Khamis, 8 Mei 2014

Akibat Selalu Angkat Banyak Wang


Ini sebahagian daripada kisah dalam entri Hidroterapi di Hospital Serdang.

Semasa pertama kali buat hidroterapi di Hospital Serdang, aku jumpa seorang staf bank yang juga hari pertama buat terapi air ni. Sama-sama jakun macam aku juga. Jadi kami berkenalan serba ringkas.

Dia: kerja angkat berat...sakit belakang dan kesannya terasa di bahagian paha.

Kami semua dok hairan dia kerja apa yang perlu angkat berat.Orangnya kecil molek sahaja. Tak kan penghantar tong gas kot!

Katanya dia kerja bank di Serdang. Tak perlulah aku tulis bank mana ya. Kerjanya itu menyebabkan dia alami masalah belakang.

Masing-masing dok hairan, barang berat apa yang dia kena angkat. Rupanya setiap hari dia kena angkat duit.Ya...setiap hari angkat duit yang banyak menyebabkan alami masalah belakang!

Mama: kami pun nak angkat duit banyak-banyak.

Dia yang manis itu ketawa sambil kata “Kalau duit sendiri, saya pun nak. Masalahnya, semua tu duit orang...”

Ya, dia bermasalah dengan belakangnya kerana selalu mengangkat duit yang banyak. Angkat duit masukkan dalam mesin ATM bank terutama awal dan hujung minggu. Dah tentulah juga bila hujung dan awal bulan jumlahnya lebih banyak kena masukkan slot duit tersebut.

Rabu, 7 Mei 2014

Naik Ke Langit


Terima kasih Cik Bintang, walaupun aku tak berpeluang untuk lenguhkan kaki dan lutut tawaf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, tetapi dapat juga sebiji novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit karya Faisal Tehrani.


Belum baca lagi. Minggu ni dah mula kerja semula setelah bercuti panjang sejak tahun baru Januari 2014. Mmmmmm macam sangat seronok je bercuti panjang ni. Akan ambil masa untuk ubahsuai semula jadual hidup.


Selasa, 6 Mei 2014

Hidroterapi di Hospital Serdang


Rabu lepas pertama kali buat Hidroterapi di Hospital Serdang walaupun dah banyak kali buat fisioterapi di hospital ni. Perasaan memang teruja. Sebabnya, tak pernah terjun masuk kolam hu hu hu hu jakun betul!

Lepas zuhur terus ke Hospital Serdang. Risau kalau tak dapat parking. Alhamdulillah, boleh juga parking tepi longkang walaupun bukan di petak parking. Aku ni jenis tak suka langgar peraturan, parking di tempat bukan petak parking pun sudah buatkan jantung dok dup dap dup dap tak sedap hati. Risau macam-macam. Mati terkejutlah kalau selalu tak boleh kawal diri gini hu huhuhu

Selepas daftar di kaunter seperti biasa, aku kena pergi kaunter F8. Biasanya di bilik F6. Disebabkan kali pertama, mulut gatal tanya akak misi comey manis kat situ. Dia suruh pergi F6 dulu, beritahu staf kat sana. Bendul je aku pergi sana dan beritahu “tadi saya ke F8, staf kat sana suruh datang sini beritahu...saya sendiripun tak tahu nak beritahu apa kat sini,”

Bendul tak? Zaman sekarang ni rata aje semua tempat, mana ada bendul dah hu huhuhu

hari Rabu kolam dikuasai wanita je...alhamdulillah. Kalau campur, haru aku!

Jadi, staf F6 pun pergilah tanya kat F8 tu. Aku mengekor dari belakang. Dah berubah air muka staf di F8. Aduhaiiiii! Aku sendiripun tak tahu apa masalah dia orang. Aku hanya ikut arahan je. Orang kata “kalau tak tahu, sila bertanya”. Perangai aku memang begitu, kalau tak tahu memang aku akan tanya. Leceh agaknya perangai gitu bagi orang lain.

Aku perlu tukar baju (yang sesuai). Bagi aku pakai tshirt dan seluar sukan jenis yang tidak menyerap air tu dah memadai, tetapi dia orang dah pandang semacam. Aku sebenarnya segan dan malu nak pakai baju renang walaupun jenis muslimah. Dah tentulah boleh nampak segala macam rupa bentuk dan benjolan lemak-lemak tepu bila dah kena air nanti. Mmmmm buat muka tak kesah je lah, nak buat macam mana.


Bila masuk ke kawasan kolam, dah ada 4 orang makcik-makcik yang peramah. Hanya kami dua orang sahaja (baru hari tu masuk geng) yang muda belia. Dalam sekejab masa sahaja, kami dah mesra. Maklumlah makcik-makcik ni memang peramah dan suka bercerita. Mereka juga dah otai situasi dalam kolam. Salah seorang tu digelar mama.

