat, 18 Julai 2014

Sidang Media Pertama MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine


Berikutan berita tentang pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine semalam. Berikut adalah video pengumuman rasmi Sidang Media Pertama MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine



Dalam tempoh setengah tahun, dua tragedy besar melanda Malaysian Airline MAS dan Negara. Alfatihah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Mereka pergi pada bulan yang mulia. Paling tidak ada serpihan MH17 dijumpai berbanding MH370 yang hilang ghaib tanpa klu.


Pesawat MAS MH17 ditembak Jatuh


Tarik nafas dulu. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Rasa terhenti nafas sekejab.

MH370 masih lagi misteri kehilangannya, kali ini pesawat MAS MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat MAS telah ditembah jatuh oleh tentera Rusia dan dikatakan terhempas di sempadan Ukraine.Berikut video pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine;



Lokasi terakhir pesawat MH17 dikesan adalah di ruang udara Ukraine. Pesawat ini membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dan dikatakan ditembak pada ketinggian 32,000 kaki.
 

Pesawat MH17  terhempas ditembak dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.






Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk, semua penumpang dan kru terbunuh.

Komen aku: tak terkata apa-apa. Kelu lidah. Kering darah. DariNya kita datang kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.


Bagi sesiapa yang suka nombor, semua nombor ini sangat cantik:   Boeing 777 MH17 pada tarikh 17/7. Laluan ni biasa digunakan pelajar Malatsia di Eropah untuk balik ke tanahair. Kalaulah ramai pelajar Malaysia berada di dalamnya, negara kehilangan bakal pemimpin dan pemaju anak bangsa pada masa hadapan.

Tak payahlah nak buat spekulasi politik bagai. Cukuplah dengan Ukraine kata Rusia yang tembak, Rusia tuduh Ukraine pulak yang tembak, sedangkan di Gaza mereka semakin sengsara dengan serangan darat pula.