Sebelum terjun kolam (tak ada acara terjun bagai ya...saje je nak bagi nampak lebih best taip terjun) kena basahkan diri di paip dulu. Sepatutnya fisioterapi dalam kolam (hidroterapi) hanya 20 hingga 30 minit sahaja tetapi tak sedar pun berlangsung hingga 45 minit. Itu pun termasuk dalam edisi memujuk rayu adik manis terapist tu mahu buat latihan sampai puas hu hu hu hu. Seronok tengok keletah makcik-makcik tu.


Dah masuk kolam, tetiba terasa nak belajar berenanglah pulak. Termalu dengan mama yang dah berusia 71 tahun tetapi boleh berenang hu huh u hu

Keluar kolam, pergi mandi dan tukar pakaian. Rasa segar. Rasa sihat. Kalau hari-hari boleh terjun kolam kan bagus!

Sebelum balik, dapatkan temu janji akan datang di kaunter F8 semula. Opssss! Dapat taklimat; “Dah tahu kan...lain kali datang, letak kad kat sini...terus pergi tukar pakaian dan tunggu tepi kolam. Tak payah pergi mana-mana lagi”

Aku hanya ikut arahan! Bukan salah aku!
Opssss!!
 



Isnin, 5 Mei 2014

Menang Voucer Tunai RM Seribu


Jumaat pagi, jumpa kak mai di Perpustakaan Bandar Baru Bangi yang letaknya bersebelahan Tasik Cempaka. Sembang-sembang sambil bincang projek tak berapa nak mega. Selepas makan tengah hari di Restoren Berlauk di Syeksen 7, kami berpecah. Kak Mai ambil anak sekolah, Jumaat keluar awal. Aku pula ke Giant Sungai Chua.

Aku suka ke giant ni sebab tak ramai orang. Niat hati nak beli sayur dan buah, tapi tak ada yang menarik pun. Banyak habiskan dengan keperluan harian; sabun, syampu, shawer gel bla bla bla termasuk jajan mami maggi hu hu huhu nafsu sungguh!

Selesai beli barang, aku kena tarik masuk ke sebuah kedai jual periuk belanga dan alatan dapur golongan atasan tu. Aku yang marhaen ni, dengar ajelah dia dok bebel.

Mula-mula isi maklumat peribadi dalam kad. Depa hanya nak nama (tak betul pun tak apa) tapi nombor telefon kena betul. Dah isi tu bagi kad gores dan menang pulak...macam biasalah tu. Nak jadi cerita, aku dapat RM1000 cash. Tunai tu...yeayyyyyyyyyyyyy mokcik kayoooooo!!!!!!

Untuk pengesahan depa akan telefon ibu pejabat sebab kononnya tak pernah ada kes begitu. Tektik lama sebenarnya tu. Tak teruja pun hu hu hu hu dah selalu sangat terkena kes begitu.

Sembang pi mai pi mai, katanya “sempena ulang tahun pembukaan ke bla bla bla, syarikat bagi bonus begitu. Hanya 10 orang sahaja di Malaysia”. Konon-kononnya aku ni bertuahlah ya...orang ke tujuh tu.

Jadi, sebab bertuah, bila dah aktifkan kad voucer tunai RM1000 tu, aku boleh pilih mana-mana barang dengan harga RM1. Yaaaaa seringgit je. Dah tentulah kita akan pilih barang yang paling mahal tu untuk harga seringgit kan?

Syaratnya kena aktifkan kad dulu hu huhuhu

Macam mana nak aktifkan kad? Kena beli satu barang kat kedai depa. Harganya akan ditolak RM seribu tu. Lepas beli barang tu, boleh pilih barang mana yang nak, hanya bayar RM seringgit tu.

Masalahnya, barang kat kedai depa tu paling murahpun dah RM2700. Memanglah barang-barang tu berkualiti tinggi, memang patutpun harga mahal. Tapi, bukan keperluan untuk aku sekarang.Aku ni rakyat marhaen di bawah aras kemiskinan tegar. Memang tak mampu!

“Dik, kat voucer ni tulis “tunai”...pi check kamus apa maknanya “tunai” tu!” makcik saje je buat-buat naik angin.

Akhirnya, aku ucap terima kasih kat budak tu. Bangun dan tolak troli balik. Tak rugi apa-apa pun, bukannya keluarkan modal sesenpun. Kalau gedik beli tu yang rugi walaupun aku sangat teringin bebenornya dengan dapur elektrik depa tu.

Mmmmmmm berangan je lah ya! Mana ada orang nak bagi benda percuma tanpa syarat hu hu hu hu





Ahad, 4 Mei 2014

Ahad Hari Tanpa Entri

Okeh, bajet blogger glamer!

Kalau hari Rabu, entri berkata-kata melalui gambar tanpa perlu menulis panjang lebar bagai, apa kata hari Ahad kita umumkan sebagai “Hari tanpa entri”, boleh gitu?

Apa salahnya kita buat macam Kuala Lumpur tanpa kenderaan setiap ahad awal bulan tu. Bolehlah kita berbasikal dengan Perdana Menteri ronda-ronda Kuala Lumpur. Tak boleh ek?

Hari ni Ahad kan? Alamak! Tertulis entri lah pulak!